KRABI, THAILAND - PART II
Pasrah dengan hujan yang turun, masih sempat lagi kami berlari anak, singgah digerai dihadapan hotel yang menjual pulut ayam dan berbagai gerai buah-buahan. Kami sarapan pagi Di Chili Halal Food, yang menawarkan makanan pantai timur Malaysia. Manisnya pertemuan ini, kerana pemiliknya berasal dari Setiu, Terengganu tapi telah lama bermastautin di sini, bagai saudara, kami dipelawa kerumahnya yang terletak dibelakang restoran dan sebelum berangkat dibekal pula dengan limau Bali.
Destinasi pertama ialah menjelajah pulau Phi-Phi dan Maya Bay iaitu
lokasi filem The Beach, akur dengan
fenomena alam dan keadaan laut yang agak bergelora, Phaison, pemandu pelancong
kami terpaksa menukar haluan destinasi ke pulau-pulau berhampiran dan berteluk/lagun untuk tujuan
keselamatan.
Walau agak kecewa, tapi aktiviti yang dijalankan di Pulau Loa La Ding, Pulau Phak Bia tetap sama dan pemandangan indah khazanah hutan yang masih terpelihara di pulau ini juga, tidak kurang hebatnya.
Persisiran pantai yang putih, laut yang hijau kebiru-biruan,berlatar belakangkan deretan bukit batu kapur yang mengunjur ke laut, sangat memukau pandangan.
Kami bersnorkling di sebuah lagun berdekatan dengan Pulau Hong, lagun ini kering, ianya akan dipenuhi air ketika air pasang/hujan,
Selesai menikmati keindahan dan bersnorkeling kami di bawa pula untuk menikmati makan tengahari di pulau Hong,
terdapat dua
aktiviti boleh dilakukan disini, sama ada ingin bermandi manda atau meneroka
Thanbok Khorani National Park.
Kembali
semula ke Pantai Ao Nang, tidak sah rasanya jika ke Krabi, jika tidak cuba menikmati
keenakan Pancake pisang coklat, nutela, strawberry dan beraneka perisa. Deretan kedai urut, restoran, Pub, kedai
cenderahati, SPA dan lain-lain banyak terdapat di Ao Nang untuk tarikan pelancong.
Suasana malam di Krabi, sangat meriah, selepas makan malam di Rabeab’s Kitchen Inter-Buffet Halal, yang menawarkan BBQ, steamboat & makanan tradisi Thailand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan