Selasa, 28 Disember 2010

GUILIN - YANGSHUO CHINA

<>
 

            13/11/2009  :  Ketika kaki mencecah ke Bumi Guilin terasa sejuk mengigit tulang, suhu 4 darjah celcius.  Pemandangan dari airport ke hotel, seolah-olah kita   dikeliling bukit2 kecil yang berbagai bentuk. Rumah2 disini kurus2 belaka, 3 tingkat, menurut Autum (P.Pelancong) bangunan disini hampir serupa dgn Hanoi.  selepas check in kami dibawa ke hotel Guishan (5 bntg) utk lunch (muslim), walau ada 8 jenis lauk, tapi kami tetap setia dgn sambal ikan bilis kami. ketawa budak hotel tu, Hasan namanya, asal dari Xian.  selepas tu kami dibawa ke Elephant trunk, bukit batu kapur yang mnyerupai gajah yg sdg minum air.   
 

            Ramai remaja yang menyewa pakaian puteri/putra cina & mengabadikan gmbr mrk dalam bentuk kalender 2010 ( 20 yuan = RM10/-),  Kami berjln menyusuri sg. yg mengalir lembut & jernih hingga nampak seaweed didasarnya.  Burung berparuh panjang (burung Osprey)  yang diikat lehernya nmpak lesu di atas rakit buluh, waktu mlm burung2 ini akan digunakan utk menangkap ikan & leher yg diikat itu utk mengelakkan burung memakan ikan itu (unik). Satu yg sangat kami kagumi, penjaja air tebu/keledek bakar yg menjaja di atas basikal roda 3, menyediakan tong sampah masing2 & mesti dibwa pulang krumah selepas berniaga, mmg bersih perskitaran disitu & kerajaanpun x pyahlah guna byk tenaga buruh utk kutip smpah.  Kemudian kami dibwa ke Silk house, mmg cantik, sangat halus & berkualiti, tapi harganya,  mak oi.  Selepas melawat kedai ubat, kami shopping di convention centre, alamak murah2,  kasut sukan RM9/- rembat 2, cadar (q & k) RM15 siap ada sarong comforter lgi, rembat 5, ksut wanita RM9/- , kasut wnita (bergaya smpai buku lali) RM15- pakat beli nak pakai sama2 msa gi Gold Coast - dh booking dah. Autum dh pening, dahsyat btul org M'sia shopping katanya.  Selps mkm mlm di hotel yg sama, kami di bwa melihat akrobatik cina, hebat.



 




          
           Hari Kedua (14/11/2009):  Seleps srpn - nasi impit, smbal ikan bilis + tempe, serunding & kari.  Hari ini kami ke Yongshuo .  Sepanjang perjlnan kami disajikan pemandangan yg amat indah, dgn dikeliling bukit yng berbagai bentuk yg diliputi kabus di puncaknya, awan berarak lembut bagai kapas, ladang pisang kaki yg togel daunnya dgn setiap pokok  penuh buah yang menguning, saujana mata memandang,  labu bewarna oren pekat (kt M'sia kuning), limau bali & diselang seli dgn kebun sayur, bunga2an & ...... khinzir yg bebas spt anak kambing blari dicelah2  ldang pisang kaki adalah fenomena biasa.  Autum menawarkan kami pisang kaki kering, kami menolak dgn baik, x lalulah.



Untuk menaiki cruise menyusuri Li river, (terkenal dgn pengembaraan drama "Impression Liu San Jie") kena bejalan utk kejeti, bangunan kat sini macam di zaman purba dlm cerita cina kung fu, kita boleh melihat penduduk di sini menguli tepung untuk dibuat mi, kemudian menjemurnya dihalaman rumah mereka yang sekangkang kera itu.  wlaaupun ada tuk tuk   (mcm kat Thailand tu) kami selesa berjalan krana cuaca sejuk & dikiri knn lorong ada  org berjualan barang antik, kipas, topi dan selipar yang dikait, berebut kami beli topi kait (rm5.00 - kat sini benang je 1 dh 5.50).  sampai dijeti, tepegun kami melihat sungai Li yg luas, jernih & mengalir lembut tapi menurut autum,  thn 2000, paras air naik hingga 10 meter, menenggelamkan tebing.  Di dlm cruise  itupun kami dijamu dgn tea china, tapi kami minta air panas & bancuh nescafe 2 in 1, barulah panas sikit badan walau dah pakai baju 3 lapis.  Menyelusuri Li river, kami disajikan pemandangan petani memandikan kerbau, itik berenang2,  sampan kecil & anak gadis mencuci kain, menurut autum, kebykan yg duduk dikiri kanan sungai adalah petani, susah & ada yg x pernah bersekolah.
  



  



Sungai yang berliku2 tersaji pemandangan ratusan bukit karst yang indah, berbagai bentuk, Tipikalnya hampir sama seperti di Sg. Kilim (Kilim Geopark Langkawi – pd pendapat saya, jika menyusuri sg. Kilim yg berliku2 yang dikelilingi bukit batu kapur berbagai bentuk,  jiwa kacau jaga boleh terbang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan),  Bagaikan sebuah lukisan alam, saya nikmati keindahannya, fikiran melayang membayangkan cerita cina purba & saya sedang berada disini menghayatinya sambil menikmati Nescafe panas, aduhai seronoknya. Paduan Bukit-bukit yang hijau yg berbagai bentuk, sungai yang berkelok-kelok, pohon buluh dipinggir sungai, itik berenang, nelayan.., petani.., sawah.. cuaca cerah.. serta semilir angin membuat semuanya kagum.. Subhanallah, sangat indah..!  yg lebih manis hanya grup kami sahaja yg ada didlmnya. menyepi diri & melayan fikiran masing2 (tempah khas kot - sbb tokey pun ikut sama-).  


        Selesai penjelajahan menyusuri sungai & makan tengahari.  Destinasi berikutnya  adalah Ke Lipu (Gua Guan/Silver Cave)  Tiba di Silver Cave terbentang pemandangan yg mempesona. Paduan tasik-tasik dikelilingi bukit-bukit menjulang, sungguh menakjubkan.  disini ada gadis2 berpakaian putri cina, kita boleh bgambar dgn bayaran 10 yuen (RM5.00). Akhirnya hanya 4 org sahaja yang setuju masuk ke dalam gua (berat lingkungan 49 - 57kg) yg lain x sanggup.  Ada tangga-tangga landai dan jalan batu yang lebar serta lampu-lampu yang berwarna-warni menjadikan stalagmite/stalaktik  bertukar-tukar warna.   Di beberapa tempat, lampu mengarah ke dasar air yg bening, membiaskan sinar cahaya ke dasar dan tepi dinding gua.  Aneka bentuk batu serta stalaktik-stalagmite yg terbentuk jutaan tahun hasil mendakan batu asid karbonik yang terhablur menawarkan aneka rupa seperti payung, cendawan, ros, singa dll. Selain bebatuan, terdapat pula air terjun & kolam air.  Makin ke dlm suhu semakin panas, hingga memaksa kami membuka baju sejuk.  Saya perhatikan, orang cina ini gemar beriadah,  walau x mampu berjalan/tua, mereka mengupah orang menandu mereka naik ke gua, untuk menikmati pemandangan alam.  Di kaki bukit pula, kita boleh bergambar dengan burung merak dan menaiki buaian yang dihias indah dengan bunga2an liar (segar) sambil memakai pakaian putri/Pahlawan cina. Memandangkan kami  mengejar masa & memikirkan rakan2 yg menunggu di kaki bukit, kami x berkesempatan, walaupun hati berkeinginan bergambar seperti itu. Bagi yg sukakan  adventure dan suka pemandangan, ini adalah tempatnya..                 

Sepanjang perjalanan ke West Street(pekan di Yongshuo),  kami menikmati pemandangan bukit2 dan pendaki2 (mengunakan peralatan pendakian) sedang mendaki Moon Hill (sebuah bukit yang dipuncaknya terdapat batu yang berlubang bulat umpama bulan).  Kami hanya diberi masa selama 1 jam untuk bershopping di West Street,yang terkenal sebagai Foreign Language Corner atau Global Village tempat membeli barang-barang cenderahati, kat sini pun ada peniaga jalanan, kami panggil paparazzi - (kat bandung paparazi dia lelaki) tapi kat sini semua perempuan, macam2 ada dan lebih murah.

Jam 5 petang kami bertolak ke Gui Lin, dan dibawa pula ke rumah tea.  Selepas makan malam, kami dibawa ke pasar malam, tapi lebih tersusun, tapi kena pandai bargain, tulis kat kertas/guna cultulator, dan jangan terkejut budaya mereka kasar & langsung tak pandai berbahasa inggeris.  Selepas menghabiskan yuen, kami kembali kehotel.

          Hari ketiga (15/11/2010) - selepas sarapan,  kami bertolak ke airport kerana penerbangan kami jam 9,00 pagi.  Memang 3 hari 2 malam tidak cukup untuk meneroka bumi Guilin, sebenarnya semasa kami pergi x begitu banyak maklumat yang kami perolehi dan AA baru saja melancarkan penerbangan ke sana. Selamat tinggal Guilin yang sangat tenang dan mendamaikan, serta Yangshoa yang sangat indah. Jumpa lagi di lain masa, InsyaAllah.

Info:
Guilin namanya di ambil dari sejenis bunga bernama Gui lin atau Osmanthus, berbunga setahun sekali dan akan gugur dalam masa 8-10 hari.
Kos: 
Flight + hotel - booking go Holiday - RM371.93
ground (p/plancung+mkn+Trip)      - RM630.00
Jumlah :                                          - RM1001.93
(tambahan:  Pertunjukan akrobatik, (mlm 1),
                      Pertunjukan brung tangkap ikan & berurut (mlm 2)- tambah RM100.00)

mata wang  - Yuan -  RM50.00 = 100 yuan - tukar RM500.00 dapat RM1,000/- yuan (+-)

Tempat2 menarik:
·    Elephant Trunk Hill, & Fubo Hill.
·    Silver Cave - berbagai-bagai rupa batu ciptaan alam yang terbentuk daripada mendakan batu asid karbonik yang terhablur seperti stalaktik, stalagmite, tiang batu, bunga batu dan sebagainya
·    Taman Tema Merryland - terbahagi kapada enam sector Merry Town, American Western, Dream World, Pirate Village, South Pacific dan Forest area. Semua Pakaian, makanan, papantanda pertunjukan, dan fasiliti hiburan mengikut aturcara tema.
·    Shangri-la - tempat yang mengamalkan budaya tradisi China.
·    Pertunjukan Kebolehan unik “ burung Osprey ” menangkap ikan
      Yangshuo West Street (Shopping) - terkenal sebagai Foreign Language Corner/Global Village
·     Drama pentas “ Impression SANJIE LIU ” – Pertunjukkan kebudayaan & lanskap alam yang terhebat di dunia.
·    Yao Mountain - menaiki kereta cabel dan menikmati panorama Guilin dan gunung-gunung.
·    Crown Cave – menjelajah gua yang unik termasuk boating, hiking, naik mini train & lif.
·    Flute cave ala- ala Gua kelam di Perlis
·    Culture village, - demo dari kaum wanita minoriti yang berambut panjang (Long-hair Village) Hanya sekali seumur hidup mereka memotong rambut mereka. Rambut yang digunting itu akan diikat bersama rambut yang sudah sedia ada tu.
·    Longsheng (penanaman padi bukit )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan