Jumaat, 8 Jun 2012

INDIA -KASHMIR/TAJ MAHAL - PART I

11 APR 2012 (Rabu) - K.LUMPUR/DELHI  (PART 1)

      Mengapa India? busuk, kotor, berdebu dan hancing – malah digelar Big Toilet….  itulah yg acap kali  ditanya  bila  kunyatakan keinginan melawat  India.  Sejarah …  itulah  sisi  sebenar   India  yg membuak keterujaanku. Menzahirkan impian, segala maklumat & dokumentari mengenainya ku kumpul & akhirnya 11/4/2012 kupilih agar percutian ini berbaloi & memberi nilai yg berpadanan dgn harga. Memang sudah rezeki,  AA yg ditempah telah menamatkan routenya ke New Delhi & menukar tempahan kepada MAS.  “Kak line ni ke N Delhi”,  teguran pegawai Kastam mengejutkan kami, hati tertanya2, kenapa ???? akhirnya kami temui jawapan - hanya kami 18 orang shj. Org Melayu.  “Melancong ke”  tegur Pramugari MAS, “Haah, dh e-mail nak jumpa Shah Rukh Khan”, kami berjenaka disambut gelak tawa, “Seblum jumpa SRK,  jumpa Shahrul dulu”  ketua pramugara melawak & dilayan mesra. 
Kapalterbang mendarat dengan baiknya di Mahatma Ghandi Airport,  jam 11.30 pagi waktu India.  Airportnya cantik, moden & gambar  petunjuk  di depan toilet memaparkan gambar artis Hindustan sangat menarik perhatian kami.  Panas terik  dan Poonam (Guide) menyambut kedatangan kami dgn kalungan bunga tahi ayam – wah,  terasa macam wakil rakyat pulak.   Gelak besar Poonam bila kami maklumkan makna bunga tahi ayam.  Melewati airport, kami disajikan pemandangan dan suasana yang berdebu, kotor dan fenomena org membuang hajat ditembok, pokok dan tepi jalan tanpa rasa bersalah dan malu.  Tanggapan awal kami mengenai suasana India lebih baik dari Vietnam yg baru lepas perang tahun 1978 nyata meleset.  Paparan suasana menyatakan kebenaran.   Bunyi hon kereta amat membingitkan telinga dan tambah memanaskan suasana, hairan juga, New delhi terletak di utara tapi panas pula. Kami makan tengahari di Restoran DI New Delhi.  Hiasan dalamannya cantik, tapi lampu yang malap dan samar2 melemaskan kami.  Kami dihidangkan dgn Aloo Gobi, roti nan, ayam tandoori, nasi briyani kambing dan manisan india payasam.  Selesai makan, kami check in di Hotel Country Inn (5*),  masuk ke lobinya kami disambut dengan gubahan bunga ros yang sangat cantik, apalagi jadi sasaran mengambil gambarlah,  x payah pergi ke Amerika kami bergambar pula dengan replika patung  
India Gate
Selepas mandi & solat jam 3.00 kami di bawa melawat Parlimen House yang berbentuk bulat dengan dua parlimen - Lok sabha (Lower) & The Rajya sabha (Upper) yang senibinanya berunsurkan Rajasthan,  kemudian kami  di bawa melawat Rumah Presiden yang dibina pada tahun 1929, pernah didiami oleh Residen Wakil-wakil Raja British dan kediaman rasmi presiden Republik India (dari luar je).   Seterusnya melawat India Gate di tengah bandar Delhi setinggi 42 meter yang merupakan tugu peringatan bagi memberikan penghormatan kepada askar-askar India yang terkorban ketika WWI  &  Perang Afghan.    Kami  dapati   warga India   gemar   baring   di atas   rumput  sambil berbual.  Penulis juga tertarik dengan penjaja yang menjual timun, timun dikopek kulit, dibelah empat (tak putus) dan disapukan serbuk asam boi,  menurut penjaja, timun sangat bagus untuk menyejukkan badan.


Jam 6.30 petang  kami  pulang ke hotel,  kami makan malam  di Hotel  kerana Hotel  ini  khas   untuk  pengemar vegetarian.  Ramai   pelancong  dari  China, Korea  &  Vietnam  menginap  di sini,  hanya  tudung  yg  membezakan kami,  kerana rupa paras dan kulit  hampir  serupa.   Memang bertuah dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia, di mana2  kami melancong kami dilayan mesra dan diutamakan dalam byk keadaan.  



Selesai   makan, kami   window shopping   dibelah   kanan hotel,  kami cuma sempat  singgah  satu  kedai saja, itu pun  dah hampir  nak  tutup – dan kami dapati harga agak mahal dan Guide kami telah berpesan, utk ke Srinagar kita Cuma perlukan satu beg sahaja.


12 APR 2012 (Khamis) – DELHI/SRINAGAR
         Selepas sarapan pagi di hotel, kami dibawa ke lapangan terbang domestik untuk penerbangan ke Srinagar   yang   merupakan    ibu Negara Kashmir.  Menjenguk melalui tingkap kapaltebang,  Subhanallah, cantiknya, terkedu penulis melihat pemandangan banjaran Himalaya yang dilitupi salji.   Angin dingin menusuk ketulang dan kehadiran askar2  bersenjata api berkawal, menyambut kedatangan kami sehingga menimbulkan rasa cuak, apatah lagi difahamkan Kasmir adalah wilayah bergolak yang menjadi perebutan antara India dan Pakistan.  95% warga Kashmir berbangsa Kashmiri dan beragama Islam.  Setelah India berpecah dua, Pakistan di bahagian Barat dan India di bahagian timur, Kashmir-Jammu telah menjadi sebahagian dari India dan  telah menyaksikan suka duka bangsanya. 
Melupakan duka mereka, kami hayati pemandangan yang amat berbeza dan amat mengesan di hati,  walaupun masih belum maju dari pembangunan tapi keindahan alam ciptaan Allah ini bagaikan menutup segala kekurangan itu.   Kami di bawa menaiki Shikara iaitu sejenis perahu yg dihiasi indah. Bagaikan berada di Venice,  menyusuri tasik dal menuju ke Rumah Bot (Deluxe house bot) amat mengujakan.  Kashmir mempunyai tasik yang terkenal iaitu Tasik Dal dan Tasik Nagin yang diatasnya dibina rumah bot yang menjadi penginapan pelancong.   Setiap rumah bot disediakan seorang pelayan lelaki yang membuat kerja2 seperti seorang bibik.   Rumah bot mempunyai beberapa buah bilik, lengkap bilik air dan mempunyai ruang tamu yang dindingnya berukir halus dan lantai beralaskan permaidani buatan Kashmir.   Menurut Majid, rumah bot ini asalnya didiami Maharaja Mughal dan semasa zaman penjajahan Britain di India didiami oleh gabenor-gabenor British.
Selesai makan tengahari di rumah bot yang menyajikan makanan tempatan, kami dibawa ke Kashmir Old Town,  senibina rumahnya bercirikan Parsi,  kemudian kami dibawa melawat ke Masjid tertua di Kashmir iaitu Masjid Jamia yg terletak di Nowhatta.  Ia dibina oleh Sultan Sikandar sekitar thn 1400 sebelum masihi. Di zaman pemerintahan anaknya, Zain Ul-Abidin telah mengembangkan & menaiktaraf masjid ini. Bersenibinakan Indo Saracenin dgn terdapat 370 batang tiang kayu menyokong binaan & di tengah2 masjid terdapat taman yang indah, satu binaan yang sangat cerdik & kreatif kerana sesuatu yang bersatu dgn alam ciptaan Allah pasti akan menghasilkan sesuatu yg menakjubkan, terasa aman & ketenangan kpd  pengunjung rumah Allah ini
Hujan yang turun membatalkan hasrat melawat Hajra bat,  walaubagaimanapun Majid (guide) berjanji akan membawa keesokan hari.  Mengubat hati, bas berhenti di sebuah gerai yang menjual pelbagai makanan,  Kami turun untuk mengambil gambar, sementara Majid membeli beberapa kudapan untuk kami semua sama2 menikmatinya.  Seorang tua Kashmiri bertanya sama ada kami   muslim,  mengiakannya, seorang wanita Kashmiri membelek2 tudungku sambil berkata nalerekek (cantik), Mereka menjadi lebih  ramah bila mengetahui kami  dari Malaysia
Mencicipi pakora, mengingatkanku kepada cekodok bilis bawang,  pertama kali juga kami merasa makan akar teratai goreng celup tepung dal dan lempeng sebesar dulang yg dimakan dengan halwa.   Kemudian kami singgah membeli belah di Carpet Weaving factory yang menjual karpet buatan tangan, sari, shawl dll. Kami dihidangkan teh berherba dan biskut Kashmir, sambil minum kami ditunjukkan cara menenun carpet, memang halus dan sangat berseni, setanding dgn harganya.  Setelah tawar menawar penulis membeli beberapa helai sari sutera utk dibawa pulang.
Petang di Srinagar selepas hujan, sangat dingin, dari beranda House bot, tersergam banjaran Zabarwan melatari pemandangan, berdiri kukuh bagaikan pengawal kepada tasik dal, menurut rahim (bibik) selepas hujan, puncak banjaran Zabarwan akan dilitupi salji.   Selepas makan malam,  kami dikejutkan dengan kehadiran peniaga  yang membawa sari, kurta serta shawl, selesai peniaga kain baju, masuk pula peniaga batu permata, perhiasan wanita, jaket kulit dll,  mereka silih berganti sehinggalah kami memaklumkan ingin masuk  tidur.       



1 ulasan:

  1. Salam, thank you for the nice info.. Mungkin dah agak lama tapi boleh tak Kalau emailkn kat sy mn dpt travel agency ni.. Dah lama nk pg india tapi tak berkesempatan.. queenaivi93@gmail.com.. Thank you..

    BalasPadam