Selasa, 7 Julai 2020

VICTORIA BRIDGE, KUALA KANGSAR PERAK


VICTORIA BRIDGE, KUALA KANGSAR PERAK

          Jambatan Ini dibina pada zaman British dan siap pada tahun 1900, pernah dibom oleh tentera jepun dan dibina semula. Digunakan selama 102 tahun sehingga 2002 bila jambatan keretapi moden dibina betul-betul di sebealh jambatan ni. . Satu scene film mamat khalid pernah dibuat kat sini kalau tak silap. Jambatan ni merentangi sg Perak sepanjang lebih 300m. Pekan Karai ni hanya 8km dari Bandar Kuala Kangsar. Orang cakap kalau awal pagi amik gambar ada kabus bawah jambatan. ada efek magis. ikut nasib la. Kredit to Syamsul-amri Zainal.












     Inisiatif dan kreativiti penduduk Kg Seberang karai mengusahakan galeri terbuka yang mempamerkan barangan lama/antik seperti lesung, mesin getah, seterika, beduk, Kukur Kelapa, dapur minyak tanah dan lain-lain, berjaya memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada pelancong dan membangkit nostalgia manis kehidupan orang Melayu satu ketika dulu serta memberi nilai tambah kepada jambatan tersebut untuk dikunjungi.














          Di waktu petang pula perkhidmatan perahu tersedia untuk pelancong yang ingin mencuba menaiki perahu dan mendayung di sungai karai, sedikit bayaran dikenakan atas perkhidmatan itu sebagai penjanaan menjaga persekitaran jambatan.  


Pujian perlu di beri kpd penduduk Kg. Seberang Karai kerana dengan mengunakan barangan kitar semula seperti tong air, kayu  dan lain-lain digunakan untuk membina buaian, jongkang-jongkit, kincir angin dan bangku untuk kemudahan pelancong.  























Tiada ulasan:

Catat Ulasan