Isnin, 6 Jun 2016

MUSCAT - OMAN

MASJID SULTAN QABOOS


Pelancong yang   ingin   melihat  ke   indahan   hiasan  dalaman  Masjid diminta  mengenakan pakaian menutup aurat, menutup kepala   dan    diberikan    plastik untuk mengisi kasut.  Persekitaran masjid sangat bersih.  Pekerja pembersihan sangat komited, kenderaan mengilap lantai 

         Pemandangan di dikiri kanan masjid yang dipenuhi bungaan cantik, pelbagai warna, terlupa seketika, berada di timur tengah. 



Di sebelah kanan masjid terdapat ladang kurma, terpegun kami melihat kebersihan ladang tersebut dan deretan pohon kurma yang ditanam berjajaran dan begitu sistematik







Dekorasi dalaman masjid


BAZAR/SOUK




PELABUHAN OMAN




ISTANA RAJA OMAN


Gambaran pintu masuk Istana Sultan Oman  yang dikiri kanan jalannya di dipenuhi bungaan cantik yang dijaga rapi













Tugu keselamatan dibina di atas bukit mengelilingi istana Di Raja Oman. 
















Pemandangan hijau dan bungaan  berlatar belakangkan bukit batu disebelah kanan istana. 







NARA,JEPUN - NARA PARK

Taman yang dibina pada tahun 1880 ini merupakan tapak warisan Dunia Unesco.  Di dalam taman ini terdapat dua buah temple iaitu Todaiji Tempe dan kofukuji temple dan untuk memasukinya, dikenakan sedikit bayaran tetapi untuk bersiar-siar  di taman dan berhanami di bawah pohon sakura diluar temple adalah percuma,  Taman ini sangat unik kerana terdapat banyak rusa-rusa jinak  yang bebas berkeliaran di sini, di sepanjang jalan ke sini, banyak papan tanda meminta kenderaan memandu perlahan dan berhati2 kerana terdapat juga rusa-rusa yang menyeberang dan  melepak di atas jalanraya. 
Rusa-rusa jinak yang bebas berkeliaran.


Tanduk  rusa-rusa  ini  terpaksa  dipotong  demi keselamatan pelancong   kerana  mereka suka   mengejar  dan menyondol manja untuk mendapatkan makanan dari pengunjung, kita boleh membeli biskut/snack khas berharga 150 yen sebungkus, terjerit2 kami bila rusa-rusa ini mengerumuni kami dan berebut-rebut untuk makan.

Terjejas  “kecantikan” rusa-rusa  itu bila  tanduknya dipotong.  
Hilang kemegahan seekor rusa yang terletak pada tanduknya 
yang bercabang-cabang







Berhanami (berkelah) di bawah pohon sakura, adalah acara tradisi masyarakat Jepun, membentangkan tikar cantik berwarna warni, membawa bento (bekal) dari rumah, dan duduk bersantai bersama rakan/ keluarga memang saat yang sangat mengembirakan.  Kami teruja melihatnya dan turut sama merasa pengalaman itu, tersenyum orang jepun tu bila melihat gelagat kami membentang suratkhabar dari malaysia meletakan sandwic serunding daging, keledek bakar dan buah berangan yang kami beli di gerai di sekitar Nara Park, 
Tiada sebarang tong sampah di sini, tong sampah besar hanya disediakan di pintu masuk taman dan tahap disiplin mereka sangat tinggi dan mengagumkan kami, bukan hanya sampah dikemas,  dibawa pulang atau dimasukkan  ke dalam tong sampah, tapi remah2  dan sisa  sampah yg kecil juga dikutip hingga tempat itu benar-benar bersih, barulah mereka beredar dari situ...... hu... tabiklah.


Taman ini sangat indah dan  diselenggara dgn baik.  Musim luruh dan musim bunga, adalah musim yang sangat ramai pelancong kerana keindahan alam semulajadinya  yang tak terucap oleh kata-kata.


Dewan teater yang terdapat di dalam taman yang bertemakan taman Jepun

Sebelum pulang kami singgah  di gerai-gerai cenderahati, banyak cenderahati yang cantik dan menarik di jual di sini, rambang mata dibuatnya,  terpaksa jugalah kami beli walaupun harga agak mahal supaya tidak terkilan bila pulang ke Malaysia.   

Anak rusa nani baru kembang ekor, 
apa dosa kami lalu tidak tegor




KYOTO PART III - ARASHIYAMA

Hati melonjak gembira bila sampai di Arashiyama yg merupakan antara tempat tercantik di Kyoto,  kami menyeberangi  jambatan Togetsu-Kyo, jambatan ini sesak dengan pelancong.  


Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berperahu, bermain layang-layang dan jika letih, kita boleh menaiki lanca yang ditarik oleh lelaki muda Jepun yang berpakaian  kemas Mereka sangat  bangga dan gembira dengan kerja yang mereka lakukan.




Berhanami (berkelah) di musim sakura sudah sinonim dengan masyarakat Jepun, Koari meminta kebenaran kepada sekumpulan remaja untuk kami bergambar dan turut sama merasai pengalaman itu, teruja dan seronok, duduk dalam keadaan cuaca yang nyaman, mendengar deruan air sungai yang mengalir dan beberapa air terjun kecil serta berlatarbelakangkan banjaran gunung hijau yang berselang seli dengan pohon sakura putih dan pink, sangat indah dan tenang.  
             

Kami juga kagum dan terpesona melihat remaja Jepun, bangga dan anggun mengenakan kimono berbagai-bagai warna.