Kami singgah makan tengahari di Matamata dan bersiar-siar disekitar pekan yang dahulunya sunyi tetapi kini menjadi tempat pelancong menunggu bas khas untuk ke Lokasi The Hobbitton Movie set.
Lokasi di Ladang Alexander ini dipilih kerana keindahan Landskap muka buminya yang berlatarbelakangkan bukit bukau beralun dan tasik biru yang indah. Semasa Pembinaan sedang berjalan, Pengarah Peter Jackson telah kekurangan budget dan telah memohon bantuan kewangan dari Kerajaan New Zealand, walaubagaimanapun Kerajaan.
New Zealand tidak dapat memberi bantuan tersebut sebaliknya mengarahkan angkatan bersenjata New Zealand membina jalan khas.
Matahari memancarkan sinarnya dan angin pula berpuput lembut menyamankan suasana, kami bertuah kerana mendapat pemandu pelancong, Mr. Liam yang sangat ceria menjadikan pengembaraan kami lebih seronok, bagaikan dibawa ke dunia orang kerdil, kami hayati suasana di perkampungan ini, rumah kayu comel, berwarna warni, berpintu bulat. lengkap dengan ketuhar tradisional, kayu api, perigi, ampaian kain dan ikan masin.
kebun sayur-sayuran seperti labu air, tomato, salad, kobis dan paling menarik perhatian, labu kuning yang sangat besar, sementara pokok buah-buah seperti epal, pear, lai, limau dan anggur yang sedang berbuah lebat menjadikan penjelajahan kami terasa hebat dan sesuai dengan musim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan