Selasa, 28 Disember 2010

GUILIN - YANGSHUO CHINA


            13/11/2009  :  Ketika kaki mencecah ke Bumi Guilin terasa sejuk mengigit tulang, suhu 4 darjah celcius.  Pemandangan dari airport ke hotel, seolah-olah kita   dikeliling bukit2 kecil yang berbagai bentuk. Rumah2 disini kurus2 belaka, 3 tingkat, menurut Autum (P.Pelancong) bangunan disini hampir serupa dgn Hanoi.  selepas check in kami dibawa ke hotel Guishan (5 bntg) utk lunch (muslim), walau ada 8 jenis lauk, tapi kami tetap setia dgn sambal ikan bilis kami. ketawa budak hotel tu, Hasan namanya, asal dari Xian.  selepas tu kami dibawa ke Elephant trunk, bukit batu kapur yang mnyerupai gajah yg sdg minum air.   
 

            Ramai remaja yang menyewa pakaian puteri/putra cina & mengabadikan gmbr mrk dalam bentuk kalender 2010 ( 20 yuan = RM10/-),  Kami berjln menyusuri sg. yg mengalir lembut & jernih hingga nampak seaweed didasarnya.  Burung berparuh panjang (burung Osprey)  yang diikat lehernya nmpak lesu di atas rakit buluh, waktu mlm burung2 ini akan digunakan utk menangkap ikan & leher yg diikat itu utk mengelakkan burung memakan ikan itu (unik). Satu yg sangat kami kagumi, penjaja air tebu/keledek bakar yg menjaja di atas basikal roda 3, menyediakan tong sampah masing2 & mesti dibwa pulang krumah selepas berniaga, mmg bersih perskitaran disitu & kerajaanpun x pyahlah guna byk tenaga buruh utk kutip smpah.  Kemudian kami dibwa ke Silk house, mmg cantik, sangat halus & berkualiti, tapi harganya,  mak oi.  Selepas melawat kedai ubat, kami shopping di convention centre, alamak murah2,  kasut sukan RM9/- rembat 2, cadar (q & k) RM15 siap ada sarong comforter lgi, rembat 5, ksut wanita RM9/- , kasut wnita (bergaya smpai buku lali) RM15- pakat beli nak pakai sama2 msa gi Gold Coast - dh booking dah. Autum dh pening, dahsyat btul org M'sia shopping katanya.  Selps mkm mlm di hotel yg sama, kami di bwa melihat akrobatik cina, hebat.

Hari Kedua (14/11/2009):  Selepas sarapan, bekalan kami dari Malaysia seperti nasi impit, sambal ikan bilis campur tempe, serunding & kari ayam segera,   destinasi seterusnya ke Yongshuo.  Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan  pemandangan yang amat indah, bandar ini dikelilingi bukit-bukit pelbagai bentuk, besar, tinggi dan rendah dengan kabus meliputi puncaknya dan awan  berarak lembut mengapung bagaikan kapas.   Ladang pisang kaki yang luas dengan setiap pokok mulai  togel daunnya dan di  penuh buah yang menguning, saujana mata memandang,  labu berwarna oren pekat (kat Malaysia kuning), limau bali dan diselang seli dengan kebun sayur, bunga2an & ...... khinzir yg bebas bekeliaran seperti anak kambing berlari-lari dicelah-celah  ladang pisang kaki adalah fenomena biasa.  Autum menawarkan kami pisang kaki kering, kami menolak dengan baik,  rasa tak lalu pulak nak makan.


Sungai Li/Li river sangat terkenal dengan pengembaraan drama "Impression Liu San Jie".  Menyusuri Sg. Li, untuk ke Jeti kami  berjalan melewati bangunan kat sini macam di zaman purba dlm cerita cina kung fu, kita boleh melihat penduduk di sini menguli tepung untuk dibuat mi, kemudian menjemurnya dihalaman rumah mereka yang sekangkang kera itu.  walaupun ada tuk tuk   (mcm kat Thailand tu) kami selesa berjalan kerana cuaca sejuk & dikiri knn lorong ada  org berjualan barang antik, kipas, topi dan selipar yang dikait, berebut kami beli topi kait (rm5.00 - kat sini benang je 1 dh 5.50).  sampai dijeti, tepegun kami melihat sungai Li yg luas, jernih & mengalir lembut tapi menurut Auturm,  tahun 2000, paras air naik hingga 10 meter, menenggelamkan tebing.  Di dalam cruise  itupun kami dijamu dengan tea china, tapi kami minta air panas & bancuh nescafe 2 in 1, barulah panas sikit badan walau dah pakai baju 3 lapis.  Menyelusuri Li river, kami disajikan pemandangan petani memandikan kerbau, itik berenang2,  sampan kecil & anak gadis mencuci kain, menurut autum, kebanyakan yang duduk dikiri kanan sungai adalah petani, hidup susah & ada yang tidak pernah bersekolah.



  




Sungai yang berliku2 tersaji pemandangan ratusan bukit karst yang indah, berbagai bentuk, Tipikalnya hampir sama seperti di Sg. Kilim (Kilim Geopark Langkawi – pd pendapat saya, jika menyusuri sg. Kilim yg berliku2 yang dikelilingi bukit batu kapur berbagai bentuk,  jiwa kacau jaga boleh terbang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan),  Bagaikan sebuah lukisan alam, saya nikmati keindahannya, fikiran melayang membayangkan cerita cina purba & saya sedang berada disini menghayatinya sambil menikmati Nescafe panas, aduhai seronoknya. Paduan Bukit-bukit yang hijau yg berbagai bentuk, sungai yang berkelok-kelok, pohon buluh dipinggir sungai, itik berenang, nelayan.., petani.., sawah.. cuaca cerah.. serta semilir angin membuat semuanya kagum.. Subhanallah, sangat indah..!  yg lebih manis hanya grup kami sahaja yg ada didlmnya. menyepi diri & melayan fikiran masing2 (tempah khas kot - sbb tokey pun ikut sama-).  


        Selesai penjelajahan menyusuri sungai & makan tengahari.  Destinasi berikutnya  adalah Ke Lipu (Gua Guan/Silver Cave)  Tiba di Silver Cave terbentang pemandangan yg mempesona. Paduan tasik-tasik dikelilingi bukit-bukit menjulang, sungguh menakjubkan.  disini ada gadis2 berpakaian putri cina, kita boleh bgambar dgn bayaran 10 yuen (RM5.00). Akhirnya hanya 4 org sahaja yang setuju masuk ke dalam gua (berat lingkungan 49 - 57kg) yg lain x sanggup.  Ada tangga-tangga landai dan jalan batu yang lebar serta lampu-lampu yang berwarna-warni menjadikan stalagmite/stalaktik  bertukar-tukar warna.   Di beberapa tempat, lampu mengarah ke dasar air yg bening, membiaskan sinar cahaya ke dasar dan tepi dinding gua.  Aneka bentuk batu serta stalaktik-stalagmite yg terbentuk jutaan tahun hasil mendakan batu asid karbonik yang terhablur menawarkan aneka rupa seperti payung, cendawan, ros, singa dll. Selain bebatuan, terdapat pula air terjun & kolam air.  Makin ke dlm suhu semakin panas, hingga memaksa kami membuka baju sejuk.  Saya perhatikan, orang cina ini gemar beriadah,  walau x mampu berjalan/tua, mereka mengupah orang menandu mereka naik ke gua, untuk menikmati pemandangan alam.  Di kaki bukit pula, kita boleh bergambar dengan burung merak dan menaiki buaian yang dihias indah dengan bunga2an liar (segar) sambil memakai pakaian putri/Pahlawan cina. Memandangkan kami  mengejar masa & memikirkan rakan2 yg menunggu di kaki bukit, kami x berkesempatan, walaupun hati berkeinginan bergambar seperti itu. Bagi yg sukakan  adventure dan suka pemandangan, ini adalah tempatnya..                 

Sepanjang perjalanan ke West Street(pekan di Yongshuo),  kami menikmati pemandangan bukit2 dan pendaki2 (mengunakan peralatan pendakian) sedang mendaki Moon Hill (sebuah bukit yang dipuncaknya terdapat batu yang berlubang bulat umpama bulan).  Kami hanya diberi masa selama 1 jam untuk bershopping di West Street,yang terkenal sebagai Foreign Language Corner atau Global Village tempat membeli barang-barang cenderahati, kat sini pun ada peniaga jalanan, kami panggil paparazzi - (kat bandung paparazi dia lelaki) tapi kat sini semua perempuan, macam2 ada dan lebih murah.

Jam 5 petang kami bertolak ke Gui Lin, dan dibawa pula ke rumah tea.  Selepas makan malam, kami dibawa ke pasar malam, tapi lebih tersusun, tapi kena pandai bargain, tulis kat kertas/guna cultulator, dan jangan terkejut budaya mereka kasar & langsung tak pandai berbahasa inggeris.  Selepas menghabiskan yuen, kami kembali kehotel.

          Hari ketiga (15/11/2010) - selepas sarapan,  kami bertolak ke airport kerana penerbangan kami jam 9,00 pagi.  Memang 3 hari 2 malam tidak cukup untuk meneroka bumi Guilin, sebenarnya semasa kami pergi x begitu banyak maklumat yang kami perolehi dan AA baru saja melancarkan penerbangan ke sana. Selamat tinggal Guilin yang sangat tenang dan mendamaikan, serta Yangshoa yang sangat indah. Jumpa lagi di lain masa, InsyaAllah.

Info:
Guilin namanya di ambil dari sejenis bunga bernama Gui lin atau Osmanthus, berbunga setahun sekali dan akan gugur dalam masa 8-10 hari.
Kos
: 
Flight + hotel - booking go Holiday - RM371.93
ground (p/plancung+mkn+Trip)      - RM630.00
Jumlah :                                          - RM1001.93
(tambahan:  Pertunjukan akrobatik, (mlm 1),
                      Pertunjukan brung tangkap ikan & berurut (mlm 2)- tambah RM100.00)

mata wang  - Yuan -  RM50.00 = 100 yuan - tukar RM500.00 dapat RM1,000/- yuan (+-)

Tempat2 menarik:
·    Elephant Trunk Hill, & Fubo Hill.
·    Silver Cave - berbagai-bagai rupa batu ciptaan alam yang terbentuk daripada mendakan batu asid karbonik yang terhablur seperti stalaktik, stalagmite, tiang batu, bunga batu dan sebagainya
·    Taman Tema Merryland - terbahagi kapada enam sector Merry Town, American Western, Dream World, Pirate Village, South Pacific dan Forest area. Semua Pakaian, makanan, papantanda pertunjukan, dan fasiliti hiburan mengikut aturcara tema.
·    Shangri-la - tempat yang mengamalkan budaya tradisi China.
·    Pertunjukan Kebolehan unik “ burung Osprey ” menangkap ikan
      Yangshuo West Street (Shopping) - terkenal sebagai Foreign Language Corner/Global Village
·     Drama pentas “ Impression SANJIE LIU ” – Pertunjukkan kebudayaan & lanskap alam yang terhebat di dunia.
·    Yao Mountain - menaiki kereta cabel dan menikmati panorama Guilin dan gunung-gunung.
·    Crown Cave – menjelajah gua yang unik termasuk boating, hiking, naik mini train & lif.
·    Flute cave ala- ala Gua kelam di Perlis
·    Culture village, - demo dari kaum wanita minoriti yang berambut panjang (Long-hair Village) Hanya sekali seumur hidup mereka memotong rambut mereka. Rambut yang digunting itu akan diikat bersama rambut yang sudah sedia ada tu.
·    Longsheng (penanaman padi bukit )


Isnin, 20 Disember 2010

MENYAMBUT HARIJADI DIPUNCAK BUKIT BROGA

       

 

        Hari Jumaat anakku Daniel Ariff menyatakan hasratnya menyambut harijadi di puncak Bukit Broga, Semenyih. jgn tahun depan dia minta nak sambut harijadi dipuncak gunung Kinabalu sudah – pancit nak mendaki, sedangkan bukit broga – orang lain setengah jam dah sampai, aku !!!!! 1 jam baru sampai.

 

         Menunaikan hasratnya, selepas subuh kami bertolak ke Bukit Broga. Sampai di sana, kami  parking di kawasan ladang kelapa sawit yang bersih dan berjaga rapi serta dikenakan bayaran RM2/- per kereta.  Jam tujuh pagi kami memulakan pendakian.  Di kaki bukit terdapat dua buah gerai yang menjual air kelapa dan pelbagai minuman sejuk.  Baru suku perjalanan, terasa  letih  & x berdaya, rupanya barulah teringat belum sarapan lagi, kami membuka bekal roti mentega + jem dan air teh o,  selepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan,  anakku Rush menyuruh  kedua2 adiknya Daniel & Irfan meneruskan perjalanan kerana kedua2nya begitu teruja dan x sabar-sabar, maklumlah kali pertama sementelah Rush pula sudah kali kedua ke sini. 

Jam 7.30 pagi, pendaki-pendaki yang lebih awal mendaki (melihat matahari terbit) mulai turun, laluan sempit menjadi bertambah sempit dan perjalanan menjadi lebih lambat. Peluh mulai membasahi tubuh, entah berapa kali aku berhenti rehat.  Anakku Rush sabar menanti dan mengambil kesempatan itu berbual dengan rakan2nya yang kebetulan ditemui sedang menuruni B.Broga.

Akhinya jam 8.00 pagi, kami sampai di tahap 1 bukit Broga.  Orang semakin ramai turun,  remaja2 turun sambil berlari dan perbuatan itu sebenarnya amat bahaya.  Sebahagiannya pula mengambil laluan mudah dengan mengelunsur di atas lalang, sehingga merosakan lalang, sekaligus mencacatkan pemandangan di situ.  Melihat keadaan itu, kami mengambil keputusan untuk kekal duduk di tahap satu sahaja.  Kelibat Irfan & Daniel tak kelihatan, mungkin dah sampai di puncak bukit Broga.

Aku berehat di atas hamparan batu yang lebar dan besar sambil menikmati pemandangan.  Kepulan awan berarak lembut, angin bertiup sepoi2 bahasa dan pemandangannya memang cantik.  Setelah menjelajah kebeberapa tempat di luar negeri, keindahan pemandangan di B. Broga setanding dengan tempat2 lain.  Tidak lama lepas tu, terpacullah wajah birthdayboy dengan senyum melebar, menandakan rasa gembira & puas kerana hasratnya tercapai.  Mak !  mak ! bestnya,  nanti nak daki gunung Tok Wan pula, katanya sambil senyuman yang tak lekang dari bibirnya.  Selepas puas bergambar, kami turun dan terpaksa pula beratur kerana ramai yang bergambar di lokasi buaian bergambar pra wedding Dr. Halina/Shiekh Muzafar, masing2 berposing ala-ala bawang merah. 

Menuruni bukit lebih mudah, Rush tetap setia memimpin aku (kerana aku memakai selipar – ingatkan bukit tu rendah je – rupanya mencabar juga)  Daniel & Irfan mengikut laluan yang lebih mencabar  tetapi treknya lebih pendek dan sampai setengah jam dari aku.    

Jumaat, 17 Disember 2010

RAHSIA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu/panduan bagi yang baru tahu……

1.   Niat Sembahyang
       - memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2.   Berdiri Betul
      - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3.   Takbir-ratul Ihram
      - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4.   Fatihah
      -  pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5.   Ruqu’
       - tikar kita di dalam kubur.

6.   I’tidal
      - Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7.   Sujud
       - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8.    Duduk antara 2 Sujud
       - Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9.    Duduk antara 2 Sujud (akhir)
       - Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.  Tahhiyat Akhir
        - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.   Selawat Nabi
        - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.   Salam
        - Memelihara kita di dalam kubur.

13.   Tertib
        - Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

          Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

email

Ahad, 5 Disember 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN (semasa duduk antara dua sujud)

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 

Warfa'nii (angkatlah darjatku) 

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 

Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 

Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita, betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

dari email