KRABI, THAILAND - PART I
Impian yang terpendam sekian lama untuk merasai pengalaman menaiki ETS (Electric Train Servis) ke Negara Gajah Putih, Thailand, terlaksana jua akhirnya. Hebat juga pemandangan di utara Malaysia ini, panorama kebun-kebun bunga melor, sawah padi terbentang luas, berlatarbelakangkan bukit kapur yang dikelilingi kepulan awan putih, tasik luas terbahagi dua direntasi landasan ETS sangat memikat hati.

ETS tiba di padang Besar jam 12.35 tengahari, selesai pemeriksaan Imigresen, kami dijamu makan tengahari dengan masakan Thai seperti Tom Yam, Som Tam, paprik dan lain lain.
Arca gajah dan hidupan laut pelbagai gaya menyambut kehadiran kami di Trang Andaman Gateway, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memasuki taman yang persekitarannya dikelilingi hutan ini, sangat sesuai untuk singgah berswafoto, melepaskan lelah sambil menikmati kopi dan kudapan ringan, Jalan yang kami lalui menuju Krabi ini pula, di sebut bukit kadpa/lipat kain kerana keadaan jalannya yang berlipat-lipat dan banyak selekoh umpama melipat kain. Selesai daftar masuk di Hotel Krabi town, kami turun semula untuk menjelajah persekitaran di sini,
kawasan di sini sangat strategik dan meriah, disebelah kanan hotel, pasar malam krabi, disebelah kiri, kira-kira 100 meter pula, sungai krabi yang menawarkan pemandangan indah berlatarbelakangkan bukit kapur dan disini jugalah terletaknya ikon Krabi iaitu Arca Gangsa Ketam Batu bersama anak-anaknya.
Menelusuri sejarahnya, mudahnya kami membuat andaian, perkataan Krabi diambil dari perkataan inggeris Crab, sebaliknya menurut lagenda, Krabi adalah pedang panjang yang ditemui semasa aktiviti pengalian, sebelum kota ini didirikan dan dari situlah Krabi mendapat namanya.
Lampu trafik di sini juga sangat unik, ada yang berbentuk king kong, anjing laut dan lain-lain, menambahkan lagi daya tarikan Krabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan