Khamis, 24 Mac 2011

GOLD COAST AUSTRALIA - PART 1


13/10/2010  (Rabu - Hari pertama)

         Sejak dari zaman sekolah lagi aku menanam impian ingin melancong ke negara Mat Saleh,  setiap kali ada kelas ilmu Alam, bila tiba ke Bab Negara2 orang Putih ni, hati amat teruja.  Kapalterbang mendarat dengan baiknya di Coolangatta Airport,  jam 8.40 pg waktu Australia.  Matahari sudah memancarkan sinarnya,  bagaikan bermimpi, aku sudah berada di negara Kanggaru ini.  Airportnya  biasa2 je,  maggi (kari), biskut2 dan asam2 (jajan) lepas (cuma makanan yg berasaskan susu/susu shj yg tidak dibenarkan)  – syukur alhamdullillah, sebab dah declare. Kesian tengok ada pasangan warga emas India tu, byk barang2 yang x lepas, bila kami intai2, patutlah x lepas, jeruk tah apa2 dibawanya. 

 
Kami disambut oleh Mr. David dan  terus di bawa  bersiar2 dipersekitaran gc kerana masih terlalu awal utk ke Paradise country (PC).  Cuaca baik & berangin.  Motosikal langsung x de, rindu pulak nak tengok capcai.  Sepnjang perjalanan ke city byk rumah2 ala kampung, adakalanya mcm kat M’sia pula, mulalah ada yg meraban, cakap tu mcm rumah dialah.  Kami singgah sebentar di pantai, ombak kat sini memang kuat dan bunyinya mengerunkan & anginpun bertiup kuat,


Setelah puas  bergambar2, kami terus dibawa ke Paradise Country dengan menaiki  tram, Saat paling dinanti bila dapat bergambar dgn koala  & kanggaru.  Kemudian kami dibawa melihat unta, petunjukan lapah bulu biri, koboi, cara2  tradisional matsalleh buat teh dalam hutan (lepas tu dia bagi tetamu minum dan makan roti ), cara mereka naik kuda, hambat semua lembu2 masuk dalam kandang, baling boomerang, buang bulu kambing biri2, anjing yang pandai menghambat lembu masuk kandang dan cara2 nak perah susu lembu.  Masa makan tghari terjumpa dgn Vivian (cina M’sia asal Ppinang keja pelayan kat situ), apalagi bila jumpa org senegara, dptlah layanan istimewa, rupanya bila mkn kat movie world & seaworld pun dia ada kt sana, 1 company (ada sijil halal). 



Jam 5.00 petang kami check in di Hotel Islander, hotel ini baru ubahsuai, cat baru & strategik location, kiri kanan, depan belakang semua tempat shopping,  dekat sgt ngan centre surfer paradise .. setiap malam rabu dan  jumaat ada pasar malam di pesisir pantai, banyak juga barangan cenderamata yg cantik & unik, poskad,  lukisan karikatur & lain2.  Di Cavill Avenue pula malam sangat happening ....ada pertunjukan, silap mata, simple akrobatik, elvis tiruan (ala2 seniman jalanan) dan lain2.   semua bas nak ke theme parks ada kat  sini. Very convenient & highly recommended.  Jam 6.30 kami keluar utk makan di Restoran Maharani (selang 2 kedai je dari Islander), antara artis dan selebriti yang pernah makan kat sini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Aznil Nawawi dan Linda Onn. Menunya Nasi putih, ayam masak kicap, asam pedas ikan, telo dadar, udang goreng tepung.  Selang sebuah dr restoran maharani ada punjabi restoran, ada  nasi briyani , roti  nan dll – yg penting halal.
      
                                 
          Selesai makan, kami shopping belah kanan hotel,  ada Mantra Hotel dan restoren (cina M’sia) Golden Legends & kedai kebab Ali, kabarnya the best kebab in Australia & terbukti benar kerana kebabnya tebal, besar dan sedap, puashati, kalau seorang x habis makan kena kongsi (harga 9 dolar). Kami singgah disebuah pasaraya untuk membeli air mineral, mee segera (indomee) dan buah2-an.  Disebelahnya pula ada kedai sovenier, owner Cina sarawak, (Royal Souvenir)  apalagi riuh cakap melayu, jalan kedepan lagi jumpa kedai pompuan cina (joyce), kedai dia sebelah legend hotel, boleh tawar menawar lagi, kami beli sikit2 dulu, survey dulu, sabar ..... masih ada 4 mlm lagi.



14/10/2010 (Khamis - Hari kedua)

Selepas sarapan di hotel, kami dibawa ke Taman Tema, Movieworld (MW).  Terdapat berbagai2 permainan extreme di dalamnya,  hati berkata, oh x mungkin kami naik permainan ni, mahu luruh jantung,  selepas bergambar dgn cat women, batman, mickey mouse dll, kami semua masuk ke scoby do, naik keretapi scoby do, dengar orang menjerit2,  ingatkan byk hantu dlm gua tu,  ha… ambik kau,  nak beseronok ye,  rupa2nya, kurang sikit je dari roller coaster, waktu tu beristighfarlah semuanya, keluar2  anjing scoby do tu gelakkan kami.  Lemah kepala lutut, bila tgk gambar yg dirakamkan, ada yg mengangga, tutup kepala & mcm2 aksi yg mengambarkan ketakutan ha.. ha…, 1 gambar $15/-  Kat MW ni, setiap ½ jam ada show, batman, bug sbunny dll.



kami juga berpeluang menonton aksi-aksi stunt macam dalam filem hollywood (hollywood stunt Driver) yang sangat menarik dan begitu profesional, tapi bila tgk stunt motor – xlah hebat mana, menangis  org Australia kalau tengok mat rempit Malaysia.  Makan tengahari kat Rick’s Cafe dlm MW ni, semua watak kartun/marilyn monroe, batman & lain2 tu akan melayan pelanggan kat situ dulu sblm keluar, x payahlah kami berebut dgn org awam nak bergambar.  Makanan pun sedap, semua ada mcm kat hotel di M’sia pula apatah lagi bila kami dah tengok sijil halal tu, kebetulan Vivian betugas kat sini, apalagi riuhlah kami berbual dan bergurau senda, macam dah kenal lama. Jam 4.00 kami saksikan perarakan semua watak2 kartun terkenal antarabangsa dan ditambah pula dengan pelbagai dekorasi bangunan, yang dibina membuatkan kami tak lepas2 bergambar mempotret kenangan peribadi.. best betullah. 



Kat M’sia pun boleh buat macam tu, tapi buatlah ala2 mahsuri ke, kesultanan Melaka –mesti org putih suka.  Di sinipun banyak kedai2 untuk bershopping – cenderahati & t shirt watak2 katun.  Lagi satu kat sini, tukang sapu sampah, pencuci, driver dan cashier, tua2 belaka (kalau kat M’sia dh pencen dah) umur 60 ke atas kalau kerja tu normal, semua orang tempatan.  Adalah dua tiga, orang jepun dan korea, muda2 kerja pencuci/sapu sampah, macam  model, siap  bermekap dan baju lawa2.  Orang bangla, nepal,  vietnam,
Indon tak ada.


4.30 kami balik kehotel,  jam 6.30 keluar utk mkn & shopping, kali ini belah kiri hotel pulak,  Temankan kawan nak beli handbag,  masuk 1 kedai (owner Jepun), sombong nak mampus, usik sikit pun x boleh, dia ingat kita x de duit, akhirnya kwn tu beli beg kulit  kat kedai lain   (pelayan Bangla – islam nak gi haji 17/10/2010).  Jln ke depan lagi kami jumpa kedai, ala2 kedai RM2/- , FM, 6 kpg A$10.00, set pen & keychain A$3/- perktk, pen + koala A$1.50/-  dll yg sesuai utk c/mata & bsesuaian harga. Malam ini kami lepak kat theo kebab di Cavill Avenue -  makan piza (skpg A$250/- & kebab  (A$8.50) – kongsi sambil  tgk nite life dorang – teruja tengok dia orang main baling2 pisau,  boleh tangkap dengan tepat pulak tu,  ngeri juga.