25 Jun 2008
Melancong ke Guangzhoa tak pernah masuk dalam agenda percutian, semuanya berlaku secara tak sengaja, bila melihat offer di AA, 3 hari 2 malam di Guangzhao - tiket, hotel, makan dan trip dengan harga RM763/- membuatkan kami terpana, tanpa apa2 maklumat mengenai Guangzhoa, bersama 3 orang teman kami mengambil keputusan kesana. Tindakan kami memang berbaloi kerana keesokan harinya, 2 orang teman x dapat turut serta kerana harga pakej telah meningkat 2 kali ganda. Jam 9 pagi kami tiba di Baiyun International Airport , Baiyun bermakna Awan Putih. airportnya cantik dan moden. Tour Guide (pakej AA) bernama Tina & Alice dah sedia menunggu. Kami di bawa menaiki coaster , hanya kami berempat sahaja. Kami terkejut melihat jalanrayanya yang moden, sesak, bersimpang siur fly over, sekali pandang macam roller coaster, kasihan pula melihat flat2 yang berhampiran dengan flyover, sehingga kita yg berada dlm kenderaan boleh melihat ke dlm rumah mereka. Oleh kerana kami berada di Guangzhou city, selain bangunan, tak adalah apa yang menarik. Jam 11.30 pagi kami tiba di Sherwood Hotel (Ka Ying) yang terletak ditengah2 bandar Guangzhou berhampiran dengan supermarket, KFC dan lain2. Syukur Alhamdulillah, kami dibenarkan check in awal, Alice meminta kami turun jam 12.30 tgh untuk makan tengahari sebelum sesi lawatan. Setelah berbincang, kami menolak makan tengahari - mengantuk sangat rasanya kerana seawal jam 3.30 pagi kami dah berada di LLCT untuk menaiki kapalterbang jam 5.00 pagi. Akhirnya kami diminta turun jam 1.30 tgh. Dapat jugalah kami melelapkan mata selama 1 jam, selesai solat dan makan (kami bawa nasi impit mini yg telah direbus, kari ayam dlm tin, sambal bilis, serunding, roti , biskut dan susu pekat) kami turun kelobi. Coaster sudah menunggu dan di dalamnya terdapat 2 orang lagi pelancong suami isteri dari Australia , rupa2nya mereka berasal dari Sabah dan telah berhijrah ke Australia . Apalagi cakap Melayulah kami kat sana .
Destinasi pertama ialah Ocean Park , kami dibawa mengelililingi zoo dgn menaiki tram yg bergerak perlahan, tram akan berhenti disetiap tempat untuk memberi peluang pelancong mengambil gambar. Pelbagai binatang ada di sini, spt gajah, harimau, singa badak dan lain2, tapi kami begitu teruja meilhat panda kerana inilah kali pertama melihatnya didepan mata. Kemudian kami dibawa pula ke Aquarium, ketika kami sampai, ada pertunjukkan memberi ikan makan dan kemudian 2 orang gadis berpakaian tradisional pula masuk ke dalam aquarium tanpa menggunakan peralatan menyelam. Wah hebat juga mereka, boleh bernafas dalam air untuk beberapa minit, oleh kerana begitu teruja, pelancong2 bangun dari tempat duduk sambil bertepuk, menyebabkan kami x sempat memotret gambar itu sebagai kenangan – rugi betullah
Kemudian kami di bawa pula ke YueXiu Park (the largest urban parkland in China) yang mempunyai lima buah tasik dan pemandangan yang indah, Disitu juga terdapat “Five Ram Sculpture Goat” (tugu kambing ) yang dibina pada tahun 1959, diperbuat dari 130 keping marmar setinggi 10 meter yang merupakan simbol Guangzhoa. Menurut lagenda,
geografi, memang …. setiap tempat akan dihayatinya dengan penuh minat.
Alice agak risau dan asyik bertanya samada kami nak makan, kami menolak, pertama kerana faktor masa & kedua bila ditanya dia kurang pasti dan x faham apa erti halal, akhirnya dengan berat hati Alice mengatakan dia x boleh memulangkan duit makan RMB60/- kpd kami dan kami bersetuju bila Alice menawarkan mengantikan duit makan itu dgn menghantar kami ketempat shopping pilihan dari pagi sehingga jam 3.30 petang memandangkan esok adalah free & easy.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula ke sebuah rumah bangsawan Cina yang telah diubahsuai menjadi muzium. Di halaman rumah itu, terdapat pokok yang hidup beribu2 tahun, kolam dan batu2 yang disusun, melengkapkan landskapnya yang indah dan unik. Kami di bawa menyelami zaman dinasti Han, bagaikan sebuah mesin masa yang boleh membawa kemasa silam, duduk dikerusi yang berukir indah dan berlagak bagai puteri di zaman dahulukala… hu.. hu.. aduhai.. seperti selalu, saya hayati sejarah, suasana dan keindahannya. Tidak lengkap rasanya, jika melancong ke Cina jika tidak pergi ke kedai ubat mereka, di sini kami diberi penerangan mengenai perubatan cina, diperiksa tapak tangan dan nadi utk mengetahui penyakit kami,,, hu.. hu… banyaknya penyakit… entahlah… Kami x begitu berminat, mujurlah dua pelancong dari Australia itu banyak membeli ubat2an itu, selamat kami….. Semasa menunggu kedua2 pelancong memilih, kami mengambil angin diluar sambil menyusuri kedai2 disitu, tiba2 kami disapa dengan salam, bila kami menoleh, rupanya ada gerai makan kepunyaan Cina muslim, seronok bertemu saudara seislam, berasal dari Xinjiang, bernama Ali, memakai kopiah putih, bertubuh kecil, berkulit putih kemerah2an, berhidung mancung dan bermata sepet – mirip orang uzbekistan– campuran arab dan cina..kami menjenguk ke dalam gerai dgn harapan nak merasalah masakan muslim disini dan kebanyakan menunya adalah kambing-rupanya dia dah nak tutup gerai…
“Selepas ni kita shopping di Padestrian Street” kata Alice dan kata2nya disambut dgn gembira. Begitu ramai penduduk yang keluar untuk bershopping, oleh kerana kami melancong semasa musim panas, kebanyakan pakaian yang dijual seksi2 belaka, kami membeli beberapa helai t’shirt yang berharga 10 yuan (RM5/-) sehelai. Shopping disini, tidak menepati citarasa kami, kami suarakan isihati kami kpd Alice dan meminta dia membawa kami ketempat shopping yang ada kain ela, langsir, sulaman dll. Jam 7.00 malam kami balik ke hotel. Selepas solat dan makan. Kami turun dan window shopping di kedai2 berhampiran hotel. Akhirnya kami singgah di kedai buah2an, membeli pisang, epal dan buah peach (3 biji RM1/-) – segar dan besar2.
25 Jun 2008 -
Selepas solat dan bersarapan, nasi impit bersama kari ayam dlm tin, serunding, telor setengah masak, roti, nescafe dan buah2an – terasa seolah-olah kami sedang berhari raya di negara orang. Kami turun ke lobi hotel jam 7.30 pagi, semasa berbual di dalam lif, seorang lelaki cina menegur kami, rupanya orang senegara, bernama Michael dan duduk di Shah Alam, dia ada meeting bisnes di sini, bila melihat hanya kami berempat dan perempuan semua, dia begitu mengambil berat keselamatan kami, memberi no telefonnya dan memberikan beberapa panduan. Kemudian dia bercakap dengan pemandu kami (Lee) yang langsung x pandai berbahasa Inggeris supaya membawa kami ketempat2 shopping yg sesuai. Lee membelikan kami kentang goreng, di kedai di sebelah hotel, kami menolak, agaknya dia pelik, dari semalam x makan2. Akhirnya dia menawarkan kami mineral water, kami terima dan dia tersenyum. Orang Malaysia minum air kosong je…. Hari ini kami di bawa Ke Haizhu Market, di kiri kanan terdapat gerai2 membuat dan menjual/menempah langsir, beraneka paten dan murah – ralit kami disini - masalahnya nak bawa balik. Masuk ke supermarket, wah.. inilah yang kami cari, sutera cina, kain ela, cadar dll. Di sini kami banyak membeli kain ela, cenderahati dan cadar. Cadar sulam tampal berharga RMB200 – cantik dan halus buatannya. Semasa tawar menawar, kami menggunakan kalkulator dan tunjukkan harga yang diingini.
Tiba-tiba bahu kami dicuit, rupa2nya Lee, macam ayam dan itik bercakap, kami faham maksudnya nak bawa kami ketempat lain. Kami di bawa ke Beijing Lu (Lu bermaksud jalan) iaitu sebuah jalan pejalan kaki, sepanjang jalan dipenuhi deretan kedai dikiri kanannya dan diteduhi dengan rimbunan pepohon besar. Segala macam barang seperti pakaian, beg, kasut, mainan, perhiasan, elektrik di jual disini. Setiap deretan kedai kami selusuri, macam2 kami jumpa, banyak juga kami membeli. “Wah banyak beli kak” tiba2 kami disapa oleh lelaki Cina, bernama Wong dari Serdang, sakanlah kami berbual. Matahari memancar terik, bahangnya terasa menyengat – kami basahkan tisu dan menekapkan ke muka dan leher. Wong mencadangkan kami berehat dan menumpang duduk di Lobi hotel Lido . Kemudian kami menyambung shopping semula, membeli Fridge magnet dari peniaga jalanan RMB2/- satu - kami borong untuk cenderahati kawan…. “Kakak mari2, mura… mura….” rupa2nya, peniaga barang perhiasan wanita boleh pula bercakap Melayu sikit2 memanggil kami - akhirnya terbeli jugalah gelang jed dan rantai batu gunung – RMB8/ satu. Huh.. letih dan panas – dah boring bershopping jam 3.00 ptg kami call Lee untuk balik ke Hotel. Sepanjang pulang tu, kami dapati banyak kedai makan Lebanon dan Turki di sini dan inilah satu2nya negara yg kami tak merasa langsung makanan di sini.
Selepas solat dan makan, jam 5.00 ptg, kami keluar hotel menyusuri kedai2 berhampiran, akhirnya kami masuk ke sebuah supermarket, besar dan moden (lupa namanya) banyak pakaian yg moden, berjenama dan cantik2 kat sini. Seorang kawan bercadang membeli kot dan pakaian ala2 korporat, tapi x boleh guna card credit, jurujual tu x tahupun apa itu cc… akhirnya kami cuci mata sahajalah. Kami belilah sarung2 bantal RMB5/- 1 pax ada 2 helai, kemeja jenama Charlie berharga RMB24/- sehelai dan t,shirt kanak-kanak. Kemudian kami singgah disebuah kedai menjual beg tangan (bawah jejantaspun boleh buat kedai) bila kami bertanya ini kulit apa – dia membuat aksi ba.. b… sambil geleng kepala dan membuat aksi lembu sambil menganggukkan kepala, nak pecah perut kami ketawa, apatah lagi bila teringat dia mengayakan aksi ba ..b… tu…. Lawaklah.
Morning call jam 5.00 pagi mengejutkan kami, selesai berkemas dan sarapan, jam 7.00 kami turun kelobi, sementara menunggu van tiba , kami kekedai berdekatan membeli buah apel dan peach – geram tengok buah yang segar dan murah. Penerbangan pulang jam 10.00 pagi. 3 hari 2 malam sebenarnya tidak cukup untuk explore Guangzhoa, banyak sebenarnya tempat yang menarik di sini.
Sedikit Maklumat :
HOTEL:
Hotel Lido, Beijing Lu – Kiri kanan depan belakang tempat shopping
Jiamei Hotel, Guang Talu (Silk Road ) –berdepan dgn Masjid Huai Sheng. Kiri kanan hotel ada kedai mkn (halal)
Guangzhou Hotel - Lokasi Strategik, dekat stesen Metro Haizhu di bwh hotel (jlnkaki sekitar 50m) & tmpt shopping. Boleh menikmati keindahan Pearl River dan suasana malam Beijing lu -pemandangan mlm sgt indah (dr pintu lobi hotel – kekanan – seolah2 ke blkg hotel , jln terus 400m dr. hotel). One Link Plaza . (cenderamata & perhiasan wanita) jalan kaki dalam 3-5 minit
Guangzhou Clivia Hotel, Jiefang BeiLu.(3 star) RMB168 (RM84)) dekat dengan pelbagai tempat menarik macam Western Han Nanyue King’s Tomb Museum dan Yue Xiu Park (jalan kaki je), terkenal di kalangan orang Malaysia yang selalu datang untuk memborong. Tempat makan lintas jalan serta lalu depan entrance Yue Xiu Park.
VISA: perlu ada, minta travel agency buatkan
SHOPPING
Dongmen Shopping Street, Shangxiajiu shopping street, Pasar Borong Haizhu dan Pasar Qingping
MAKAN
Restoren Indian Chef , Beijing Lu, selepas trafik light sbelah hotel Lido tu.. jalan terus 1st junction masuk kanan. Di situ ada tiga kedai Halal. 2 kedai India satu kedai china.
Qinghai Muslim Restaurant/Restoran Abdullah Qinghai, 111 Guang Hua Yi Lu, San Yuan Li (8657 0920) paling famous sebagai tempat makanan halal di Guangzhou. besar dan selesa.
Saba Restaurant Guangzhou di sekitar Huangshi Zhong Lu..
Salam Harbor (Fast food halal) di San Yuan Li Avenue. terletak betul-betul sebelah San Yuan Li Metro Station. Terdapat ayam panggang, pelbagai jenis burger dan ada kemudahan toilet, surau dan tempat main kanak-kanak juga.
Arabian Nights Restaurant: 4/F, 17 Ji Chang Lu (8655 5278)
Bostan East Tower, Xinjiang Bldg, 76 Tian He Bei Lu (8753 7788 ext 1706)
Delicious Muslim Food: 65 Dong Du Da Shi Jie, 475 Huan Shi Dong Lu (8762 6466)
Le Shan Fang (Gao Yuan)
8 Tong Xin Lu£¬ the opposite side of Bao Han Hotel (8350 1919)
Muslim Food Restaurant82 Heng Fu Lu (8358 9625)
Xin Yue Hui Min Restaurant (Makanan suku kaum Xinjiang)3/F Xin Jiang Bldg, 76 Tian He Bei (8753 7788-8301)
Arabian Nights Restaurant: 4/F, 17 Ji Chang Lu (8655 5278)
Bostan East Tower, Xinjiang Bldg, 76 Tian He Bei Lu (8753 7788 ext 1706)
Delicious Muslim Food: 65 Dong Du Da Shi Jie, 475 Huan Shi Dong Lu (8762 6466)
Le Shan Fang (Gao Yuan)
8 Tong Xin Lu£¬ the opposite side of Bao Han Hotel (8350 1919)
Muslim Food Restaurant82 Heng Fu Lu (8358 9625)
Xin Yue Hui Min Restaurant (Makanan suku kaum Xinjiang)3/F Xin Jiang Bldg, 76 Tian He Bei (8753 7788-8301)
TEMPAT MENARIK
Western Han Nanyue King’s Tomb Museum,
Museum on Uprising-revolusi koumintang di Beijing Lu Tiket RMB2
Makam saad Bin Abi Waqas
Huaisheng Mosque
Huaisheng Mosque
Night Cruise at Pearl River .
Xiguan House,
Kenderaan
Teksi – pemandu x pandai bhs Inggeris – minta pekerja Hotel tulis nama hotel ataupun alamat tujuan yang dituliskan dalam bahasa mandarin