Monumen
indah berseni dan penuh nilai
sejarah menjadi tarikan utama kami ke
Itali. Hujan renyai-renyai dan cuaca
sejuk mengigit tulang menyambut kehadiran kami di bumi Milan, Itali.
Sepanjang perjalanan dari lapangan
terbang tiada pemandangan indah yang
mencuri tumpuan, sekadar bangunan baru dan lama yang biasa-biasa saja.
Pelukis tersohor, Leonardo da Vinci pernah berkerja di sini sekitar tahun 1498 dan lukisannya yang bermotifkan hiasan sayur-sayuran terpapar indah disiling istana ini.
Melawat persekitaran istana ini adalah percuma, ada beberapa bahagian dari istana ini di jadikan muzium dan dikenakan bayaran.
Ramai kanak-kanak tadika/sekolah rendah
datang melawat ke sini dan menariknya, seawal usia itu, mereka sudah didedahkan
dengan sejarah dan budaya negara mereka.
Kemudian kami menyusur keluar dari pintu gerbang sebelah kiri yang dikawal oleh dua orang askar
bersenjata,
ramai pelancong bergambar
dan duduk santai di tebing kolam air pancut sambil menyaksikan persembahan
pemuzik, penyanyi dan pelukis jalanan.
Seterusnya kami menyusuri deretan butik-butik mewah dan tiba di Galleria
Vittorio Emanuele II iaitu arked membeli belah yang bercirikan senibina abad ke
19. Arked yang dinamakan sempena nama Raja Itali itu sangat
terkenal dengan barang-barang berjenama terkenal seperti Prada, Louis Vuitton,
Dior, Chanel dan lain-lain, sesuai dengan gelaran Milan sebagai Kota
Fesyen.
Memilih antara membeli belah
atau menikmati keanggunan senibina bangunan terkenal, kami sekadar meneguk
airliur melihat barang yang dipamerkan, kerana masa agak terhad, namun kami
tetap bersyukur dapat menikmati pemandangan di bumi Itali ini.
Bagi yang gemar membeli belah, semasa membuat pembayaran, perlu menunjukkan pasport bagi mendapatkan tax refund.
Bagi yang gemar membeli belah, semasa membuat pembayaran, perlu menunjukkan pasport bagi mendapatkan tax refund.
Suasana didataran Duomo Square yang dipintu masuknya juga dikawal askar
bersenjata, sangat meriah,
dipenuhi ramai pelancong yang terpegun dan mengabadikan keindahan karya seni arkitek
zaman itu melalui lensa kamera mereka.
Kagum kami melihat keupayaan arkitek silam membina bangunan yang sebegitu hebat tanpa peralatan canggih
Kami juga sentiasa diingatkan supaya berhati-hati, kerana terdapat ramai
penyeluk saku berkeliaran di sini.
Bertemu dan berbual
mesra dengan rakyat malaysia yang
merantau kerana tuntutan ilmu sangat mengembirakan kami, apatah lagi makan
tengahari yang bermenukan nasi putih, kari ayam, kobis goreng dan telor dadar
ditempah khas dari mereka. Kami makan
tengahari sambil berkongsi momen indah ini bersama kanak-kanak Itali yang turut
duduk bersila beralaskan rumput menghijau dan berlatarbelakangkan Istana
lama. Sekali sekala kami diganggu
peniaga jalanan berbangsa Bangladesh/Afrika yang menjual aksesori wanita,
powerbank dan monopod. Bagi peminat
bola sepak, mendengar nama A.C Milan dan Stadium San Siro sudah cukup untuk menyegarkan minat mereka
untuk berbicara mengenainya, walau hakikatnya sekadar melihat stadium yang
nampak suram dan lama itu hanya melalui kaca jendela bas.
Kembara kami di teruskan ke Venice dan daftar
masuk di hotel Russot yang terletak di
sebuah kawasan perindustrian. Usai
membersihkan diri/solat kami dibawa untuk makan malam di sebuah restoran India
yang menyajikan makanan yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia seperti nasi
beriani, capati, tosei dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan