27 FEB 2011 – Seperti semalam kami turun untuk makan buah2an dan kemudian memakan bekal kami. Turun kelobi, bas dah sedia menunggu. Destinasi hari ini kami akan di bawa ke Mekong Delta untuk menaiki boat, di atas bot kami dijamu air kelapa sambil menikmati pemandangan. Tiba di Pulau Thoi Son, kami singgah di industri kampong membuat gula2 kelapa (coconut candy) kami dipelawa merasai gula2 kelapa yang baru siap dan masih panas serta ditunjukkan cara membuatnya dari awal hingga ke proses membungkusnya.
Banyak gerai2 menjual cenderahati disini, beg kulit kerbau cuma RM6/-, topi mengkuang cuma RM1.80/-, tshirt dll cenderahati memang lebih murah disini. Menyusuri gerai tersebut kami di bawa pula ke satu lagi industri kampong iaitu penternakan lebah. kami disajikan madu, kuih2 kering seperti kerepek pisang, halwa halia, bepang dan jika berminat bolehlah membelinya. Sampai di satu lorong, kami disambut oleh berberapa remaja perempuan berpakaian tradisi Vietnam dan dipelawa menikmati buah-buahan seperti ciku, pisang, limau bali, nenas dan rambutan, sambil dipersembahkan nyanyian tradisi Vietnam, sayu mendayu2 lagu diaorang (local Folk Song), macam nak tidur pula rasanya. Mungkin bagi orang yang x pernah merasa/dah lama x merasa hidup yang benar2 dikampung, seronok jugalah, tiada jalan raya tar, yang ada denai2, basikal dan lalu di bawah pohon buah2an, redup dan berangin.
Jauh juga kami berjalan melewati dusun buah2an untuk sampai kepengkalan sampan, sebelum menaiki sampan kami diingatkan supaya jangan memegang tepi sampan untuk mengelakkan jari tercedera, kami terjerit kecil bila sampan teroleng2 kekiri dan kanan, senyum pendayung sampan tu melihat kami, sedangkan dia selamba je duduk di hujung sampan. Mula2 takut, lepas tu timbul pula perasaan seronok, .. adventures juga lah…. walaupun kami berasal dari kampong, tapi x pernahpun melalui pengalaman begitu, dikiri kanan sungai kami disajikan pemandangan pokok2 rumbia, rumah papan buruk2, wanita mengait buaian dan mencari kutu, suasananya bolehlah kami andaikan macam di zaman 50an seperti dlam filem P.Ramlee. Beberapa orang kanak-kanak, selamba je terjun dari tebing, mandi manda di dalam air sungai yang keruh sambil tersenyum kepada kami
Sepanjang perjalanan pulang kami disajikan pemandangan sawah padi dan yang anehnya di atas bendang ada kuburan, menurut Tom di Vietnam tiada kuburan awam, jadi terpaksa ditanam ditanah sendiri, jika orang miskin pula menumpang ditanah saudara, jika tiada barulah kerajaan mengambilnya. Kami tertanya2, sawahkan berair, menurut Tom, rendam je, sebab tu padi & buah2an di sini subur sebab ada baja semulajadi…. Alamak. Dalam perjalanan pulang ke Saigon pemandangan tidur dalam buaian kait yang diikat dibatang2 pokok adalah fenomena biasa, di gerai2 tepi jalanpun disediakan buaian kait untuk pelanggan berehat. Begitu juga dengan pemandangan orang Vietnam menikmati sarapan dan makan malam (petang) di gerai tepi jalan, ada meja kecil, bangku rendah dan kelakar pulak tengok bila semua pelanggan mengadap jalan …., macam murid sekolah je … tapi itulah keunikan Vietnam yang mempamerkan kelainan budaya dan pengalaman inilah yang memberi warna dalam kehidupan kita.
Sampai di Saigon, kami di bawa makan tengahari di Restoran Satay House, menu hari ini, kari ikan tenggiri (memang kari kat sini sedap), paru goreng, sayur campur, tempe dll. Semasa makan tauke keluar dan berbual2 dengan kami. Selepas makan, kami diberi masa selama 1 jam untuk melawat War Museum . Di perkarangan muzium, banyak dipamerkan jet2 pejuang dan kereta kebal sementara disudut muzium pula, ada kanak-kanak cacat mangsa peperangan berniaga cenderahati/kraftangan yang dibuat sendiri, seperti bunga hiasan, brooch, lukisan dll. Menurut Tom, pihak Amerika telah mengugurkan Agent Orange yang telah mengakibatkan keracunan sungai dan tanah2 dikawasan pendalaman, kesannya habis pokok2 mati, jadi padang jarak padang tekukur dan kesan kepada remaja pula bila mereka berkahwin, mereka mendapat anak cacat, akibatnya banyak berlaku penceraian dan anak2 cacat itu terbiar, kerajaan terpaksa mengambil anak2 cacat ini dan membina rumah kebajikan untuk menampung anak2 ini. Sayu dan geram kami melihat gambar2 kekejaman Amerika terhadap wanita dan kanak2 yg tidak berdosa. Sebaik selesai kami melawat, kelihatan rombongan2 sekolah datang melawat (kabarnya murid2 sekolah diwajibkan melihat muzium ini untuk ingatan mereka) keadaan menjadi sesak dan panas – kami cepat2 beredar, keluar dari muzium kami dikerumuni peniaga jalanan yang menjual cerminmata hitam (3 RM10.00) dan berbagai2 cenderahati.
Jam 3.00 petang, kami sampai dihotel. Selepas solat dan berehat, jam 4.30 petang kami menyusuri kedai2 di belah kanan ben thant, kami singgah di butik Vi Anh (Tony) - handsome orangnya dan si Tony ni asyiklah mencuri pandang salah seorang anak dara kawan kami sehinggakan kami nak tanya hargapun dia x fokus, tapi yg untungnya dapat lah diskaun. Acara hari ini lebih santai dan penuh dengan gelak ketawa, terjah je mana2 kedai yang menarik perhatian, akhirnya kami jumpa kedai buat botox - murah je rupanya dan secara bergurau kami saja2 masuk kemudian keluar semula sambil ketawa beramai2 mengatakan wajah kami nampak muda & cantik selepas cucuk botox....... perasanlah tu. Kemudian kami kebelah kiri ben thant pula, kami singgah di Minh collection – banyak baju kurung di sini dan lebih murah dari Hong Anh, banyak butik di sini yang kami singgah seperti Mai Saigon, Hong Anh dll – letih dan panas tapi tetap gigih membeli belah.... rasa haus pula, seorang teman bertanyakan harga sebiji kelapa muda dari peniaga jalanan tapi disuruh minum dulu dan bila nak bayar, peniaga tu ambil kesempatan minta 20 ribu dong (RM8/- )sebiji , apa nak kata, terpaksalah bayar....
Balik kehotel jam 6.00, selepas mandi, jam 6.30 petang kami turun kelobi dan bas dah sedia menunggu untuk membawa kami makan malam di VN Halal restaurant. Selepas tu kami shopping lagi di pasar malam pergi ke Gerai Sharifah, Zul dan membeli cenderahati seperti Fridge magnet, dompet bersulam tangan dan lain-lain,
28 FEB 2011- Selesai sarapan pagi di hotel kami halakan kaki sekali lagi ke Ben Thanh Market dan kedai2 di sekitarnya. Shopping… shopping dan shopping, itulah aktiviti kami sepagian ini. Jam 11.00 pagi balik ke hotel untuk mandi dan berkemas, kami check out jam 1.00 tengahari. Selepas berbincang dengan pihak hotel, kami diberikan masa selama 20 minit untuk solat di bilik saya yang lebih luas dari bilik lain - selepas menyusun perabut kami solat berjemaah di bumi Vietnam berimamkan abg Mokhtar. Jam 2.00 petang kami berkumpul di lobi – apalagi sementara menunggu 3.30 petang – bas datang, kami turun untuk shopping/ makan menghabiskan sisa2 dong dan US –seorang beli buah ciku RM3.00 sekilo – habis semua ikut membeli.
Bas datang jam 3.30 petang, seperti dijanjikan, kami dibawa semula ke Post Office untuk bergambar kenangan– secara bergurau menurut Tom, hari inilah baru nampak kami fokus dengan apa yang diceritakannya – kalau x tu asik ingat nak shopping je. Dalam perjalanan pulang, kami layangkan pandangan, mata kami terpaku melihat pekerja2 letrik sedang membetulkan wayar elektrik - berisiko tinggi betul kerja mereka ni – masih muda2 lagi - seram tengok wayarnya yang berselirat. Di tepi jalan terdapat peniaga jual goreng pisang, tiada gerai, cuma ada motosikal, meja, payung dan plastic sampah, cara mengoreng pisang mereka berbeza dengan kita, mereka menyediakan dua kuali, pisang dicelup tepung dan digoreng di kuali pertama, kemudian di alih pula ke kuali kedua. Sampah2 pula mesti dibawa pulang dan x boleh ditinggal disitu…. rasanya kaedah itu juga digunakan di China – kalaulah boleh dibuat di Malaysia – x delah kelihatan gerai2 buruk yang tersadai kat mana2.
PANDUAN:
HOTEL: (Berdekatan dgn Ben Thant - lokasi strategik)
Kingston Hotel –
Blue Diamond Hotel –
Boss Hotel i - 05 Truong Dinh Str, Dis I ,HCMC, Tel:84.838247851 - 84.913868087, Email bosshotel2009@yahoo.com
Thanh Lien Hotel -
135-137 Ly Tu Trong St. Ben Thanh Ward., Dist 1., HCMC.
135-137 Ly Tu Trong St. Ben Thanh Ward., Dist 1., HCMC.
Than Thu Hotel
(ada buat tour ava,5usd chu chi tunnel,9usd mekong,city tour).
Thanh Le hotel. - USD100 utk 4 malam
Hainam Hotel
Hotel Gia Huy. - standard room : USD 28..
BAS:
Bas No.152. (keluar airport - tambang 4,000VND (RM0.60)
Bas berhenti kat stesen bas dihadapan Ben Thanh. (adaTugu Kuda)
VISA: Tiada
SHOPPING
Ben Thanh Market
Binthay Market
Andong Market
Ustazah Hajjah Basiroh - 159 Huynh Van Banh Street, ward 12, Phu Nhuan District, HCMC, Tel: +84903399248.
Sarifah (Pasar malam) - 28, Door East Ben Thanh Market, Dist 1, HCMC.(open 7.30-12pm),HP 01226543373
Email: sanyvn@yahoo.com
Email: sanyvn@yahoo.com
Mery butik - 156 bui vien st.tuan travel 32 bui vien st.pham ngu lao
(Jika duduk di kawasan Ben Thant – boleh jalan kaki)
Duc Thinh Butik (dekat hong anh lama)
Mint collection (Depan hainam Hotel)
Hong Anh Baru (Belakang Mint Collection)
Hong Anh lama
Vi Anh Collection
Saigon Square - baju2 lelaki berkualiti - burberry...timberland dll
MAKAN
· halal@saigon
· VN Halal
· 4 season
· Satay house
· Hajah Basiroh(Tel. order.. nanti anak saudara hantar)
TEMPAT MENARIK
(Jika duduk di kawasan Ben Thant – boleh jalan kaki)
Water Puppet Show,
War Remnant,
Post Officce – senibina Perancis,
Notredame - gereja
Cityhall,
Opera House,
Mekong delta
Chu Chi Tunnel
Chu Chi Tunnel