Rabu, 5 November 2014

JAKARTA - BANDUNG



Bandung

Tiba di  Bung Sukaerno International Airport Jakarta jam 10.30 pagi, dan  disambut oleh Tour Guide kami Ferry.  Keluar dari airport je dah jem, aduh ….. terasa bahang begitu panas. Setelah melalui pengalaman terperangkap dalam jem yang menyesak dan membosankan, akhirnya kami sampai di Restoran Rumah Gadang Jakarta jam 2.30 petang – makan masakan padang, dah sejuk.  Banyak masa terbuang begitu sahaja kerana Jem.  Selepas makan, kami solat di surau  yg terdapat di Restoran, tidak seperti di Malaysia, lelaki & perempuan hanya dipisahkan dgn tabir, tapi disini bercampur dan kejanggalan itu menyebabkan kami lebih lambat bersiap kerana terpaksa menjaga aurat.  Jam 7.00 mlm kami sampai di komplek Chempaka Sari, kami diberi masa 1 jam untuk shopping.  Walaupun macam explore race tapi kami tetap gigih menyoping .. huh hilang letih, maklumlah kan ke shopping tu salah satu terapi kpd stress… sempat jugalah kami rembat telekung RM14/-, blouse RM12/ & brooch RM8/- satu. 

Selepas makan malam kami meneruskan perjalanan ke Bandung dan terus check in di Hotel Cemerlang jam 12.00 mlm.  Badan terasa letih, melekit dan rasa x sabar2 nak membersihkan diri.  Ketika membuka pintu bilik,  tiba2 aku seperti terpandang kelibat sesuatu disudut bilik,  tanpa memberitahu rakan sebilik, ku ngangakan pintu bilik luas2 & membaca ayat kursi dan 3 kul.  Selepas mandi dan solat, aku terus berbaring sementara rakanku (oleh kerana dh biasa tidur lewat), duduk membaca buku,  tiba2 Noriah menjerit kecil, aku yg sedang tidur2 ayam terjaga & bertanya kenapa,  katanya ada orang menepuk bahunya,  lalu ku ceritakan peristiwa terlihat kelibat sesuatu semasa membuka pintu, akhirnya kami memutuskan utk membaca ayat kursi, 3 kul & fatihah sebanyak2nya sehingga akhirnya kami terlena hingga ke Subuh tanpa gangguan – syukur Alhamdullilah. 

Jam 7 pagi kami turun untuk bersarapan pagi di hotel.  Kami mengambil telor dadar, roti bakar,kek, jus & buah2an.  Walau ada nasi kuning disediakan, x selera pulak rasanya.  Aturcara pertama hari ini ialah ke ladang Strawberry, untuk ke sana kami melewati kebun2 teh yg menghijau, kebun2 sayur dan bunga, bolehlah dikatakan pemandangannya  dan cuacanya seakan2 di Cameron Highland…. Indah dan mendamaikan.  Banyak juga gerai2 ditepi jalan yang menjual buah nenas dan avocado. Tiba2 Ferry bertanya sambil ketawa, ada yang kepingin sate Kelinci,  hah…sate arnab ke,  oh tidak… kami beramai2 menjawab.  Jalan yang berliku dan kecil menyebabkan kami merasa pening2 lalat.  Di ladang Strawberry, kami berpeluang memetik strawberry & diberi minum jus strawberry.  Banyak produk strawberry spt dodol, jus,  kerepek dan buah yang telah dipetik dijual.    


TANGKUBAN PERAHU




Selepas itu kami di bawa ke Tangkuban Perahu, menurut Ferry gunung berapi ini sudah tidak aktif. sepanjang perjalanan ke sana kami disajikan dgn pemandangan hutan pokok pine dan ditepi2 jalan ramai peniaga jalanan yang berniaga buaian yang dikait beraneka warna.   

Gambar buaian

Menarik dongengan Tangkuban Perahu iaitu kisah anak (Sangkuriang) yg jatuh cinta pada ibunya sendiri (Dayang Sumbi) yang awet muda.  Bila mengetahui kebenaran bhwa Sangkuriang itu anaknya, Dyg Sumbi  pasrah manakala Sangkuriang enggan menerima hakikat, lalu siibu terpaksa membuat alasan, jika ingin berkahwin dgnnya, S’kuriang mesti menyiapkan sebuah perahu yg besar sebelum subuh.  S’kuriang menyanggupinya & menyeru jin2 untuk membantunya, melihatkan keadaan itu, siibu mulai risau dan tiba2 mendapat idea untuk menyalakan sebanyak2nya unggun api, maka terang benderanglah tempat itu sehingga menyebabkan jin2 bertempiaran lari kerana menyangka hari dh subuh meninggalkan perahu yang hampir siap.  S’kuriang naik berang, lalu disepaknya perahu itu sehingga terbalik & dari peristiwa itulah Tangkuban Parahu mendapat nama – Wallahualam.   



Bas terpaksa berhenti disebuah stesen dan kami  dibawa pula menaiki angkutan pramisata untuk ke sana. Bau belerang mulai menusuk hidung,  menandakan kami dah sampai,  sebaik sahaja turun, kami telah diserbu oleh peniaga jalanan yang mengendong beraneka barang untuk dijual sehingga sukar untuk kami berjalan kerana dikerumuni.  Kami telah dipesan oleh Ferry supaya tidak mengindahkan peniaga itu.  


Subhanallah, cantiknya.... kawah itu umpama sebuah kawah memasak dodol & asap meruap keluar dari kawah itu,  udara terasa nyaman dan dingin,  pokok2 umpama bonsai dan batuan2 besar menghiasi fenomena disitu.  Terdapat banyak juga gerai2  jualan di situ, akhirnya kami beli jugalah rantai dari batu gunung berapi (RM3.50/- satu) sebagai cenderahati utk rakan2.  Selepas itu kami turun semula ketempat parking bas, disini pun banyak gerai dan peniaga jalanan.  Baju sejuk kait ala2 mexico menarik hati kami, berebut kami membeli kerana harganya hanya RM9/-.



        Subhanallah, cantiknya… kawah gunung berapi itu umpama sebuah kawah memasak dodol & asap meruap keluar dari kawah itu,  udara terasa nyaman dan dingin,  pokok2 umpama bonsai dan batuan2 besar menghiasi fenomena disitu.  Terdapat banyak juga gerai2  jualan di situ, akhirnya kami beli jugalah rantai dari batu gunung berapi (RM3.50/- satu) sebagai cenderahati utk rakan2.  Selepas itu kami turun semula ketempat parking bas, disini pun banyak gerai dan peniaga jalanan.  Baju sejuk kait ala2 mexico menarik hati kami, berebut kami membeli kerana harganya hanya RM9/-.










Dalam perjalanan kami singgah di Restoran sapu lidi,  di sini kami dijamu makanan secara buffet, banyak juga pilihan makanannya.  Selepas solat,  destinasi seterusnya ke air  hangat Sari Ater,  ada beberapa peringkat tahap kepanasan airnya, akhirnya kami memilih yg airnya suam-suam kuku untuk merendam kaki sambil menikmati aiskrim – sedap betul apatah lagi free, kawan belanja – murah je RM0.80 satu.  Menurut penjual aiskrim tu,  selepas berendam,  tengok kaki masing2,  kalau merah, itu normal, tapi kalau hitam … hah.. hitam,  serentak kami terkejut,  seram… Ferry ketawa, bukan hitam tapi macam lebam2 itu tandanya ada penyakit.  Selepas 10 minit,  mulalah terasa panas, tumit masing2 mulai kemerahan2,  kaki pula nampak bersih je.  Bila Ferry kata, ok dah puas, mari kita shopping, ha masing2 angkat kaki x sabar nak merempit kat Factory Outlet. 


Banyak FO di sini, rambang mata shingga tak tahu nak pergi mana dulu.... Semangat shopping membara2,  rambang mata,  mujurlah kami dah sediakan senarai FO yang mana nak pegi sebab tak cukup masa nak masuk semua FO.  akhirnya kami ke Terminal Tas, bila sampai rupanya indah khabar dari rupa, dahlah mahal, design pun x berapa cantik, Diaz lagi, berabuk2.  Jangan tidak, kami belilah purse dan beg kembara.  Kemudian kami beralih pula ke The Summit, ha kat sini, rembatlah kasut kulit, RM12/- dan blouse harga RM25/-,  lepas tu ke Heritage pula,  di sini banyak baju lelaki,  berkenan dgn beberapa tshirt nike untuk anak2 tapi mana kusimpan saiz mereka,  melihat aku termenung, sekumpulan remaja lelaki bertanya, “kenapa bu! mahu dibantu, ibu dari Malaysia ya”,   “Iya, terima kasih”,  lalu ku acukan baju itu kebahu seorg remaja yg lebih kurang saiz Rush.  “Ambil yg ini bu,  yg itu utk pria yg lebih dewasa”, aku, ketawa, “Ya”, hanya remaja yg tahu citarasa remaja.  Banyak jugalah FO yg kami masuk, tapi bila dh sibuk x ingat pula namanya.  Kat tempat parking bus, banyak penjual jalanan menjual selipar kulit (RM2/-) dan beg utk telekung (RM25/- 10 kpg)  - sibuklah kami membeli untuk cenderahati kawan2.  


          


             Banyak FO di sini, rambang mata shingga tak tahu nak pergi mana dulu.... Semangat shopping membara2,  rambang mata,  mujurlah kami dah sediakan senarai FO yang mana nak pegi sebab tak cukup masa nak masuk semua FO.  akhirnya kami ke Terminal Tas, bila sampai rupanya indah khabar dari rupa, dahlah mahal, design pun x berapa cantik, Diaz lagi, berabuk2.  Jangan tidak, kami belilah purse dan beg kembara.  Kemudian kami beralih pula ke The Summit, ha kat sini, rembatlah kasut kulit, RM12/- dan blouse harga RM25/-,  lepas tu ke Heritage pula,  di sini banyak baju lelaki,  berkenan dgn beberapa tshirt nike untuk anak2 tapi mana kusimpan saiz mereka,  melihat aku termenung, sekumpulan remaja lelaki bertanya, “kenapa bu! mahu dibantu, ibu dari Malaysia ya”,   “Iya, terima kasih”,  lalu ku acukan baju itu kebahu seorg remaja yg lebih kurang saiz Rush.  “Ambil yg ini bu,  yg itu utk pria yg lebih dewasa”, aku, ketawa, “Ya”, hanya remaja yg tahu citarasa remaja.  Banyak jugalah FO yg kami masuk, tapi bila dh sibuk x ingat pula namanya.  Kat tempat parking bus, banyak penjual jalanan menjual selipar kulit (RM2/-) dan beg utk telekung (RM25/- 10 kpg)  - sibuklah kami membeli untuk cenderahati kawan2.  

Jam 7.00 mlm kami makan mlm di restoran Simpang Raya dan dihidangkan nasi padang. Jus alpokatnya sedapnya.  Dari restoran kami  berjalan kaki sahaja  ke rumah Mode, Cantik persekitarannya.  kat sini terjumpa blouse yang ku beli di The Summit, sama warna & corak tapi harga RM35/-,  x banyak yg bekenan dihati, akhirnya belilah T’shirt Ben Ten (RM16/-) untuk anakku Daniel. Kemudian kami singgah pula ke Donatello, kena hati2 kerana banyak kasut dari kulit ba ..b….  Selesai shopping kamipun balik kehotel dan berkemas2 kerana esok kami akan bertolak semula ke Jakarta.  Selepas bersarapan kamipun check out dan di bawa ke Pasar Baru …. Kami cuma diberi masa hingga jam 11.30… apalagi semuanya mcm anak kambing lepas kandang,  Depan pintu masuk pasar baru kami dikerumuni  peniaga kosmetik dari sengkuang … aduh, tension betul… cepat2 kami pergi, tempat pertama  kami tuju, kedai telekung, banyak juga kami membeli,  lepas tu terjah pula kedai baju sulam2,  kedai kain ela dan macam2 lagi, shopping sakan, penuh tangan kiri kanan menjinjing.  Terus pula ke bahagian bawah,  beli pula bedak compact,    kami ke Terminal Tas, bila sampai rupanya indah khabar dari rupa, dahlah mahal, design pun x berapa cantik, Diaz lagi, berabuk2.  Jangan tidak, kami belilah purse dan beg kembara.  Kemudian kami beralih pula ke The Summit, ha kat sini, rembatlah kasut kulit, RM12/- dan blouse harga RM25/-,  lepas tu ke Heritage pula,  di sini banyak baju lelaki,  berkenan dgn beberapa tshirt nike untuk anak2 tapi mana kusimpan saiz mereka,  melihat aku termenung, sekumpulan remaja lelaki bertanya, “kenapa bu! mahu dibantu, ibu dari Malaysia ya”,   “Iya, terima kasih”,  lalu ku acukan baju itu kebahu seorg remaja yg lebih kurang saiz Rush.  “Ambil yg ini bu,  yg itu utk pria yg lebih dewasa”, aku, ketawa, “Ya”, hanya remaja yg tahu citarasa remaja.  Banyak jugalah FO yg kami masuk, tapi bila dh sibuk x ingat pula namanya.  Kat tempat parking bus, banyak penjual jalanan menjual selipar kulit (RM2/-) dan beg utk telekung (RM25/- 10 kpg)  - sibuklah kami membeli untuk cenderahati kawan2. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan