Pagi yang sangat indah, sepanjang jalan menuju ke Jeti, kami disajikan pemandangan pergunungan Alps yang masih bersisa salji di kemuncaknya.
bangunan-bangunan antik yang sangat indah senibinanya, berselang seli dengan bangunan baru, kapal-kapal persiaran dan vaporetti/teksi air menjadikan pemandangan lebih variasi. Angin yang bertiup dingin menampar pipi sehingga terasa agak kebas, menyebabkan kami mengambil keputusan turun ke dek feri yang lebih hangat dan bertutup.
Peniup kaca sudah bersedia mempamerkan kepakaran sementara taklimat diberikan oleh wanita muda yang jelita.
Berbagai barangan seperti topeng, barang perhiasan wanita dari kristal yang gemerlapan indah dan barang perhiasan rumah dipamer dan dijual di sini, buatannya sangat halus dan berseni, berpadanan dengan nilainya.
Uniknya
Venice/Venezia atau gelarannya kota cinta bagaikan memasuki sebuah mesin masa,
kembali ke zaman silam, kami bebas berjalan tanpa rasa bimbang
mengelak/melintas kerana tiada sebarang
kenderaan di sini.
Jambatan kecil
separuh melengkung dan bangunan-bangunan bersenibina lama yang kelihatan kusam
dan antik, berjajaran megah di kiri kanan tebing terusan.
Mengabadikan keindahan dan keunikan Venice, banyak pengambaran filem dilakukan di sini, salah satunya ialah filem The Tourist lakonan Angelina Jolie.
Kami di bawa menaiki gondola yang berharga €80.00 untuk 6 orang sekali muatan, menyusuri terusan yang berkelok sempit, merentasi jambatan Rialto yang sangat popular sehingga figuranya diabadikan di fridge magnet. Sekali sekala kami menjerit kecil bila gondola berselisih dan hampir bertembung, tapi kemahiran mereka mendayung sangat kami kagumi.
Kami singgah di
beberapa kedai untuk membeli sedikit cenderahati, peliknya, cenderahati yang
dijual di dalam kedai lebih murah berbanding yang dijual dikios-kios yang
terdapat didataran.
Meneroka Venice, kami dinasihatkan supaya berhati-hati, kerana terdapat beratus-ratus jambatan melengkong, terusan, deretan kedai dan pemandangan keseluruhannya hampir sama, menyebabkan kita keliru dan gagal mengenal pasti jalan keluar sehingga boleh sesat di dalamnya.
Mengabadikan keindahan dan keunikan Venice, banyak pengambaran filem dilakukan di sini, salah satunya ialah filem The Tourist lakonan Angelina Jolie.
Kami di bawa menaiki gondola yang berharga €80.00 untuk 6 orang sekali muatan, menyusuri terusan yang berkelok sempit, merentasi jambatan Rialto yang sangat popular sehingga figuranya diabadikan di fridge magnet. Sekali sekala kami menjerit kecil bila gondola berselisih dan hampir bertembung, tapi kemahiran mereka mendayung sangat kami kagumi.
Meneroka Venice, kami dinasihatkan supaya berhati-hati, kerana terdapat beratus-ratus jambatan melengkong, terusan, deretan kedai dan pemandangan keseluruhannya hampir sama, menyebabkan kita keliru dan gagal mengenal pasti jalan keluar sehingga boleh sesat di dalamnya.
Suasana di Dataran St Mark/Piazza San Marco, sangat meriah, dikelilingi bangunan bersejarah seperti San Mark ‘s Basilica, Doge Palace, Menara Jam dan Caffe Florian iaitu kafe tertua di Eropah yang dibuka sejak tahun 1720.
Dua euro diperlukan untuk bergambar dengan penghibur jalanan yang sanggup berjemur, mengecat muka/berbusana tradisional dan berjam-jam berdiri kaku seumpama patung demi mencari rezeki.
Kami singgah ke Pusat Islam Venice untuk makan tengahari/solat. Emosi kami terusik, melihat beberapa orang
anak muda pelarian Syria mengutip kotak makanan untuk dijual, lebih menyentuh
hati bila mereka memakan baki makanan yang masih ada. Derma kilat dibuat, sumbangan berupa wang dan
makanan diberikan kepada mereka, sekurang-kurangnya, dapat mengurangkan
kesempitan hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan