Khamis, 14 Jun 2012

INDIA - KASHMIR/TAJ MAHAL - PART III


15 - 16 APR 2012 (Ahad) – DELHI/AGRA (TAJ MAHAL-AGRA FORD)

Semasa bersarapan pagi,  kami mempelawa Poonam teh susu,  Poonam ketawa bila kami menyebut susu,  katanya perkataan itu digunakan semasa nak memujuk anak kecil terkencing.  Mendengarnya kami semua ketawa.  Kami  tinggalkan Kashmir dgn sejuta kenangan indah menuju ke Agra,  menjejaki kesyahduan cinta Shah Jahan.   Lima jam perjalanan dari New Delhi, kami menginap  di Hotel Man Singh.  Semasa makan malam dihotel, ada persembahan penyanyi tempatan menyanyi lagu Hindustan,  Poonam turut berduet dan kami bertepuk tangan.
  Terpegun….. itulah kata-kata yang sesuai ketika menyaksikan Taj Mahal yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia.  Di bina mengunakan marmar putih yang didatangkan khas dari Itali, parsi dll oleh pemerintah Mughal, Shah Jahan bagi mengingati isteri tersayang Muntaj Mahal yang meninggal dunia diusia 39 tahun selepas melahirkan anak yang ke empat belas.  Mengambil masa selama 22 tahun untuk menyiapkannya di antara 1630 masihi hingga 1652 masihi dengan mengunakan khidmat 20,000 orang buruh yang bekerja 24 jam, menyaksikan kecintaan dan citarasa mewah pemerintahan Mughal terhadap senibina.  Bercadang membina sebuah lagi Taj Mahal dari marmar hitam, yang khabarnya akan membayangi Taj Mahal semasa bulan purnama...  wah kalau jadi kenyataan, tentu cantik, tinggi sungguh citarasa dan imaginasi pencinta tegar ini.  Akibatnya, Shah Jahan dipenjara oleh anaknya Aurengzeb kerana didakwa menghabiskan wang rakyat. 
Selesai membeli belah  di bazaar di luar Taj Mahal, kami di bawa pula ke Agra Fort sebuah lagi tapak warisan dunia UNESCO  yang dibina di tepi sungai Yamuna pada tahun 1565 masihi oleh pemerintah Mughal terkenal Akhbar (filem Jodha Akhbar).    Agra Ford yang juga dikenali sebagai Lal Qila adalah sebuah kota rumah agam bertembok tinggi dan dibina  mengunakan batubata besar berwarna merah di mana Mughal-mughal terkenal seperti Babur, Humayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan Aurangzeb tinggal dan mentadbir negara dari sini. Jehangir Khan adalah anaknya bersama pemaisuri Jodha yg beragama hindu dan bapa kepada Shah Jahan.   
Semasa pemerintahan Akhbar, Agra Fort menjadi kubu penting tetapi semasa pemerintahan Shah Jahan, dia menjadikan sebahagiannya sebagai istana yang lengkap taman ditengah2nya berserta 3,000 buah bilik untuk gundik2nya.  Semasa pemerintahan Aurengzeb, Shah Jahan dipenjarakan selama 7 tahun, di Musamman Burj, iaitu sebuah menara berbentuk lapan segi di dalam Agra Fort yang mempunyai balkoni marmar berdekorasi dalaman seakan Taj Mahal dan pemandangannya pula mengadap Taj Mahal. Penulis difahamkan selepas itu Shah Jahan dipenjarakan pula diseberang sungai Yamuna dan bilik tahanannya tetap mengadap Taj Mahal,  di akhir hayatnya, ketika berbaring Shah Jahan meminta digantungkan cermin yang terimbas imej Taj Mahal supaya Taj Mahal tetap dimatanya.   Sungai Yamuna mengalir lesu seolah-olah mengerti lara hati seorang pencinta tegar.

Dalam perjalanan pulang Ke New Delhi, kami di bawa melawat kilang marmar yang berilhamkan Taj Mahal,  pekerjanya dari keluarga Islam yang mewarisi kepakaran seni ukir mengukir sejak turun temurun dari satu generasi kesatu generasi.

17 APR 2012 (Isnin) –SAROJINI NAGAR

Hari terakhir di India,  selesai solat, jam 1.30 tengahari, kami check out dan makan tengahari di Restoran Karim di sebuah komuniti muslim di Hazrat Nizammuddin.  Untuk ke restoran ini, kami perlu berjalan kaki dan berpapasan dengan  ramai pengemis muslim.  Kami di sajikan dengan ayam tandoori, roti nan, briyani ayam timbus, dll, walaupun sedap, aku sekadar makan untuk mengalas perut, macam tidak termakan semua itu, bila mengenang betapa ramainya umat di luar sana yg sedang berlapar.  Banyak sungguh makanan yg berbaki,  rasa nak tapau je utk diberikan kepada pengemis tu, tapi takut pula.   Dlm perjalanan menuju ke Bas, sekali  lagi kami diserbu, rasa belas menyesak dada, kejamkah kami?  Bila semua sudah menaiki bas, tingkap kami buka sedikit untuk mengulurkan sedikit wang.   Sampai di Bazaar Sarojini, kami diberi masa 2 jam untuk membeli belah, macam amazing race, kelakar sungguh jadinya bila tangan memegang  sari, tapi mata memandang kurta, memang tak fokus – tapi hasilnya banyak juga yang kami beli, sebab utamanya ialah murah.
    Dalam perjalanan ke airport, kami menyaksikan fenomena yang sangat menyedihkan,  warga India yang tidak berumah memilih bawah jejambat, tembok dan kakilima kedai untuk tidur, amat menakjubkan apa yang sanggup manusia buat demi kelangsungan hidup.   Dan mungkin dari sinilah terujudnya budaya membuang hajat merata2.
Pada pandanganku, India sangat exotik dan penuh warna warni, bayangkan dalam masa tujuh hari penulis di India, dapat merasai tiga musim sekaligus, musim dingin (salji) di Gulmarg, musim bunga (Tulip, cherry blossom dan Mustard) di Srinagar  dan musim panas di New Delhi dan Agra

       Hebat sungguh pemerintah Islam di masa itu, tapi sayang, menurut Poonam kejatuhan kerajaaan Islam Mungal di India, disebabkan perempuan, kemewahan dan tamak, tidak dapat penulis bayangkan, jika kerajaan Islam masih memerintah, tentunya India berada di sisi yang berbeza dengan apa yang ada sekarang.  Kesimpulannya, percutian ini benar2 berbaloi dan pengalaman ini kami bawa pulang dengan puas hati.

Nota:  Semasa melewati satu jejambat di jalan Pudu ke Bukit Bintang, penulis terkesima kerana rupanya fenomena tidur di bawah jejambat ada di sini, siap ada tilam & rak barang….. menjemur baju di pokok2 bunga, seolah2 ada tiga penempatan di situ, jika tidak dibenteras dari awal,  ianya akan menjadi satu penempatan tetap pula.








Selasa, 12 Jun 2012

INDIA - KASHMIR/TAJ MAHAL - PART II



13 APR 2012 (Jumaat) –SRINAGAR  (Tulip dan Mustard)




Taman Tulip Indira Gandi adalah taman tulip kedua terbesar di Asia, selepas China, dibuka pada 29 Mac 2008 dan mempunyai kira2 60 jenis bunga tulip ditanam di sini. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah, pokok-pokok poplar yang kurus dan tinggi dan ladang mustard berselang seli menghiasi pandangan mata.  Tiket masuk ke taman ini cuma 50 rupee (RM3.50/-).   
Tulip hanya akan ditanam awal  bulan April dan bertahan hingga akhir bulan April sahaja.   Tidak terucap oleh kata-kata,  kami hayati keindahannya, keterujaan kami terserlah bila kami jadi tak tentu arah,  sana cantik, sini cantik, sinun lagi cantik…. rambang mata nak ambil gambar dari posisi mana.  Ketika keluar, dipintu pagar, seorang jejaka Kashmiri menghadiahkanku sekuntum bunga tulip berwarna kuning berona oren, seronoknya aku berpeluang membelek dan mencium tulip kerana ditaman itu pengunjung dilarang memegang/memetik bunga dan akan didenda sebanyak 500 rupee jika berbuat demikian.
Hujan renyai2 & cuaca yang semakin sejuk, tidak kami endahkan,  Taman Mughal – Taman Chashmashahi (bertemakan mataair), Nishat Bagh (bertemakan Seni Mughal lama)  & Shalimar  Bagh (bertemakan cinta) yang mengadap tasik dal & berlatarbelakang-kan pergunungan Zabarwan memang sukar utk dilepaskan peluang mengunjunginya.  Di dlm taman beberapa jurugambar yang kami gelarkan paparazzi menawarkan khidmat bergambar dgn memakai baju pengantin Kashmiri,  kosnya Cuma 50 rupee utk gambar berukuran 5R dan 100 rupee utk gambar  berukuran 8R.  
Hujan semakin lebat, melihat Hajra bat dari dlm bas, kami tidaklah begitu ralat kerana senibinanya lebih kurang seperti masjid2 di Malaysia.  Kemudian kami melawat di pusat kraftangan Kashmir iaitu paper machie yang terletak di kawasan elite di Isheber Nishat dan buat pertama kalinya  kami berpeluang melihat pohon manjakani yang berbuah lebat yang ditanam di halaman rumah itu.


Selepas makan tengahari di House boat,  petang kami dibawa menaiki shikara menyusuri tasik dal.   Oleh kerana suhu semakin menurun, kami dibekalkan selimut utk menutupi tubuh.   Beberapa penjaja menghampiri shikara dan menawarkan jualan mereka, konsepnya sama seperti pasar terapung di Bangkok, cuma disini tasiknya luas.  Kami juga singgah membeli belah di kedai-kedai bot yang terdapat di persisiran tasik itu,  membeli belah di sini kami diminta duduk melunjur, diberi kusyen untuk bersandar dan diselimutkan, selepas itu mereka pun mula membentang sari, shawl, kurta, jaket kulit dll, pelbagai jenis dan warna utk di pilih. 


Perjalanan pulang ke house boat, kami di bawa keperkampungan air mereka,  saat ini, barulah kami melihat gadis2 Kashmiri mendayung sampan bersiar2 bersama kawan2 dipersekitaran kampong air itu, berkulit cerah, mulus dan berwajah cantik disebalik selendang yg sengaja ditarik kehadapan untuk melindungi wajah ayu mereka.  Tertoleh2 kami mencuri pandang,  tak puas melihat wajah persis artis bollywood tanpa mekap.   Setiap tanah yg terapung di tasik ini digunakan sebaik2nya,  ditanam  sayur2an, mustard dll.   Azan yg bergema bergaung, bersatu di antara tasik dan banjaran menjadi penanda pengakhiran perjelajahan kami untuk hari itu.   Setelah penat seharian, malam itu kami tidur awal.

14 APR 2012 (Sabtu) – SRINAGAR/SALJI DI GULMARG  

Gulmarg  (meadow of Flower) yang bermaksud gunung yang dikeliling padang rumput dan bunga, setinggi 2,730 meter di atas paras laut dan dikenali sebagai antara kawasan bermain ski dan golf terbaik,  tertinggi serta mempunyai gondola (cable car) yang terpanjang di dunia. Jarak perjalanan dari Srinagar 60km selama 2 jam bagaikan tak terasa, kerana pemandangan yg disajikan bagaikan sebuah lukisan, sangat indah sehinggakan leherku  terasa letih kerana asyik memandang ke kiri dan kekanan.  Rumah2 di sini besar, moden dan cantik. Ladang Mustard yang menguning, ladang epal yang memutih bunganya, cherry blossom, sungai jernih berbatuan besar yang mengalir tenang, pokok2 alpine dan banjaran Himalaya yg diliputi salji,  melatari pemandangan, amat memukau perasaan.
Singgah di satu check point, kami menyewa kasut but (macam but Phua Chu Kang).  Peniaga jalanan berebut menjaja shawl, sarung tangan, mafla dll.  Semasa berseorangan menunggu seorang teman ke tandas, penulis didatangi pengemis wanita yg mendukung anak, meleleh hingusnya,  rayuannya meruntun hati,  aku terpaksa mengeraskan hati,  teringat pesan Majid (guide) demi keselamatan jangan bersedekah kerana anda akan dikerumuni & sukar melepaskan diri,  disebalik mafla yg menutup wajah, aku cuma mampu berdoa uuntuk kesejahteraannya.   Sampai di Gulmarg, kami menunggang kuda utk sampai ke stesen  Gandola (cable car),  ini kali kedua aku menunggang kuda, pertama di kaki gunung Bromo yang lebih mencabar treknya berbanding di gulmarg, di jalanraya yg mendatar.    
Kami menaiki gondola sehingga ke stage pertama dgn bayaran 300 rupee (Rm20/-).  Walau telah berpakaian yg sesuai,  aku terasa semacam nak beku,  muka terasa ketat utk bercakap dan tersenyum. Bagaikan bermimpi,  ku genggam salji dan memandang alam sekeliling, matahari memancarkan sinarnya,  salji di mana-mana dan pokok pine mendominasi pemandangan – oh indah… sangat indah dan menakjubkan. Menurut Irshad (guide), pemandangan disini sama seperti di Switzerland dan jika naik ke stage kedua, pemandangan lebih indah dan jika cuaca baik, berpeluang pula menikmati pemandangan cantik di Nanga Parbhat. 

Tidak mudah rupanya bermain ski, percubaan pertamaku rasanya sudah cukup utk memberi pengalaman berharga, akhirnya aku bergambar shj dengan bayaran 50 rupee.   Banyak aktiviti yg ditawarkan di sini seperti bermain sledge, ski dan skooter.  Syukur alhamdullillah, rezeki kami berganda, bila salji tiba-tiba turun, walaupun nipis tapi sudah cukup utk kami menikmatinya. 
Perjalanan pulang, kami singgah di ladang Mustard  yang menguning bunganya, sangat indah dan mengujakan. Poonam (guide) menyanyi dan kami mengikutinya, tambah bersemangatlah kami memotret gambar ala-ala artis bollywood sebagai kenangan.
  
    Cadangan mengadakan unggun api malam itu terpaksa dibatalkan, suhu yang semakin dingin dan menusuk tulang, tak berdaya kami hadapi, akhirnya di ruang tamu bersama kudapan2 yang dibawa dari Malaysia, kacang goreng Kashmir yang dibeli dari penjaja pasar terapung dan kopi susu yang disediakan Rahim menyaksikan Asif (anak tauke House Boat) dan Tariq menyanyikan lagu2 Hindustan dan kami bertepuk tangan.  Bicara yang teratur dan sopan, menyerlahkan sisi sebenar Asif sebagai seorang yang terpelajar, mengutarakan isi hatinya tentang masa depan Kashmir dan bangsanya amat mengesankan hati penulis. 

Jumaat, 8 Jun 2012

INDIA -KASHMIR/TAJ MAHAL - PART I

11 APR 2012 (Rabu) - K.LUMPUR/DELHI  (PART 1)


Mengapa India? busuk, kotor, berdebu dan hancing – malah digelar Big Toilet!!! itulah  yg acap kali  ditanya  bila  kunyatakan keinginan melawat  IndiaSejarah!!! itulah  sisi sebenar India  yang membuak keterujaanku.  Menzahirkan impian, segala maklumat  dan dokumentari   mengenainya  ku kumpul  dan akhirnya 11 April 2012  kupilih  agar percutian  ini berbaloi  dan  memberi nilai yg berpadanan dengan  harga.    Memang sudah   rezeki,  AirAsia   yang  ditempah telah menamatkan  routenya  ke New  Delhi dan  menukar  tempahan  kepada MAS. “Kak line  ni ke New Delhi”,  teguran  pegawai Kastam mengejutkan  kami, hati tertanya-tanya,  kenapa ???? akhirnya  kami   temui jawapan - hanya  kami 18 orang sahaja, orang Melayu. “Melancong ke”  tegur Pramugari MAS, “Haah, dah e-mail nak jumpa Shah Rukh Khan”,   kami   berjenaka    di sambut   gelak tawa, “Sebelum jumpa SRK, jumpa     Shahrul  dulu”  ketua  pramugara melawak dan dilayan mesra

 
Kapalterbang mendarat dengan baiknya di Mahatma Ghandi Airport,  jam 11.30 pagi waktu India.  Airportnya cantik, moden & gambar  petunjuk  di depan toilet memaparkan gambar  artis   Hindustan sangat   menarik   perhatian   kami. Panas  terik  dan Poonam (Guide) menyambut kedatangan kami dgn kalungan bunga tahi ayam – wah,  terasa macam wakil rakyat pulak.   Gelak besar Poonam bila kami maklumkan makna bunga tahi ayam.  Melewati airport, kami disajikan pemandangan dan suasana yang berdebu, kotor dan fenomena org membuang hajat ditembok, pokok dan tepi jalan tanpa rasa bersalah dan malu.  Tanggapan awal kami mengenai suasana India lebih baik dari Vietnam yg baru lepas perang tahun 1978 nyata meleset.  Paparan suasana menyatakan kebenaran.   Bunyi hon kereta amat membingitkan telinga dan tambah memanaskan suasana, hairan juga, New delhi terletak di utara tapi panas pula. Kami makan tengahari di Restoran DI New Delhi.  Hiasan dalamannya cantik, tapi lampu yang malap dan samar2 melemaskan kami.  Kami dihidangkan dgn Aloo Gobi, roti nan, ayam tandoori, nasi briyani kambing dan manisan india payasam.  Selesai makan, kami check in di Hotel Country Inn (5*),  masuk ke lobinya kami disambut dengan gubahan bunga ros yang sangat cantik, apalagi jadi sasaran mengambil gambarlah,  x payah pergi ke Amerika kami bergambar pula dengan replika patung  statue of Liberity.
India Gate
         Selepas mandi & solat jam 3.00 kami di bawa melawat Parlimen House yang berbentuk bulat dengan dua parlimen - Lok sabha (Lower) & The Rajya sabha (Upper) yang senibinanya berunsurkan Rajasthan,  kemudian kami  di bawa melawat Rumah Presiden yang dibina pada tahun 1929, pernah didiami oleh Residen Wakil-wakil Raja British dan kediaman rasmi presiden Republik India (dari luar je).   Seterusnya melawat India Gate di tengah bandar Delhi setinggi 42 meter yang merupakan tugu peringatan bagi memberikan penghormatan kepada askar-askar India yang terkorban ketika WWI  &  Perang Afghan.         

       Kami  dapati   warga India   gemar   baring di atas   rumput  sambil berbual.  Penulis juga tertarik dengan penjaja yang menjual timun, timun dikopek kulit, dibelah empat (tak putus) dan disapukan serbuk asam boi,  menurut penjaja, timun sangat bagus untuk menyejukkan badan.

Jam 6.30 petang  kami  pulang ke hotel,  kami makan malam  di Hotel  kerana Hotel  ini khas   untuk  pengemar vegetarian.  Ramai   pelancong  dari  China, Korea  &  Vietnam menginap  di sini,  hanya  tudung  yg  membezakan kami,  kerana rupa paras dan kulit hampir  serupa.   Memang bertuah dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia, di mana2  kami melancong kami dilayan mesra dan diutamakan dalam byk keadaan.  

Selesai   makan, kami   window shopping   dibelah   kanan hotel,  kami cuma sempat singgah  satu  kedai saja, itu pun  dah hampir  nak  tutup – dan kami dapati harga agak mahal dan Guide kami telah berpesan, utk ke Srinagar kita Cuma perlukan satu beg sahaja.

12 APR 2012 (Khamis) – DELHI/SRINAGAR
Selepas sarapan pagi di hotel, kami dibawa ke lapangan terbang domestik untuk
penerbangan ke Srinagar   yang   merupakan    ibu Negara Kashmir.  Menjenguk melalui  tingkap  kapaltebang,  Subhanallah, cantiknya,  terkedu  penulis melihat pemandangan  banjaran  Himalaya  yang  dilitupi  salji.   Angin  dingin  menusuk ketulang    dan    kehadiran    askar2     bersenjata  api  berkawal,    menyambut kedatangan  kami  sehingga  menimbulkan  rasa  cuak, apatah  lagi difahamkan Kashmir  adalah  wilayah  bergolak  yang  menjadi  perebutan  antara India  dan Pakistan.  95%   warga   Kashmir   berbangsa  Kashmiri   dan  beragama  Islam.  Setelah India berpecah dua, Pakistan di bahagian  Barat  dan  India  di bahagian timur,   Kashmir-Jammu    telah   menjadi   sebahagian   dari   India   dan   telah menyaksikan suka duka bangsanya. 
Melupakan duka mereka, kami hayati pemandangan yang amat berbeza dan amat mengesan di hati,  walaupun masih belum maju dari pembangunan tapi keindahan alam ciptaan Allah ini bagaikan menutup segala kekurangan itu.   Kami di bawa menaiki Shikara iaitu sejenis perahu yg dihiasi indah. Bagaikan berada di Venice,  menyusuri tasik dal menuju ke Rumah Bot (Deluxe house bot) amat mengujakan.  Kashmir mempunyai tasik yang terkenal iaitu Tasik Dal dan Tasik Nagin yang diatasnya dibina rumah bot yang menjadi penginapan pelancong.   Setiap rumah bot disediakan seorang pelayan lelaki yang membuat kerja2 seperti seorang bibik.   Rumah bot mempunyai beberapa buah bilik, lengkap bilik air dan mempunyai ruang tamu yang dindingnya berukir halus dan lantai beralaskan permaidani buatan Kashmir.   Menurut Majid, rumah bot ini asalnya didiami Maharaja Mughal dan semasa zaman penjajahan Britain di India didiami oleh gabenor-gabenor British.

Selesai makan tengahari di rumah bot yang menyajikan makanan tempatan, kami dibawa ke Kashmir Old Town,  senibina rumahnya bercirikan Parsi,  kemudian kami dibawa melawat ke Masjid tertua di Kashmir iaitu Masjid Jamia yg terletak di Nowhatta.  Ia dibina oleh Sultan Sikandar sekitar thn 1400 sebelum masihi. Di zaman pemerintahan anaknya, Zain Ul-Abidin telah mengembangkan & menaiktaraf masjid ini. Bersenibinakan Indo Saracenin dgn terdapat 370 batang tiang kayu menyokong binaan & di tengah2 masjid terdapat taman yang indah, satu binaan yang sangat cerdik & kreatif kerana sesuatu yang bersatu dgn alam ciptaan Allah pasti akan menghasilkan sesuatu yg menakjubkan, terasa aman & ketenangan kpd  pengunjung rumah Allah ini.
Hujan yang turun membatalkan hasrat melawat Hajra bat,  walaubagaimanapun Majid (guide) berjanji akan membawa keesokan hari.  Mengubat hati, bas berhenti di sebuah gerai yang menjual pelbagai makanan,  Kami turun untuk mengambil gambar, sementara Majid membeli beberapa kudapan untuk kami semua sama2 menikmatinya.  Seorang tua Kashmiri bertanya sama ada kami   muslim,  mengiakannya, seorang wanita Kashmiri membelek2 tudungku sambil berkata nalerekek (cantik), Mereka menjadi lebih  ramah bila mengetahui kami  dari Malaysia
Mencicipi pakora, mengingatkanku kepada cekodok bilis bawang,  pertama kali juga kami merasa makan akar teratai goreng celup tepung dal dan lempeng sebesar dulang yg dimakan dengan halwa.   Kemudian kami singgah membeli belah di Carpet Weaving factory yang menjual karpet buatan tangan, sari, shawl dll. Kami dihidangkan teh berherba dan biskut Kashmir, sambil minum kami ditunjukkan cara menenun carpet, memang halus dan sangat berseni, setanding dgn harganya.  Setelah tawar menawar penulis membeli beberapa helai sari sutera utk dibawa pulang.
Petang di Srinagar selepas hujan, sangat dingin, dari beranda House bot, tersergam banjaran Zabarwan melatari pemandangan, berdiri kukuh bagaikan pengawal kepada tasik dal, menurut rahim (bibik) selepas hujan, puncak banjaran Zabarwan akan dilitupi salji.   Selepas makan malam,  kami dikejutkan dengan kehadiran peniaga  yang membawa sari, kurta serta shawl, selesai peniaga kain baju, masuk pula peniaga batu permata, perhiasan wanita, jaket kulit dll,  mereka silih berganti sehinggalah kami memaklumkan ingin masuk  tidur.