17/10/2010 (Ahad)
Jam 4.00 pagi morning call, selesai bersiap kamipun check out, sebelum berlepas pihak hotel membekalkan setiap seorang pek sarapan pagi yang dibungkus cantik. Dalam perjalanan ke airport kami layangkan pandangan terakhir, terasa sedih pula nak meninggalkan Gold Coast. Banyak kenangan indah2 di sini, di dalam hati tersemat rasa, bahawa satu hari nanti – insyaallah akan datang semula ke sini. Tiba2 bas berhenti mengejut, rupa2nya mengelak orang mabuk, kali pertama kami melihat orang yang benar2 mabuk, hilang kewarasan diri, lupa bahaya & macam nak bunuh diri je.
Selesai berurusan di airport, boarding time ada 1 jam lagi, kamipun membuka pek sarapan pagi, di dalamnya ada susu segar, 1 mangkuk cornflake, buah2an kering, energy bar dan oren jus. Sayang nak makan, rasa nak bawa balik je, tapi takut nanti kastam suruh buang pula – putih mata.
Pada kami inilah kenangan percutian paling indah pernah kami alami buat masa ini. Selamat tinggal bumi Kanggaru, moga jumpa lagi.
PANDUAN:
HOTEL:
- Ipanema Surfers Holiday Resorts. (Mr. James. rate AUD150 semalam. (kitchen, hall, 2 x bedroom, 2 x bathroom, washing machine + dryer. (Kena booked sebulan sebelum pergi)
- Islander Resort Hotel – budget hotel (email: res@islander.com.au) Tel: 07-5538 8000, Fax: 07-55922762, Toll Free 1800 074 393
- coutyard marriot hotel, (sebelah hard rock, ada 2 queen bed, balcony ngadap laut)
- Mantra Legends Hotel yang terletak di Surfers Paradise.- (x jauh dari Islander)
SEWA KERETA : Daves Car Rental (office dia kat Islander)
BAS:
Bas ke Theme parks/destinasi pelancongan
sampai airport, ada kaunter utk beli tiket bas ke surfer paradise. boleh beli tiket utk 5 hari (5 days pass –sekali bayar utk naik turun bas 5 hari) Rujuk: http://www.gscshuttle.com.au
Bas ke habour town, pacific fair/kwsn perumahan
bas transit biasa, route brochure ada di website, guna tiket yg sama kita beli di airport tu.
VISA: perlu ada, minta travel agency buatkan
SHOPPING
Sufrers Beachfront Night Market - terletak di sepanjang persisiran pantai Surfers Paradise, setiap hari Rabu dan Jumaat bermula pukul 5.30 petang hingga 10 malam itu mengandungi lebih 70 gerai yang menjual pelbagai barangan kraf, aksesori dan produk-produk negara itu.rabu malam
Harbour Twon- factory outlet
Pacific Fair - Pakaian, pinggan mangkuk murah - corelle, williams, .noritake gold plated dll
MAKAN (Dekat surfers Paradise – berhampiran Islander Hotel)
Restoran maharani- makanan melayu
Punjabi restoran, -nasi briyani , roti nan dll
Golden Legends - (cina M’sia) – tulis halal
Ali Kebab ( the best kebab in Australia)
theo kebab di Cavill Avenue - piza & kebab
TEMPAT MENARIK
Pantai Surfer Paradise - Boleh naik aquaduck yang dari darat turun ke laut
Theme Parks
Tiket : - jika naik bus, beli tiket dlm bus... so nanti naik bus free...
- website (sea world/movie world/dreamworld)
-beli dekat kedai2 sepanjang surfers paradise
Seaworld - habitat hidupan air.Selain menonton pertunjukan Fish Detective oleh anjing laut dan persembahan ikan lumba-lumba, akuarium ikan jerung, penguin, ikan pari serta beruang polar.
Movieworld - tiket masuk AUD71.60 s
Pelbagai permainan seperti roller coaster, pertunjukan magis, pertunjukan aksi stunt dan pelbagai gelagat karakter-karakter kartun terkenal seperti Bugs Bunny, Daffy Duck, Tweety Bird, Sylvester dan Wile E. Coyote menerusi persembahan What's Up Rock di Looney Tunes.
paradise country – tiket masuk RM46.50 termasuk lunch
Dreamworld - Pelbagai permainan yang mencabar dan pelbagai gelagat karakter-karakter kartun terkenal seperti Sponge box dll. Menaiki tram utk melihat kanggaro dan koala
You might also try Drop Bear Adventures:
BalasPadamDrop Bear Adventures
66 Noosa Drive, Noosa Heads, QLD 4567
0487 333 606
http://www.dropbearadventures.com.au