
Hari Jumaat anakku Daniel Ariff menyatakan hasratnya menyambut harijadi di puncak Bukit Broga, Semenyih. jgn tahun depan dia minta nak sambut harijadi dipuncak gunung Kinabalu sudah – pancit nak mendaki, sedangkan bukit broga – orang lain setengah jam dah sampai, aku !!!!! 1 jam baru sampai.

Menunaikan hasratnya, selepas subuh kami bertolak ke Bukit Broga. Sampai di

Jam 7.30 pagi, pendaki-pendaki yang lebih awal mendaki (melihat matahari terbit) mulai turun, laluan sempit menjadi bertambah sempit dan perjalanan menjadi lebih lambat. Peluh mulai membasahi tubuh, entah berapa kali aku berhenti rehat. Anakku Rush sabar menanti dan mengambil kesempatan itu berbual dengan rakan2nya yang kebetulan ditemui sedang menuruni B.Broga.

Akhinya jam 8.00 pagi, kami sampai di tahap 1 bukit Broga. Orang semakin ramai turun, remaja2 turun sambil berlari dan perbuatan itu sebenarnya amat bahaya. Sebahagiannya pula mengambil laluan mudah dengan mengelunsur di atas lalang, sehingga merosakan lalang, sekaligus mencacatkan pemandangan di situ. Melihat keadaan itu, kami mengambil keputusan untuk kekal duduk di tahap satu sahaja. Kelibat Irfan & Daniel tak kelihatan, mungkin dah sampai di puncak bukit Broga.

Aku berehat di atas hamparan batu yang lebar dan besar sambil menikmati pemandangan. Kepulan awan berarak lembut, angin bertiup sepoi2 bahasa dan pemandangannya memang cantik. Setelah menjelajah kebeberapa tempat di luar negeri, keindahan pemandangan di B. Broga setanding dengan tempat2 lain. Tidak lama lepas tu, terpacullah wajah birthdayboy dengan senyum melebar, menandakan rasa gembira & puas kerana hasratnya tercapai. Mak ! mak ! bestnya, nanti nak daki gunung Tok Wan pula, katanya sambil senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Selepas puas bergambar, kami turun dan terpaksa pula beratur kerana ramai yang bergambar di lokasi buaian bergambar pra wedding Dr. Halina/Shiekh Muzafar, masing2 berposing ala-ala bawang merah.
Menuruni bukit lebih mudah, Rush tetap setia memimpin aku (kerana aku memakai selipar – ingatkan bukit tu rendah je – rupanya mencabar juga) Daniel & Irfan mengikut laluan yang lebih mencabar tetapi treknya lebih pendek dan sampai setengah jam dari aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan