Rabu, 1 Jun 2016

NARA PARK, NARA, JEPUN

Taman yang dibina pada tahun 1880 ini merupakan tapak warisan Dunia Unesco.  Di dalam taman ini terdapat dua buah temple iaitu Todaiji Tempe dan kofukuji temple dan untuk memasukinya, dikenakan sedikit bayaran tetapi untuk bersiar-siar  di taman dan berhanami di bawah pohon sakura diluar temple adalah percuma,  Taman ini sangat unik kerana terdapat banyak rusa-rusa jinak  yang bebas berkeliaran di sini, di sepanjang jalan ke sini, banyak papan tanda meminta kenderaan memandu perlahan dan berhati2 kerana terdapat juga rusa-rusa yang menyeberang dan  melepak di atas jalanraya. 
Rusa-rusa jinak yang bebas berkeliaran.


Tanduk  rusa-rusa  ini  terpaksa  dipotong  demi keselamatan pelancong   kerana  mereka suka   mengejar  dan menyondol manja untuk mendapatkan makanan dari pengunjung, kita boleh membeli biskut/snack khas berharga 150 yen sebungkus, terjerit2 kami bila rusa-rusa ini mengerumuni kami dan berebut-rebut untuk makan.

Terjejas  “kecantikan” rusa-rusa  itu bila  tanduknya dipotong.  
Hilang kemegahan seekor rusa yang terletak pada tanduknya 
yang bercabang-cabang







Berhanami (berkelah) di bawah pohon sakura, adalah acara tradisi masyarakat Jepun, membentangkan tikar cantik berwarna warni, membawa bento (bekal) dari rumah, dan duduk bersantai bersama rakan/ keluarga memang saat yang sangat mengembirakan.  Kami teruja melihatnya dan turut sama merasa pengalaman itu, tersenyum orang jepun tu bila melihat gelagat kami membentang suratkhabar dari malaysia meletakan sandwic serunding daging, keledek bakar dan buah berangan yang kami beli di gerai di sekitar Nara Park, 
Tiada sebarang tong sampah di sini, tong sampah besar hanya disediakan di pintu masuk taman dan tahap disiplin mereka sangat tinggi dan mengagumkan kami, bukan hanya sampah dikemas,  dibawa pulang atau dimasukkan  ke dalam tong sampah, tapi remah2  dan sisa  sampah yg kecil juga dikutip hingga tempat itu benar-benar bersih, barulah mereka beredar dari situ...... hu... tabiklah.


Taman ini sangat indah dan  diselenggara dgn baik.  Musim luruh dan musim bunga, adalah musim yang sangat ramai pelancong kerana keindahan alam semulajadinya  yang tak terucap oleh kata-kata.


Dewan teater yang terdapat di dalam taman yang bertemakan taman Jepun

Sebelum pulang kami singgah  di gerai-gerai cenderahati, banyak cenderahati yang cantik dan menarik di jual di sini, rambang mata dibuatnya,  terpaksa jugalah kami beli walaupun harga agak mahal supaya tidak terkilan bila pulang ke Malaysia.   

Anak rusa nani baru kembang ekor, 
apa dosa kami lalu tidak tegor




Tiada ulasan:

Catat Ulasan