Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Taupo, selepas mendaftar masuk di Barcelona Motel, yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke bandar Taupo, menyebabkan kebanyakan masa kami dihabiskan menyelusuri bandar dan membeli barangan cenderahati. Makanan halal juga mudah didapati, terdapat sebuah kedai Turki dan restoran fish and Chip yang sangat sedap di sini.
Bandar
ini sangat tenang, terletak dipersisiran
tasek Taupo yang sangat indah, banyak tempat bersantai dan taman bunga di
sediakan disini. Bagi yang
ingin lari dari hiruk pikuk bandar dan mencari ketenangan, inilah tempatnya.
Menariknya disini, semua meja dan bangku tertera nama penyumbang, sebagai salah
satu usaha memeriah dan mengindahkan lagi tempat ini.
Duduk-duduk, berbual santai sambil menikmati keindahan tasik dan matahari terbenam amat mengasyikkan.
Pagi ini kami di bawa
menaiki Cruise, terpegun kami melihat
keluasan tasik dan dikejauhan, kelihatan berbalam-balam Gunung
Ruapehu, masih tersisa sedikit snow
cap di atas puncaknya. Di fahamkan
limpahan salji dari Gunung Ruapehu yang bertakung itulah yang membentuk Tasik
Taupo, seterusnya mengalir ke sungai Waikato.
Duduk-duduk, berbual santai sambil menikmati keindahan tasik dan matahari terbenam amat mengasyikkan.
Aroma muffin yang dibakar didalam cruise mencuri tumpuan, kami juga
dijamu teh/kopi sepanjang pelayaran yang
memakan masa selama 1.5 jam itu.
Kemuncak pelayaran, kami dibawa melihat Ukiran batu (Moari Rock Carvings), yang terletak di Mine Bay, ukiran tebingan batu berketinggian 10 meter ini dibuat oleh pengukir Moari iaitu Matahi Whakataka-Brightwell bersama empat orang sepupunya bagi memenuhi impian neneknya yang ingin mengabadikan seni ukiran kaum Moari untuk tatapan generasi seterusnya.
Selain menikmati keindahan panorama, aktiviti seperti berkayak jetski, kapal layar, helikopter dan memancing ikan trout juga boleh dilakukan di sini.

Deburan sungai waikato
yang berpunca dari Tasik Taupo mengalir deras melalui tebingan batu, membentuk
Huka Falls yang berketinggian 11 meter dan
isipadu air yang mengalir pula
dianggarkan kira-kira 220,000 liter
sesaat, cukup untuk mengisi satu kolam renang bersaiz olimpik dalam masa 17
saat. Hamburan airnya yang bewarna hijau
kebiru-biruan itu pula dikatakan hampir setara dengan semburan paip pemadam api
bomba, alirannya sangat deras dan mengagumkan.
Berjalan santai, menaiki cruise atau berkelah di sini sambil menikmati keindahan alam semulajadi sangat menenangkan perasaan.
Berjalan santai, menaiki cruise atau berkelah di sini sambil menikmati keindahan alam semulajadi sangat menenangkan perasaan.
Taupo Bungy Jump berketinggian 47 meter ini adalah yang tertinggi dan
berasal dari New Zealand. Sebaik
sahaja kami tiba di sini, dua orang
pelancong, baru sahaja selesai melakukan aktiviti tersebut.
Walaubagaimanapun kekecewaan kami terubat bila melihat panorama yang sangat indah, pemandangannya bagaikan terbahagi dua, di hilir sungai, pemandangan perkampungan dan di hulu sungai pula pemandangan alam semulajadi, bagaikan sebuah lukisan alam, kami nikmati keindahannya.
Paduan sungai yang hijau kebiru-biruan , pohon pine dipinggir sungai, itik berenang, kanak-kanak bermandi-manda, cuaca cerah.. serta semilir angin membuatkan kami kagum.. Subhanallah, sangat indah..!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan