Selasa, 28 Oktober 2014
LAGI-LAGI INDIA II - GULMARG
GULMARG, KASHMIR INDIA
Walaupun pertengahan bulan April, tapi salji nipis masih turun
Penduduk mencari rezeki menarik sledge
Di setengah2 kawasan di Gulmarg askar masih berkawal
LAGI-LAGI INDIA I - TASIK DAL KASHMIR
Lagi-Lagi India - Aktiviti di Tasik Dal Kashmir India
Remaja Kashmir bersiar-siar
![]() |
Bagaikan lukisan berlatarbelakangkan banjaran Zabarwan yang diliputi salji |
Sedang menunggu pelanggan
Merempit di tasik dal
Kedai dipersisiran tasik
Wanita tempatan sedang memetik daun teratai
Wanita tempatan sedang membasuh pakaian di tasik dal
Khamis, 14 Jun 2012
INDIA - KASHMIR/TAJ MAHAL - PART III
15 - 16
APR 2012 (Ahad) – DELHI/AGRA (TAJ MAHAL-AGRA FORD)
Semasa bersarapan pagi, kami
mempelawa Poonam teh susu, Poonam ketawa
bila kami menyebut susu, katanya
perkataan itu digunakan semasa nak memujuk anak kecil terkencing. Mendengarnya kami semua ketawa. Kami tinggalkan Kashmir dgn sejuta kenangan indah
menuju ke Agra, menjejaki kesyahduan
cinta Shah Jahan. Lima jam perjalanan dari New Delhi , kami
menginap di Hotel Man Singh. Semasa makan malam dihotel, ada persembahan
penyanyi tempatan menyanyi lagu Hindustan , Poonam turut berduet dan kami bertepuk
tangan.
Terpegun….. itulah kata-kata yang sesuai
ketika menyaksikan Taj Mahal yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban
dunia. Di bina mengunakan marmar putih
yang didatangkan khas dari Itali, parsi dll oleh pemerintah Mughal, Shah Jahan
bagi mengingati isteri tersayang Muntaj Mahal yang meninggal dunia diusia 39
tahun selepas melahirkan anak yang ke empat belas. Mengambil masa selama 22 tahun untuk
menyiapkannya di antara 1630 masihi hingga 1652 masihi dengan mengunakan
khidmat 20,000 orang buruh yang bekerja 24 jam, menyaksikan kecintaan dan
citarasa mewah pemerintahan Mughal terhadap senibina. Bercadang membina sebuah lagi Taj Mahal dari
marmar hitam, yang khabarnya akan membayangi Taj Mahal semasa bulan
purnama... wah kalau jadi kenyataan,
tentu cantik, tinggi sungguh citarasa dan imaginasi pencinta tegar ini. Akibatnya, Shah Jahan dipenjara oleh anaknya
Aurengzeb kerana didakwa menghabiskan wang rakyat.
Selesai membeli
belah di bazaar di luar Taj Mahal, kami
di bawa pula ke Agra Fort sebuah lagi tapak warisan dunia UNESCO yang dibina di tepi sungai Yamuna pada tahun
1565 masihi oleh pemerintah Mughal terkenal Akhbar (filem Jodha Akhbar). Agra Ford yang juga dikenali sebagai Lal Qila adalah sebuah
kota rumah agam bertembok tinggi dan dibina mengunakan batubata besar berwarna
merah di mana Mughal-mughal terkenal seperti Babur,
Humayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan Aurangzeb tinggal dan mentadbir negara
dari sini. Jehangir Khan adalah anaknya bersama pemaisuri Jodha yg
beragama hindu dan bapa kepada Shah Jahan.
Semasa pemerintahan Akhbar, Agra Fort menjadi kubu penting tetapi semasa pemerintahan Shah Jahan, dia menjadikan sebahagiannya sebagai istana yang lengkap taman ditengah2nya berserta 3,000 buah bilik untuk gundik2nya. Semasa pemerintahan Aurengzeb, Shah Jahan dipenjarakan selama 7 tahun, di Musamman Burj, iaitu sebuah menara berbentuk lapan segi di dalam Agra Fort yang mempunyai balkoni marmar berdekorasi dalaman seakan Taj Mahal dan pemandangannya pula mengadap Taj Mahal. Penulis difahamkan selepas itu Shah Jahan dipenjarakan pula diseberang sungai Yamuna dan bilik tahanannya tetap mengadap Taj Mahal, di akhir hayatnya, ketika berbaring Shah Jahan meminta digantungkan cermin yang terimbas imej Taj Mahal supaya Taj Mahal tetap dimatanya. Sungai Yamuna mengalir lesu seolah-olah mengerti lara hati seorang pencinta tegar.
Semasa pemerintahan Akhbar, Agra Fort menjadi kubu penting tetapi semasa pemerintahan Shah Jahan, dia menjadikan sebahagiannya sebagai istana yang lengkap taman ditengah2nya berserta 3,000 buah bilik untuk gundik2nya. Semasa pemerintahan Aurengzeb, Shah Jahan dipenjarakan selama 7 tahun, di Musamman Burj, iaitu sebuah menara berbentuk lapan segi di dalam Agra Fort yang mempunyai balkoni marmar berdekorasi dalaman seakan Taj Mahal dan pemandangannya pula mengadap Taj Mahal. Penulis difahamkan selepas itu Shah Jahan dipenjarakan pula diseberang sungai Yamuna dan bilik tahanannya tetap mengadap Taj Mahal, di akhir hayatnya, ketika berbaring Shah Jahan meminta digantungkan cermin yang terimbas imej Taj Mahal supaya Taj Mahal tetap dimatanya. Sungai Yamuna mengalir lesu seolah-olah mengerti lara hati seorang pencinta tegar.
Dalam perjalanan
pulang Ke New Delhi, kami di bawa melawat kilang marmar yang berilhamkan Taj
Mahal, pekerjanya dari keluarga Islam
yang mewarisi kepakaran seni ukir mengukir sejak turun temurun dari satu
generasi kesatu generasi.
17 APR 2012 (Isnin) –SAROJINI NAGAR
Hari terakhir di
India, selesai solat, jam 1.30
tengahari, kami check out dan makan tengahari di Restoran Karim di sebuah
komuniti muslim di Hazrat Nizammuddin.
Untuk ke restoran ini, kami perlu berjalan kaki dan berpapasan
dengan ramai pengemis muslim. Kami di sajikan dengan ayam tandoori, roti
nan, briyani ayam timbus, dll, walaupun sedap, aku sekadar makan untuk mengalas
perut, macam tidak termakan semua itu, bila mengenang betapa ramainya umat di
luar sana yg sedang berlapar. Banyak
sungguh makanan yg berbaki, rasa nak
tapau je utk diberikan kepada pengemis tu, tapi takut pula. Dlm perjalanan menuju ke Bas, sekali lagi kami diserbu, rasa belas menyesak dada,
kejamkah kami? Bila semua sudah menaiki
bas, tingkap kami buka sedikit untuk mengulurkan sedikit wang. Sampai di Bazaar Sarojini, kami diberi masa
2 jam untuk membeli belah, macam amazing race, kelakar sungguh jadinya bila
tangan memegang sari, tapi mata
memandang kurta, memang tak fokus – tapi hasilnya banyak juga yang kami beli,
sebab utamanya ialah murah.
Dalam perjalanan ke airport, kami menyaksikan
fenomena yang sangat menyedihkan, warga India yang
tidak berumah memilih bawah jejambat, tembok dan kakilima kedai untuk tidur,
amat menakjubkan apa yang sanggup manusia buat demi kelangsungan hidup. Dan mungkin dari sinilah terujudnya budaya
membuang hajat merata2.
Pada pandanganku,India sangat exotik dan penuh warna warni,
bayangkan dalam masa tujuh hari penulis di India ,
dapat merasai tiga musim sekaligus, musim dingin (salji) di Gulmarg, musim
bunga (Tulip, cherry blossom dan Mustard) di Srinagar dan musim panas di New
Delhi dan Agra .
Pada pandanganku,
Hebat sungguh pemerintah Islam di masa
itu, tapi sayang, menurut Poonam kejatuhan kerajaaan Islam Mungal di India,
disebabkan perempuan, kemewahan dan tamak, tidak dapat penulis bayangkan, jika
kerajaan Islam masih memerintah, tentunya India berada di sisi yang berbeza
dengan apa yang ada sekarang.
Kesimpulannya, percutian ini benar2 berbaloi dan pengalaman ini kami
bawa pulang dengan puas hati.
Nota: Semasa melewati satu jejambat di jalan Pudu
ke Bukit Bintang, penulis terkesima kerana rupanya fenomena tidur di bawah
jejambat ada di sini, siap ada tilam & rak barang….. menjemur baju di
pokok2 bunga, seolah2 ada tiga penempatan di situ, jika tidak dibenteras dari
awal, ianya akan menjadi satu penempatan
tetap pula.
Selasa, 12 Jun 2012
INDIA - KASHMIR/TAJ MAHAL - PART II
13 APR
2012 (Jumaat) –SRINAGAR
(Tulip dan Mustard)
Tulip hanya akan ditanam
awal bulan April dan bertahan hingga
akhir bulan April sahaja. Tidak terucap
oleh kata-kata, kami hayati keindahannya,
keterujaan kami terserlah bila kami jadi tak tentu arah, sana
cantik, sini cantik, sinun lagi cantik…. rambang mata nak ambil gambar dari
posisi mana. Ketika keluar, dipintu
pagar, seorang jejaka Kashmiri menghadiahkanku sekuntum bunga tulip berwarna
kuning berona oren, seronoknya aku berpeluang membelek dan mencium tulip kerana
ditaman itu pengunjung dilarang memegang/memetik bunga dan akan didenda
sebanyak 500 rupee jika berbuat demikian.
Hujan renyai2 & cuaca yang semakin sejuk, tidak kami
endahkan, Taman Mughal – Taman
Chashmashahi (bertemakan mataair), Nishat Bagh (bertemakan Seni Mughal
lama) & Shalimar Bagh (bertemakan cinta) yang mengadap tasik
dal & berlatarbelakang-kan pergunungan Zabarwan memang sukar utk dilepaskan
peluang mengunjunginya. Di dlm taman
beberapa jurugambar yang kami gelarkan paparazzi menawarkan khidmat bergambar
dgn memakai baju pengantin Kashmiri,
kosnya Cuma 50 rupee utk gambar berukuran 5R dan 100 rupee utk
gambar berukuran 8R. Hujan semakin lebat, melihat Hajra bat dari dlm bas, kami tidaklah begitu ralat kerana senibinanya lebih kurang seperti masjid2 di
Selepas makan tengahari di House boat, petang kami dibawa menaiki shikara menyusuri tasik dal. Oleh kerana suhu semakin menurun, kami dibekalkan selimut utk menutupi tubuh. Beberapa penjaja menghampiri shikara dan menawarkan jualan mereka, konsepnya sama seperti pasar terapung di
Perjalanan pulang ke house boat, kami di bawa keperkampungan air mereka, saat ini, barulah kami melihat gadis2 Kashmiri mendayung sampan bersiar2 bersama kawan2 dipersekitaran kampong air itu, berkulit cerah, mulus dan berwajah cantik disebalik selendang yg sengaja ditarik kehadapan untuk melindungi wajah ayu mereka. Tertoleh2 kami mencuri pandang, tak puas melihat wajah persis artis bollywood tanpa mekap. Setiap tanah yg terapung di tasik ini digunakan sebaik2nya, ditanam sayur2an, mustard dll. Azan yg bergema bergaung, bersatu di antara tasik dan banjaran menjadi penanda pengakhiran perjelajahan kami untuk hari itu. Setelah penat seharian, malam itu kami tidur awal.
14 APR 2012 (Sabtu) – SRINAGAR/SALJI DI GULMARG
Gulmarg (meadow of Flower) yang
bermaksud gunung yang dikeliling padang rumput dan bunga, setinggi 2,730 meter
di atas paras laut dan dikenali sebagai antara kawasan bermain ski dan golf
terbaik, tertinggi serta mempunyai
gondola (cable car) yang terpanjang di dunia. Jarak perjalanan dari Srinagar 60km selama 2 jam
bagaikan tak terasa, kerana pemandangan yg disajikan bagaikan sebuah lukisan, sangat
indah sehinggakan leherku terasa letih
kerana asyik memandang ke kiri dan kekanan.
Rumah2 di sini besar, moden dan cantik. Ladang Mustard yang menguning,
ladang epal yang memutih bunganya, cherry blossom, sungai jernih berbatuan
besar yang mengalir tenang, pokok2 alpine dan banjaran Himalaya yg diliputi
salji, melatari pemandangan, amat
memukau perasaan.
Singgah di satu check point, kami menyewa kasut but (macam but Phua Chu Kang). Peniaga jalanan berebut menjaja shawl, sarung tangan, mafla dll. Semasa berseorangan menunggu seorang teman ke tandas, penulis didatangi pengemis wanita yg mendukung anak, meleleh hingusnya, rayuannya meruntun hati, aku terpaksa mengeraskan hati, teringat pesan Majid (guide) demi keselamatan jangan bersedekah kerana anda akan dikerumuni & sukar melepaskan diri, disebalik mafla yg menutup wajah, aku cuma mampu berdoa uuntuk kesejahteraannya. Sampai di Gulmarg, kami menunggang kuda utk sampai ke stesen Gandola (cable car), ini kali kedua aku menunggang kuda, pertama di kaki gunung Bromo yang lebih mencabar treknya berbanding di gulmarg, di jalanraya yg mendatar.
Singgah di satu check point, kami menyewa kasut but (macam but Phua Chu Kang). Peniaga jalanan berebut menjaja shawl, sarung tangan, mafla dll. Semasa berseorangan menunggu seorang teman ke tandas, penulis didatangi pengemis wanita yg mendukung anak, meleleh hingusnya, rayuannya meruntun hati, aku terpaksa mengeraskan hati, teringat pesan Majid (guide) demi keselamatan jangan bersedekah kerana anda akan dikerumuni & sukar melepaskan diri, disebalik mafla yg menutup wajah, aku cuma mampu berdoa uuntuk kesejahteraannya. Sampai di Gulmarg, kami menunggang kuda utk sampai ke stesen Gandola (cable car), ini kali kedua aku menunggang kuda, pertama di kaki gunung Bromo yang lebih mencabar treknya berbanding di gulmarg, di jalanraya yg mendatar.
Kami menaiki gondola
sehingga ke stage pertama dgn bayaran 300 rupee (Rm20/-). Walau telah berpakaian yg sesuai, aku terasa semacam nak beku, muka terasa ketat utk bercakap dan tersenyum.
Bagaikan bermimpi, ku genggam salji dan
memandang alam sekeliling, matahari memancarkan sinarnya, salji di mana-mana dan pokok pine mendominasi
pemandangan – oh indah… sangat indah dan menakjubkan. Menurut Irshad (guide),
pemandangan disini sama seperti di Switzerland dan jika naik ke stage kedua,
pemandangan lebih indah dan jika cuaca baik, berpeluang pula menikmati
pemandangan cantik di Nanga Parbhat.
Tidak mudah rupanya
bermain ski, percubaan pertamaku rasanya sudah cukup utk memberi pengalaman
berharga, akhirnya aku bergambar shj dengan bayaran 50 rupee. Banyak aktiviti yg ditawarkan di sini
seperti bermain sledge, ski dan skooter.
Syukur alhamdullillah, rezeki kami berganda, bila salji tiba-tiba turun,
walaupun nipis tapi sudah cukup utk kami menikmatinya.
Perjalanan pulang,
kami singgah di ladang Mustard yang
menguning bunganya, sangat indah dan mengujakan. Poonam (guide) menyanyi dan
kami mengikutinya, tambah bersemangatlah kami memotret gambar ala-ala artis
bollywood sebagai kenangan.
Cadangan mengadakan unggun api malam itu
terpaksa dibatalkan, suhu yang semakin dingin dan menusuk tulang, tak berdaya
kami hadapi, akhirnya di ruang tamu bersama kudapan2 yang dibawa dari Malaysia,
kacang goreng Kashmir yang dibeli dari penjaja pasar terapung dan kopi susu
yang disediakan Rahim menyaksikan Asif (anak tauke House Boat) dan Tariq menyanyikan
lagu2 Hindustan dan kami bertepuk tangan.
Bicara yang teratur dan sopan, menyerlahkan sisi sebenar Asif sebagai
seorang yang terpelajar, mengutarakan isi hatinya tentang masa depan Kashmir dan bangsanya amat mengesankan hati penulis.
Jumaat, 8 Jun 2012
INDIA -KASHMIR/TAJ MAHAL - PART I
11 APR 2012 (Rabu) - K.LUMPUR/DELHI (PART 1)
Mengapa India? busuk,
kotor, berdebu dan hancing – malah digelar Big Toilet!!! itulah yg acap kali ditanya bila
kunyatakan keinginan melawat India. Sejarah!!! itulah sisi sebenar India yang membuak keterujaanku. Menzahirkan impian, segala maklumat dan dokumentari
mengenainya ku kumpul dan akhirnya 11 April 2012 kupilih
agar percutian ini berbaloi dan memberi nilai yg
berpadanan dengan harga. Memang sudah rezeki, AirAsia yang ditempah telah menamatkan routenya ke New Delhi dan menukar tempahan kepada MAS. “Kak line ni ke New
Delhi”, teguran pegawai Kastam mengejutkan kami, hati tertanya-tanya,
kenapa ???? akhirnya kami temui jawapan - hanya kami 18 orang sahaja, orang Melayu. “Melancong ke” tegur
Pramugari MAS, “Haah, dah e-mail nak jumpa Shah Rukh Khan”,
kami berjenaka di sambut gelak tawa, “Sebelum jumpa SRK, jumpa Shahrul
dulu” ketua pramugara melawak dan dilayan mesra
Kapalterbang
mendarat dengan baiknya di Mahatma Ghandi Airport , jam
11.30 pagi waktu India .
Airportnya cantik, moden & gambar petunjuk di depan toilet
memaparkan gambar artis Hindustan sangat menarik perhatian kami. Panas terik dan Poonam
(Guide) menyambut kedatangan kami dgn kalungan bunga tahi ayam – wah,
terasa macam wakil rakyat pulak. Gelak besar Poonam bila kami
maklumkan makna bunga tahi ayam. Melewati airport, kami disajikan
pemandangan dan suasana yang berdebu, kotor dan fenomena org membuang hajat
ditembok, pokok dan tepi jalan tanpa rasa bersalah dan malu. Tanggapan
awal kami mengenai suasana India lebih baik dari Vietnam yg baru lepas perang
tahun 1978 nyata meleset. Paparan suasana menyatakan
kebenaran. Bunyi hon kereta amat membingitkan telinga dan tambah
memanaskan suasana, hairan juga, New delhi terletak di utara tapi panas pula.
Kami makan tengahari di Restoran DI New Delhi. Hiasan dalamannya cantik,
tapi lampu yang malap dan samar2 melemaskan kami. Kami dihidangkan dgn
Aloo Gobi, roti nan, ayam tandoori, nasi briyani kambing dan manisan india
payasam. Selesai makan, kami check in di Hotel Country Inn (5*),
masuk ke lobinya kami disambut dengan gubahan bunga ros yang sangat cantik,
apalagi jadi sasaran mengambil gambarlah, x payah pergi ke Amerika kami
bergambar pula dengan replika patung statue of Liberity.
| India Gate |
Kami dapati warga India gemar baring di atas rumput sambil berbual. Penulis juga tertarik dengan penjaja yang menjual timun, timun dikopek kulit, dibelah empat (tak putus) dan disapukan serbuk asam boi, menurut penjaja, timun sangat bagus untuk menyejukkan badan.
Jam 6.30 petang kami pulang ke
hotel, kami makan malam di Hotel kerana
Hotel ini khas untuk pengemar vegetarian.
Ramai pelancong dari China, Korea & Vietnam menginap di sini, hanya tudung yg membezakan kami, kerana rupa
paras dan kulit hampir serupa. Memang
bertuah dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia, di mana2 kami melancong kami dilayan mesra dan
diutamakan dalam byk keadaan.
12 APR 2012 (Khamis) – DELHI/SRINAGAR
Selepas sarapan pagi di hotel, kami dibawa ke lapangan terbang domestik untuk
penerbangan ke Srinagar yang merupakan ibu Negara Kashmir. Menjenguk
melalui tingkap kapaltebang, Subhanallah, cantiknya, terkedu penulis melihat
pemandangan banjaran Himalaya yang dilitupi salji. Angin dingin menusuk ketulang dan kehadiran askar2 bersenjata api berkawal, menyambut kedatangan kami sehingga menimbulkan rasa cuak, apatah lagi difahamkan Kashmir adalah wilayah bergolak yang menjadi perebutan antara India dan Pakistan. 95% warga Kashmir berbangsa Kashmiri dan beragama Islam.
Setelah India
berpecah dua, Pakistan di
bahagian Barat dan India di
bahagian timur, Kashmir-Jammu telah menjadi sebahagian dari India dan telah menyaksikan suka duka bangsanya.
Melupakan duka mereka, kami hayati pemandangan yang amat
berbeza dan amat mengesan di hati,
walaupun masih belum maju dari pembangunan tapi keindahan alam ciptaan
Allah ini bagaikan menutup segala kekurangan itu. Kami di bawa menaiki Shikara iaitu sejenis
perahu yg dihiasi indah. Bagaikan berada di Venice ,
menyusuri tasik dal menuju ke Rumah Bot (Deluxe house bot) amat
mengujakan. Kashmir
mempunyai tasik yang terkenal iaitu Tasik Dal dan Tasik Nagin yang diatasnya
dibina rumah bot yang menjadi penginapan pelancong. Setiap rumah bot disediakan seorang pelayan
lelaki yang membuat kerja2 seperti seorang bibik. Rumah bot mempunyai beberapa buah bilik,
lengkap bilik air dan mempunyai ruang tamu yang dindingnya berukir halus dan
lantai beralaskan permaidani buatan Kashmir . Menurut Majid, rumah bot ini asalnya didiami
Maharaja Mughal dan semasa zaman penjajahan Britain di India didiami oleh
gabenor-gabenor British.
Selesai makan
tengahari di rumah bot yang menyajikan makanan tempatan, kami dibawa ke Kashmir
Old Town, senibina rumahnya bercirikan
Parsi, kemudian kami dibawa melawat ke
Masjid tertua di Kashmir iaitu Masjid Jamia yg terletak di Nowhatta. Ia dibina oleh Sultan Sikandar sekitar thn
1400 sebelum masihi. Di zaman pemerintahan
anaknya, Zain Ul-Abidin telah mengembangkan & menaiktaraf masjid ini. Bersenibinakan Indo Saracenin dgn terdapat
370 batang tiang kayu menyokong binaan & di tengah2 masjid terdapat taman
yang indah, satu binaan yang sangat cerdik & kreatif kerana sesuatu yang
bersatu dgn alam ciptaan Allah pasti akan menghasilkan sesuatu yg
menakjubkan, terasa aman & ketenangan kpd pengunjung rumah Allah ini.
Hujan yang turun
membatalkan hasrat melawat Hajra bat,
walaubagaimanapun Majid (guide) berjanji akan membawa keesokan
hari. Mengubat hati, bas berhenti di
sebuah gerai yang menjual pelbagai makanan,
Kami turun untuk mengambil gambar, sementara Majid membeli beberapa
kudapan untuk kami semua sama2 menikmatinya.
Seorang tua Kashmiri bertanya sama ada kami muslim,
mengiakannya, seorang wanita Kashmiri membelek2 tudungku sambil berkata
nalerekek (cantik), Mereka menjadi lebih
ramah bila mengetahui kami dari Malaysia .
Mencicipi pakora,
mengingatkanku kepada cekodok bilis bawang,
pertama kali juga kami merasa makan akar teratai goreng celup tepung dal
dan lempeng sebesar dulang yg dimakan dengan halwa. Kemudian kami singgah membeli belah di
Carpet Weaving factory yang menjual karpet buatan tangan, sari, shawl dll. Kami
dihidangkan teh berherba dan biskut Kashmir ,
sambil minum kami ditunjukkan cara menenun carpet, memang halus dan sangat
berseni, setanding dgn harganya. Setelah
tawar menawar penulis membeli beberapa helai sari sutera utk dibawa pulang.
Petang di Srinagar
selepas hujan, sangat dingin, dari beranda House bot, tersergam banjaran
Zabarwan melatari pemandangan, berdiri kukuh bagaikan pengawal kepada tasik
dal, menurut rahim (bibik) selepas hujan, puncak banjaran Zabarwan akan
dilitupi salji. Selepas makan
malam, kami dikejutkan dengan kehadiran
peniaga yang membawa sari, kurta serta
shawl, selesai peniaga kain baju, masuk pula peniaga batu permata, perhiasan
wanita, jaket kulit dll, mereka silih
berganti sehinggalah kami memaklumkan ingin masuk tidur.
Langgan:
Catatan (Atom)





















