Isnin, 13 Jun 2011

VIETNAM (HO CHI MING) - PART II




27 FEB 2011 – Seperti semalam kami turun untuk makan buah2an dan kemudian memakan bekal kami.   Turun kelobi, bas dah sedia menunggu.   Destinasi hari ini kami akan di bawa ke Mekong Delta untuk menaiki boat, di atas bot kami dijamu air kelapa sambil menikmati pemandangan. Tiba di Pulau Thoi Son, kami singgah di industri kampong membuat  gula2 kelapa (coconut candy) kami dipelawa merasai gula2 kelapa yang baru siap dan masih panas serta ditunjukkan cara membuatnya dari awal hingga ke proses membungkusnya. 

Banyak gerai2 menjual cenderahati disini, beg kulit kerbau cuma RM6/-, topi mengkuang cuma RM1.80/-, tshirt dll cenderahati memang lebih murah disini.  Menyusuri gerai tersebut kami di bawa pula ke satu lagi industri kampong iaitu penternakan lebah. kami disajikan madu, kuih2 kering seperti kerepek pisang, halwa halia, bepang dan jika berminat bolehlah membelinya.  Sampai di satu lorong, kami disambut oleh berberapa remaja perempuan berpakaian tradisi Vietnam dan dipelawa menikmati buah-buahan seperti ciku, pisang, limau bali, nenas dan rambutan, sambil dipersembahkan nyanyian tradisi Vietnam, sayu mendayu2 lagu diaorang (local Folk Song), macam nak tidur pula rasanya. Mungkin bagi orang yang x pernah merasa/dah lama x merasa hidup yang benar2 dikampung, seronok jugalah, tiada jalan raya tar, yang ada denai2, basikal dan lalu di bawah pohon buah2an, redup dan berangin. 

            Jauh juga kami berjalan melewati dusun buah2an untuk sampai kepengkalan sampan, sebelum menaiki sampan kami diingatkan supaya jangan memegang tepi sampan untuk mengelakkan jari tercedera, kami terjerit kecil bila sampan teroleng2 kekiri dan kanan,  senyum pendayung sampan tu melihat kami,  sedangkan dia selamba je duduk di hujung sampan.  Mula2 takut, lepas tu timbul pula perasaan seronok, .. adventures juga lah…. walaupun kami berasal dari kampong, tapi x pernahpun melalui pengalaman begitu, dikiri kanan sungai kami disajikan pemandangan pokok2 rumbia, rumah papan buruk2, wanita mengait buaian dan mencari kutu,  suasananya bolehlah kami andaikan macam di zaman 50an seperti dlam filem P.Ramlee.  Beberapa orang kanak-kanak, selamba je terjun dari tebing, mandi manda di dalam air sungai yang keruh sambil tersenyum kepada kami

         Sepanjang perjalanan pulang kami disajikan pemandangan sawah padi dan yang anehnya di atas bendang ada kuburan, menurut Tom di Vietnam tiada kuburan awam, jadi terpaksa ditanam ditanah sendiri, jika orang miskin pula menumpang ditanah saudara, jika tiada barulah kerajaan mengambilnya.  Kami tertanya2, sawahkan berair, menurut Tom, rendam je,  sebab tu padi & buah2an di sini subur sebab ada baja semulajadi…. Alamak.  Dalam perjalanan pulang ke Saigon pemandangan tidur dalam buaian kait yang diikat dibatang2 pokok adalah fenomena biasa,  di gerai2 tepi jalanpun disediakan buaian kait untuk pelanggan berehat.  Begitu juga dengan pemandangan orang Vietnam menikmati sarapan dan makan malam (petang) di gerai tepi jalan,  ada meja kecil, bangku rendah dan kelakar pulak tengok bila semua pelanggan mengadap jalan ….,  macam murid sekolah je … tapi itulah keunikan Vietnam yang mempamerkan kelainan budaya dan pengalaman inilah yang memberi warna dalam kehidupan kita.


            Sampai di Saigon, kami di bawa makan tengahari di Restoran Satay House,  menu hari ini, kari ikan tenggiri (memang kari kat sini sedap),  paru goreng, sayur campur, tempe dll.  Semasa makan tauke keluar dan berbual2 dengan kami.  Selepas makan, kami diberi masa selama 1 jam  untuk melawat War Museum.  Di perkarangan muzium,  banyak dipamerkan jet2 pejuang dan kereta kebal sementara  disudut muzium pula, ada kanak-kanak cacat mangsa peperangan berniaga cenderahati/kraftangan yang dibuat sendiri, seperti bunga hiasan, brooch, lukisan dll.   Menurut Tom, pihak Amerika telah mengugurkan Agent Orange yang telah mengakibatkan keracunan sungai dan tanah2 dikawasan pendalaman,  kesannya habis pokok2 mati, jadi padang jarak padang tekukur dan kesan kepada remaja pula bila mereka berkahwin, mereka mendapat anak cacat, akibatnya banyak berlaku penceraian dan anak2 cacat itu terbiar,  kerajaan terpaksa mengambil anak2 cacat ini dan membina rumah kebajikan untuk menampung anak2 ini.  Sayu dan geram kami melihat  gambar2 kekejaman Amerika terhadap wanita dan kanak2 yg tidak berdosa.  Sebaik selesai kami melawat,  kelihatan rombongan2 sekolah datang melawat (kabarnya murid2 sekolah diwajibkan melihat muzium ini untuk ingatan mereka)  keadaan menjadi sesak dan panas – kami cepat2 beredar,  keluar dari muzium kami dikerumuni peniaga jalanan yang menjual cerminmata hitam (3 RM10.00) dan berbagai2 cenderahati.

               Jam 3.00 petang, kami sampai dihotel.  Selepas solat dan berehat, jam 4.30 petang kami menyusuri kedai2 di belah kanan ben thant,  kami singgah di butik Vi Anh (Tony)  - handsome orangnya dan si Tony ni asyiklah mencuri pandang salah seorang anak dara kawan kami sehinggakan kami nak tanya hargapun dia x fokus,  tapi yg untungnya dapat lah diskaun.  Acara hari ini lebih santai dan penuh dengan gelak ketawa, terjah je mana2 kedai yang menarik perhatian,  akhirnya kami jumpa kedai buat botox - murah je rupanya dan secara bergurau kami saja2 masuk kemudian keluar semula sambil ketawa beramai2 mengatakan wajah kami nampak muda & cantik selepas cucuk botox....... perasanlah tu.   Kemudian kami kebelah kiri ben thant pula,  kami singgah di Minh collection – banyak baju kurung di sini dan lebih murah dari Hong Anh,  banyak butik di sini yang kami singgah seperti Mai Saigon, Hong Anh dll – letih dan panas tapi tetap gigih membeli belah.... rasa haus pula, seorang teman bertanyakan harga sebiji kelapa muda dari peniaga jalanan tapi disuruh minum dulu dan bila nak bayar, peniaga tu ambil kesempatan minta 20 ribu dong (RM8/- )sebiji ,  apa nak kata,  terpaksalah bayar....

            Balik kehotel jam 6.00,  selepas mandi, jam 6.30 petang kami turun kelobi dan bas dah sedia menunggu untuk membawa  kami makan malam di VN Halal restaurant.  Selepas tu kami shopping lagi di pasar malam pergi ke Gerai Sharifah, Zul dan membeli cenderahati seperti Fridge magnet, dompet bersulam tangan dan lain-lain,
28 FEB  2011-   Selesai sarapan pagi di hotel kami halakan kaki sekali lagi ke  Ben Thanh Market dan kedai2 di sekitarnya.  Shopping… shopping dan shopping,  itulah aktiviti kami sepagian ini.   Jam 11.00 pagi balik ke hotel untuk mandi dan berkemas,  kami  check out jam 1.00 tengahari.  Selepas berbincang dengan pihak hotel,  kami diberikan masa selama 20 minit untuk solat di bilik saya yang lebih luas dari bilik lain - selepas menyusun perabut kami solat berjemaah di bumi Vietnam berimamkan abg Mokhtar.  Jam 2.00 petang kami berkumpul di lobi – apalagi sementara menunggu 3.30 petang – bas datang, kami turun untuk shopping/ makan menghabiskan sisa2 dong dan US –seorang beli buah ciku RM3.00 sekilo – habis semua ikut membeli. 

            Bas datang jam 3.30 petang,  seperti dijanjikan, kami dibawa semula ke Post Office untuk bergambar kenangan– secara bergurau menurut Tom, hari inilah baru nampak kami fokus dengan apa yang diceritakannya – kalau x tu asik ingat nak shopping je.  Dalam perjalanan pulang, kami layangkan pandangan, mata kami terpaku melihat pekerja2 letrik sedang membetulkan wayar elektrik - berisiko tinggi betul kerja mereka ni – masih muda2 lagi - seram tengok wayarnya yang berselirat.  Di tepi jalan terdapat peniaga jual goreng pisang,  tiada gerai, cuma ada motosikal, meja, payung dan plastic sampah,  cara mengoreng pisang mereka berbeza dengan kita, mereka menyediakan dua kuali, pisang dicelup tepung dan digoreng di kuali pertama, kemudian di alih pula ke kuali kedua.  Sampah2 pula mesti dibawa pulang dan x boleh ditinggal disitu…. rasanya kaedah itu juga digunakan di China– kalaulah boleh dibuat di Malaysia – x delah kelihatan gerai2 buruk yang tersadai kat mana2.  

PANDUAN:  

HOTEL: (Berdekatan dgn Ben Thant  - lokasi strategik)
Kingston Hotel –

Blue Diamond Hotel –

Boss Hotel i - 05 Truong Dinh Str, Dis I ,HCMC, Tel:84.838247851 - 84.913868087, Email bosshotel2009@yahoo.com

Thanh Lien Hotel -

135-137 Ly Tu Trong St.
Ben Thanh Ward., Dist 1., HCMC.

Than Thu Hotel

Saigon Pink2 - 32, nguyen an ninh street, ben thant ward, district 1, HCMC, Tel : (848) 38272339 / 38272340

Ava Hotel,
(ada buat tour ava,5usd chu chi tunnel,9usd mekong,city tour).

Thanh Le hotel.  - USD100 utk 4 malam
Hainam Hotel

Hotel Gia Huy. -  standard room : USD 28..
BAS: 

Bas No.152. (keluar airport -  tambang 4,000VND (RM0.60) 
Bas berhenti kat stesen bas dihadapan Ben Thanh. (adaTugu Kuda)


VISA:  Tiada

SHOPPING

Ben Thanh Market
Binthay Market
Andong Market

Ustazah Hajjah Basiroh - 159 Huynh Van Banh Street, ward 12, Phu Nhuan District, HCMC, Tel: +84903399248.

Sarifah (Pasar malam) - 28, Door East Ben Thanh Market, Dist 1, HCMC.(open 7.30-12pm),HP 01226543373
Email: sanyvn@yahoo.com

Mery butik - 156 bui vien st.tuan travel 32 bui vien st.pham ngu lao

(Jika duduk di kawasan Ben Thant – boleh jalan kaki)

Duc Thinh Butik (dekat hong anh lama)

Mint collection (Depan hainam Hotel)

Hong Anh Baru  (Belakang Mint Collection)

Hong Anh lama

Vi Anh Collection  


Saigon Square
- baju2 lelaki berkualiti - burberry...timberland dll
MAKAN

·   halal@saigon
·   VN Halal
·    4 season
·   Satay house
·   Hajah Basiroh(Tel. order.. nanti anak saudara hantar)
TEMPAT MENARIK

(Jika duduk di kawasan Ben Thant – boleh jalan kaki)
Water Puppet Show,
War Remnant,
Reunification Palace
Revolutionary Museum,
Post Officce – senibina Perancis,
Notredame -  gereja
Cityhall,
Opera House,
Mekong delta
Chu Chi Tunnel

Khamis, 9 Jun 2011

VIETNAM (HO CHI MING) - PART 1


HARI PERTAMA - 25 FEB 2011
Tiba di Tan Son Nhat International Airport lewat satu jam dari jadual.  Airportnya cantik, baru dibina pada tahun 2004 menggantikan airport lama (tentera). Tour Guide kami bernama Tom dah sedia menunggu.   Keadaan bandarnya lebih kurang seperti berada di Indonesia dan sedikit berjerebu.  Tom sibuk bercerita tentang sejarah dan kelihatan lebih bersemangat bila bercerita tentang Vietnam mengalahkan Amerika.  Jam 12.30 tgh kami sampai di Satay House restoran untuk makan tengahari,  masuk2 je, mata tertumpu pada satu poster besar, pengacara Jalan2 cari makan, Maria tunku Sabri bersalaman dengan tokey restoran Cina (Muslim) dan isterinya orang Melayu Malaysia.  Perut masih terasa kenyang kerana baru sahaja makan nasi lemak Pak Nasir,  menunya masakan melayu spt,  asam pedas ikan tenggiri + bendi,  tumis tauge dll.  Di depan restoran sudah menunggu peniaga jalanan menjual kipas, beg bersulam, buaian kait dll utk cenderahati. 


                Jam 2.00 petang kami check-in di Hotel Kingston,  Hotelnya cantik dan `strategic location’.   Di depan hotel terdapat kedai2 menjual kain2 ela, pelbagai jenis  kain cotton dan ciffon.  Semua tempat shopping berdekatan.   Selepas solat, jam 2.30  aktiviti bebas membeli belah ke Ben Thanh Market, dekat je, dari hotel boleh nampak bumbungnya, sepanjang jalan tu, banyak kedai menjual bunga hidup, gubahannya cantik & berseni,  dan kedai buah2an – besar2 buah2nya dan disusun cantik.  Sampai di dalam Ben Thanh, kami dah rambang mata, tak tahu mana satu nak dituju, akhirnya kami memutuskan untuk membeli barang kiriman kawan2 dulu,  kami mencari kain bersulaman manik untuk dibuat jubah, telekung dan sutera vietnam, tapi bila nak membayar, rasanya lebih mahal beberapa ringgit bila guna dong berbanding duit US... menyesal pulak tukar dong banyak dari duit US....walaupun di M’sia dah buat panduan currency, kami masih keliru.  Akhirnya kami membayar dengan duit  US.  Hari ini kami window shopping dulu, berjalan dari satu kedai ke satu kedai membuat perbandingan harga, sebab masih banyak masa untuk shopping.  

Jam 6.00 petang kami balik kehotel, selepas membersihkan diri dan solat, jam 6.30 petang kami turun kelobi dan bas dah sedia menunggu untuk  membawa  kami makan malam di VN Halal  restaurant.  Restoran ini kepunyaan wanita Champa yang berkahwin dgn lelaki Melayu M’sia, menunya juga masakan melayu, sup sayur, telor masin, kari ikan tenggiri dan lain-lain.
   
         Selesai makan, kami berjalan kaki ke pasar malam,   waktu nak melintas, huh... banyaknya motosikal,  rasa macam mustahil je nak melintas, tapi tidak, mereka sangat bertolak ansur, tiada mat rempit, tak marah dan mudah saja mereka memberi laluan kepada penjalan2 kaki -  memang kagumlah tengok.   Sampai kat pasar malam .. wah... macam kat Malaysia pula (wakaf cik yeh),  ramai betul  orang kita,  kami singgah di gerai jual telekung, bertanya dlm bhs Inggeris, tiba2 dia cakap Melayu,  namanya Zul, pernah belajar pondok di kelantan,  di sini kami beli baju kurung cotton corak batik – harganya memang sukar dipercayai cuma 13 usd siap sulam manik lagi,  blk ke hotel melaram, kemas jahitannya dan selesa dipakai,  nampaknya esok kena serang  lagi ni.  Malam tu kami meninjau2 dulu kerana masih ada 2 malam lagi untuk kami membeli belah

HARI KEDUA - 26 FEB 2011





Seawal jam 6.45 pagi, kami dah turun bersarapan, hotel ini menawarkan international buffet, suasana kat hotel ni macam kat M’sia pula, sebab penuh dengan orang Melayu je …,  kami hanya  makan buah2 an dan jus. Balik kebilik, bancuh Nescafe, makan maggi dan roti bersama sambal tempe bilis yg kami bawa.  Jam 8.00, bas tiba untuk membawa kami ke Terowong Cuchi yang terletak 22 batu dari Saigon. Terowong tanah. ini mempunyai 200km panjang dan 12 meter dalam. Telah dibina oleh tentera Viet Kong ketika peperangan antara Amerika dan Vietnam.  Kami di bawa kesebuah pondok beratap nipah (macam pondok komunis dalam filem Bukit Kepong), kami dipertontonkan sebuah filem dokumentari dan diberi sedikit penerangan.  Selepas itu kami dibawa melalui denai dan ditunjukkan tempat persembunyian askar vietkong,  terowongnya kecil, muat2 badan saja (orang Vietnam kurus2 & kecil) – ada Mat Saleh tu terpaksa berpatah balik kerana takut tersangkut dalam terowong. Tom mengingatkan kami supaya membuang angin dahulu sebelum masuk ke dalam terowong, (kerana kasihan kat orang yang dibelakang … mula2 kami x faham, bila difahamkan semula (adakalanya kena membongkok dan merangkak – takut terkentut) berderai ketawa kami, sehingga beberapa ekor burung yang bertenggek di dahan berdekatan, terbang ketakutan dan beberapa orang Mat Salleh yg ada kat situ terpinga2. 



Kami singgah pula kesebuah pondok dan dihidangkan ubi kayu rebus dan kopi Vietnam,  kami juga ditunjukkan buluh (macam pelita buluh kita) yang di sambung keanak air dari bukit dan dibuat lubang utk menyalurkan air seperti paip.  Selepas berehat sebentar, kami ketempat menembak,  bunyi dentuman peluru membingitkan telinga,  kami segera beredar untuk melihat pembuatan kulit popia secara tradisional, mereka menggunakan tepung beras, selepas dilenser dan dikukus menggunakan dapur kayu kemudian dijemur.  Kami benar2 teruja bila melihat betapa kreatif dan berinovasinya mereka, membuat sandal untuk berperang dari tayar lori perang Amerika.  Di sini juga ditunjukkan senjata2 yang mereka gunakan dan setiap peluru kepunyaan Amerika direcycle semula untuk menghasilkan senjata api -  begitu gigih dan wajanya semangat mereka, dalam serba kekurangan mereka boleh mengalahkan Amerika yang menggunakan senjata yang serba canggih.   

Kami makan tengahari di Haji Samsudin Muslim restaurant, menunya kari ayam, ikan talipia goreng garing bersambal cili api,  telor dadar,  sup sayur ala vietnam, buah-buahan dan popia goreng -berselera kami makan,  memang diakui kari di sini memang sedap – mungkin diproses sendiri.   Selepas makan kami singgah pula di Phuong Nam lacquerware Factory  -  antara produk pelancongan di HCM,  terpegun kami melihat ketekunan dan kesabaran  pekerjanya menghasilkan pelbagai produk seni dari kulit telur dan tiram yang sangat halus dan rumit pula – memang kagum dan harus dihargai.

  

setelah membeli beberapa cenderamata, kami beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Sesigatex silk Hacota (Souvenir shop) dan kedai kain silk - sekejap je kami kat sini, sebab harganya lebih mahal dari di Ben Thanh lagipun kami bercadang nak shopping sakan di  Butik Hong Ang Collection  - haa … inilah destinasi yg dinanti,  apalagi,  riuhlah kami memilih baju kurung, blouse, tudung dll yang kalau di Malaysia 2 kali ganda harganya.   Kat butik ini ada gambar Pemaisuri Agong shopping – wah apalagi, beranganlah kami semua – kita shopping kat tempat orang2 kayalah… lama juga kami kat sini.


Jam 6.00 petang kami dibawa solat di masjid,  memang sedih melihat persekitaran masjid ini,  dihadapannya tidak terurus, beberapa wanita champa duduk mengaji di masjid itu,  kami diberikan air hujan yg ditakung utk mengambil wuduk,  ada juga yang merungut2 bertanya x de ke air paip,  kami saling menasihati, ini bukan Malaysia yang mewah segalanya, jgn byk berfikir,  wuduk dan tunaikan solat segera,  kalau difikir2,  memang   susah jadinya.   Selesai solat, kami berpakat mengutip sedikit wang utk didermakan kpd wanita tua di situ.  Alangkah bertuahnya bumi Malaysia, bebas solat dimana2 dalam keadaan mewah - ini benar2 menginsafkan kami.     

           
 Kemudian kami di bawa pula ke Russian Market -  kami sekadar melihat2 sahaja, x begitu sesuai dengan citarasa kami,  selepas itu kami di bawa ke Notre Dame Cathederal, Reunification Palace, Cityhall, Opera House (sekadar melawat diluar sahaja sebab x cukup masa ) dan Post Office yang dibina bercirikan bangunan Perancis, – kami tertarik dengan pondok telefon dan dekorasi dalamannya, ramai Mat Saleh mengabadikan kenangan di sini.   Kat sini ada gerai cenderahati yang ada sebahagian barangnya lebih murah dari Ben Thant.  Oleh kerana hari dah mula gelap dan masa terlalu suntuk, kami meminta Tom membawa kami semula kesini sebelum pulang Ke Malaysia untuk bergambar kenangan – sebenarnya geram tengok bunga matahari yang sedang berkembang di hadapan Notre Dame Cathederal.

            Kami makan malam di Restoran Four season,  menu hampir sama mcm di VN halal,  kabarnya taukenya adik beradik dengan tauke VN halal.  Selesai makan, aktiviti bebas shopping di pasar malam.  Kami singgah di gerai Sharifah,  Wan dan Zul, semuanya pandai cakap melayu.   Di sini jika pandai menawar, barangannya lebih murah dari Ben Thant…. Baju kurung cotton berkaki bersulam rmanik bling2 berharga 16USD (lebih kurang RM48/- RM52/-) sepasang, baju kurung ciffon bermanik pula berharga sekitar 20USD – (lbh kurang RM63/-) memang rambang mata melihatnya,  semuanya cantik.