Khamis, 9 Jun 2011

VIETNAM (HO CHI MING) - PART 1


HARI PERTAMA - 25 FEB 2011
Tiba di Tan Son Nhat International Airport lewat satu jam dari jadual.  Airportnya cantik, baru dibina pada tahun 2004 menggantikan airport lama (tentera). Tour Guide kami bernama Tom dah sedia menunggu.   Keadaan bandarnya lebih kurang seperti berada di Indonesia dan sedikit berjerebu.  Tom sibuk bercerita tentang sejarah dan kelihatan lebih bersemangat bila bercerita tentang Vietnam mengalahkan Amerika.  Jam 12.30 tgh kami sampai di Satay House restoran untuk makan tengahari,  masuk2 je, mata tertumpu pada satu poster besar, pengacara Jalan2 cari makan, Maria tunku Sabri bersalaman dengan tokey restoran Cina (Muslim) dan isterinya orang Melayu Malaysia.  Perut masih terasa kenyang kerana baru sahaja makan nasi lemak Pak Nasir,  menunya masakan melayu spt,  asam pedas ikan tenggiri + bendi,  tumis tauge dll.  Di depan restoran sudah menunggu peniaga jalanan menjual kipas, beg bersulam, buaian kait dll utk cenderahati. 


                Jam 2.00 petang kami check-in di Hotel Kingston,  Hotelnya cantik dan `strategic location’.   Di depan hotel terdapat kedai2 menjual kain2 ela, pelbagai jenis  kain cotton dan ciffon.  Semua tempat shopping berdekatan.   Selepas solat, jam 2.30  aktiviti bebas membeli belah ke Ben Thanh Market, dekat je, dari hotel boleh nampak bumbungnya, sepanjang jalan tu, banyak kedai menjual bunga hidup, gubahannya cantik & berseni,  dan kedai buah2an – besar2 buah2nya dan disusun cantik.  Sampai di dalam Ben Thanh, kami dah rambang mata, tak tahu mana satu nak dituju, akhirnya kami memutuskan untuk membeli barang kiriman kawan2 dulu,  kami mencari kain bersulaman manik untuk dibuat jubah, telekung dan sutera vietnam, tapi bila nak membayar, rasanya lebih mahal beberapa ringgit bila guna dong berbanding duit US... menyesal pulak tukar dong banyak dari duit US....walaupun di M’sia dah buat panduan currency, kami masih keliru.  Akhirnya kami membayar dengan duit  US.  Hari ini kami window shopping dulu, berjalan dari satu kedai ke satu kedai membuat perbandingan harga, sebab masih banyak masa untuk shopping.  

Jam 6.00 petang kami balik kehotel, selepas membersihkan diri dan solat, jam 6.30 petang kami turun kelobi dan bas dah sedia menunggu untuk  membawa  kami makan malam di VN Halal  restaurant.  Restoran ini kepunyaan wanita Champa yang berkahwin dgn lelaki Melayu M’sia, menunya juga masakan melayu, sup sayur, telor masin, kari ikan tenggiri dan lain-lain.
   
         Selesai makan, kami berjalan kaki ke pasar malam,   waktu nak melintas, huh... banyaknya motosikal,  rasa macam mustahil je nak melintas, tapi tidak, mereka sangat bertolak ansur, tiada mat rempit, tak marah dan mudah saja mereka memberi laluan kepada penjalan2 kaki -  memang kagumlah tengok.   Sampai kat pasar malam .. wah... macam kat Malaysia pula (wakaf cik yeh),  ramai betul  orang kita,  kami singgah di gerai jual telekung, bertanya dlm bhs Inggeris, tiba2 dia cakap Melayu,  namanya Zul, pernah belajar pondok di kelantan,  di sini kami beli baju kurung cotton corak batik – harganya memang sukar dipercayai cuma 13 usd siap sulam manik lagi,  blk ke hotel melaram, kemas jahitannya dan selesa dipakai,  nampaknya esok kena serang  lagi ni.  Malam tu kami meninjau2 dulu kerana masih ada 2 malam lagi untuk kami membeli belah

HARI KEDUA - 26 FEB 2011





Seawal jam 6.45 pagi, kami dah turun bersarapan, hotel ini menawarkan international buffet, suasana kat hotel ni macam kat M’sia pula, sebab penuh dengan orang Melayu je …,  kami hanya  makan buah2 an dan jus. Balik kebilik, bancuh Nescafe, makan maggi dan roti bersama sambal tempe bilis yg kami bawa.  Jam 8.00, bas tiba untuk membawa kami ke Terowong Cuchi yang terletak 22 batu dari Saigon. Terowong tanah. ini mempunyai 200km panjang dan 12 meter dalam. Telah dibina oleh tentera Viet Kong ketika peperangan antara Amerika dan Vietnam.  Kami di bawa kesebuah pondok beratap nipah (macam pondok komunis dalam filem Bukit Kepong), kami dipertontonkan sebuah filem dokumentari dan diberi sedikit penerangan.  Selepas itu kami dibawa melalui denai dan ditunjukkan tempat persembunyian askar vietkong,  terowongnya kecil, muat2 badan saja (orang Vietnam kurus2 & kecil) – ada Mat Saleh tu terpaksa berpatah balik kerana takut tersangkut dalam terowong. Tom mengingatkan kami supaya membuang angin dahulu sebelum masuk ke dalam terowong, (kerana kasihan kat orang yang dibelakang … mula2 kami x faham, bila difahamkan semula (adakalanya kena membongkok dan merangkak – takut terkentut) berderai ketawa kami, sehingga beberapa ekor burung yang bertenggek di dahan berdekatan, terbang ketakutan dan beberapa orang Mat Salleh yg ada kat situ terpinga2. 



Kami singgah pula kesebuah pondok dan dihidangkan ubi kayu rebus dan kopi Vietnam,  kami juga ditunjukkan buluh (macam pelita buluh kita) yang di sambung keanak air dari bukit dan dibuat lubang utk menyalurkan air seperti paip.  Selepas berehat sebentar, kami ketempat menembak,  bunyi dentuman peluru membingitkan telinga,  kami segera beredar untuk melihat pembuatan kulit popia secara tradisional, mereka menggunakan tepung beras, selepas dilenser dan dikukus menggunakan dapur kayu kemudian dijemur.  Kami benar2 teruja bila melihat betapa kreatif dan berinovasinya mereka, membuat sandal untuk berperang dari tayar lori perang Amerika.  Di sini juga ditunjukkan senjata2 yang mereka gunakan dan setiap peluru kepunyaan Amerika direcycle semula untuk menghasilkan senjata api -  begitu gigih dan wajanya semangat mereka, dalam serba kekurangan mereka boleh mengalahkan Amerika yang menggunakan senjata yang serba canggih.   

Kami makan tengahari di Haji Samsudin Muslim restaurant, menunya kari ayam, ikan talipia goreng garing bersambal cili api,  telor dadar,  sup sayur ala vietnam, buah-buahan dan popia goreng -berselera kami makan,  memang diakui kari di sini memang sedap – mungkin diproses sendiri.   Selepas makan kami singgah pula di Phuong Nam lacquerware Factory  -  antara produk pelancongan di HCM,  terpegun kami melihat ketekunan dan kesabaran  pekerjanya menghasilkan pelbagai produk seni dari kulit telur dan tiram yang sangat halus dan rumit pula – memang kagum dan harus dihargai.

  

setelah membeli beberapa cenderamata, kami beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Sesigatex silk Hacota (Souvenir shop) dan kedai kain silk - sekejap je kami kat sini, sebab harganya lebih mahal dari di Ben Thanh lagipun kami bercadang nak shopping sakan di  Butik Hong Ang Collection  - haa … inilah destinasi yg dinanti,  apalagi,  riuhlah kami memilih baju kurung, blouse, tudung dll yang kalau di Malaysia 2 kali ganda harganya.   Kat butik ini ada gambar Pemaisuri Agong shopping – wah apalagi, beranganlah kami semua – kita shopping kat tempat orang2 kayalah… lama juga kami kat sini.


Jam 6.00 petang kami dibawa solat di masjid,  memang sedih melihat persekitaran masjid ini,  dihadapannya tidak terurus, beberapa wanita champa duduk mengaji di masjid itu,  kami diberikan air hujan yg ditakung utk mengambil wuduk,  ada juga yang merungut2 bertanya x de ke air paip,  kami saling menasihati, ini bukan Malaysia yang mewah segalanya, jgn byk berfikir,  wuduk dan tunaikan solat segera,  kalau difikir2,  memang   susah jadinya.   Selesai solat, kami berpakat mengutip sedikit wang utk didermakan kpd wanita tua di situ.  Alangkah bertuahnya bumi Malaysia, bebas solat dimana2 dalam keadaan mewah - ini benar2 menginsafkan kami.     

           
 Kemudian kami di bawa pula ke Russian Market -  kami sekadar melihat2 sahaja, x begitu sesuai dengan citarasa kami,  selepas itu kami di bawa ke Notre Dame Cathederal, Reunification Palace, Cityhall, Opera House (sekadar melawat diluar sahaja sebab x cukup masa ) dan Post Office yang dibina bercirikan bangunan Perancis, – kami tertarik dengan pondok telefon dan dekorasi dalamannya, ramai Mat Saleh mengabadikan kenangan di sini.   Kat sini ada gerai cenderahati yang ada sebahagian barangnya lebih murah dari Ben Thant.  Oleh kerana hari dah mula gelap dan masa terlalu suntuk, kami meminta Tom membawa kami semula kesini sebelum pulang Ke Malaysia untuk bergambar kenangan – sebenarnya geram tengok bunga matahari yang sedang berkembang di hadapan Notre Dame Cathederal.

            Kami makan malam di Restoran Four season,  menu hampir sama mcm di VN halal,  kabarnya taukenya adik beradik dengan tauke VN halal.  Selesai makan, aktiviti bebas shopping di pasar malam.  Kami singgah di gerai Sharifah,  Wan dan Zul, semuanya pandai cakap melayu.   Di sini jika pandai menawar, barangannya lebih murah dari Ben Thant…. Baju kurung cotton berkaki bersulam rmanik bling2 berharga 16USD (lebih kurang RM48/- RM52/-) sepasang, baju kurung ciffon bermanik pula berharga sekitar 20USD – (lbh kurang RM63/-) memang rambang mata melihatnya,  semuanya cantik. 

























2 ulasan: