Rabu, 24 November 2010

AIR TANGAN IBU

Petang semalam selepas ofis, singgah sekejap ke rumah mak – sampai2 terus buka tudung saji (wlaupun sebenarnya baru je lepas makan nasi goreng ayam)  tapi tetap nak tengok apa mak masak dan wah ... walau lauknya cukup sederhana tapi cukup memecah selera – ikan kerisi goreng bersambal, kentang goreng bersambal dengan ikan bilis, sambal gesek dan rebus betik.  Mak memang seorang wanita yang sangat kreatif, apa saja yang dimasaknya sedap belaka.

                                                                      REBUS BETIK

Bahan-bahannya:

1 biji betik muda (yg dah mula kekuningan) -
1 helai daun kunyit – (koyak2kan)
6 ekor ikan bilis (belah dua)
4 ulas bawang merah – hiris

Cara-caranya:

1.             Potong dadu betik dan campur semua bahan – renehkan sehingga betik empuk
2.             bubuh garam & sesuaikan rasa dan angkat.



SAMBAL GESEK

Bahan-bahannya:

10 biji cili api
6 ulas bawang
15 ekor Ikan bilis
2 hiris limau nipis
Gula, garam

Cara-caranya:

1.   Tumbuk cili api + bawang
2.   masukan ikan bilis – tumbuk  
3.   + garam, gula, perah asam limau & sesuaikan rasa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan