Isnin, 11 April 2011

AUSTRALIA (GOLD COAST) - PART II


15/10/2010 (Jumaat))

            Semasa turun untuk bersarapan, di dalam lif  kami disapa oleh beberapa remaja, walaupun moden dan seksi, tapi kami perhatikan mereka ramah dan menghormati orang. Petang semalam pula semasa menjemur towel di Balcony, kami disapa & berbual dengan remaja2 dari Melbourne yang bercuti hujung minggu di GC.   Kami macam dah jatuh cinta kat sini.  suasananya yang aman, damai, bersih dan penduduknya yang tertib berdisiplin. Kereta kat sini pun  tiada yg langgar lampu isyarat walaupun tiada kereta/orang melintas dan akan berhenti jika kita melintas depannya. Menurut Mr. David mereka tak suka bercerita pasal politik, lebih suka bercuti, bekerja tetapi rileks dan sangat mementingkan masa – kami diingatkan, jika jadual pukul 8.00 kami mesti tepati masa, tiada istilah menunggu – siapa lambat tinggal.




          Selepas sarapan kami dibawa ke Seaworld (SW).  Kami dibawa tengok Dolphin show – best sangat… x tau nak kata macam manalah dia orang latih dolphin ni, sesame street, pengiun, Under Water Shark, Polar Bear,  ray reef dll.  Kemudian tengok The fish detective.... sea lion berlakon - pandai betullah mereka melatih binatang2 tu berlakon.  Selepas penat berjalan & perut pun lapar,  kami kestesen  LRT utk makan di International buffet kat dlm kawasan SW tu juga, kat sini kami jumpa Tanya, pelayan sama kat MW (1 company),  dia sorang je keja, x payah ramai2,  setiap lepas mkn, alas meja mesti tukar, bersih sgt. makanan hampir sama, lasagna sedap, popia ada, meehoon ada, mcm2 ada. Di bawah stesen LRT ni ada surau disediakan dan yang membuat kami kagum, disebelah stesen ada bangunan dlm pembinaan, suasananya tak bising, bersih dan pekerjapun tak ramai.  Bermacam2 permainan ada kat sini,  kami naik Bermuda Triangle, viking revenge flume ride  &  beberapa permainan yg x brapa mencabar, takut pengalaman semalam berlaku lagi, syukurlah ok, cuma kami kempunan x dapat naik sky high sebab angin kuat & perkhidmatan terpaksa dihentikan. 






           Jam 4.30 kami balik kehotel, selepas solat jamak,  jam 6.30 kami keluar shopping, belah kanan pulak.  Malam ni kami shooping tshirt, tshirt budak2 A$4.50/-, dewasa 3 helai A$20/-  koala bear keychain A$2.00/- 12 ekor, pen (ada kualiti) A$2.00 6 btg,  kat kedai cina sarawak tu, siap amik gambar & habis shopping dia bagi c/mata keychain 1 sorang.  Mlm ni kami tapau nasi goreng kmpung  + ayam goring kat Maharani $12/-  - sedap.  Ada kawan tu teringin nak makan mee kari (x tau pulak order 1 tu rupanya sebesar mangkuk nasi penuh) jenuh nak menghabiskan – rabak RM150/- utk 2 org).    



16/10/2010 (Sabtu)
        
               Hari ini kami shopping di Robina Town Center. Besar, moden dan ada lebih kurang 300 buah kedai pelbagai barangan  Kat sini bolehlah shopping Corelle, mmg murahlah berbanding M’sia, kalau bunga lama satu set A$40/- je  & kalau beli asing2 lagi murah, x beli pun, Cuma tlg kwn2 pilih, beli bedak Australia mcm2 bauan, 1 A$250/- besar dr tabung bedak kt M’sia, amik bauan ros & lavender, beli cermin mata jenama copper - A$5/-



               Tengahari kami dibawa shopping di Habour Town,  sblm  shopping kami di bawa ke pusat pelancongan kat situ, setlh diberi sedikit penerangan (5 minit), kami dijamu teh/kopi.   Ada banyak kedai disini, kami singgah di Butik Cotton On, penuh orang, rupanya tgh sale, Barang-barang dalam tu boleh tahan la. Baju perempuan, A$2 pun ada,  dapatlah rembat sehelai blause A$5/-  kat sini kami banyak membeli cenderahati selebihnya banyak cuci mata je sebab pakaiannya x berapa sesuai, seksi2 belaka.

           Pemandangan sepanjang perjalanan biasa2 saja, kadang2 lebih kurang Malaysia shj,  tiba2  pandangan kami tertumpu kepada sesuatu, benarkah itu,  terbentanglah sungai yang luas dan airnya  biru. Oleh kerana terlalu teruja, kami terlupa meminta pemandu berhenti, dan yang lebih ralat gambar yang diambil dari atas bas, tak banyak dan tak begitu cantik aduhai….  nak buat macammana,  jadilah untuk dibuat kenangan,


          Jam 5.50 petang kami balik kehotel.  Semasa shopping x ingat nak makan, balik2 kelaparan, terus masak maggi… wah sedap dan nikmatnya makan maggi dibumi Kanggaru ni.  seperti hari sebelumnya,  jam 6.30 petang kami keluar makan dan shopping buat kali terakhir kerana esok kami akan pulang ke Malaysia jam 8.00 pagi waktu Australia.  Malam ni GC bertambah meriah kerana ramai penduduk dari wilayah2 lain Australia datang ke GC, malam lebih happening, mereka mabuk2, bukan pemandangan yang aneh melihat lelaki disini hanya berseluar pendek, tak pakai baju serta berkaki ayam dan gadis2 cantiknya berpakaian seksi – tutup2 yang penting2 je (menurut peniaga kat situ, itulah adalah pelacur  yang menggunakan taktik memasang lighter kpd lelaki2 yg nak merokok dan memberikan tisu kepada lelaki yang mabuk dari situlah mereka dapat pelanggan).  Melihatkan keadaan itu, kami mengambil keputusan pulang ke hotel, kerana tak pernah mengalami perkara macam tu,  takut jugalah walau mereka x mengacau kami pun.   
       




Tiada ulasan:

Catat Ulasan