SUMMER PALACE (ISTANA MUSIM PANAS)
Terletak
disebelah tasik yang dipanggil Kunming Lake yang akan membeku pada musim dingin. Summer Palace turut dikenali
sebagai Yihe Yuan yang bermaksud Taman Usia Panjang Yang Terpelihara, dibina
pada tahun 1750, berkeluasan 2.9 kilometer persegi dan menjadi kediaman
Maharani Dowager Ci Xi dan gundik-gundik anakandanya, Maharaja Tongzhi ketika
musim panas. Istana ini pernah terbakar dan dimusnahkan pada tahun 1860 oleh
askar Perancis dan British, banyak wang
dihabiskan Maharani untuk mencantikkan Summer Palace sehingga tidak dapat
membeli senjata yang banyak semasa serangan kerajaan Manchu.
Banyak aktiviti di tawarkan di
sini, seperti bermain layang2 berbagai bentuk, berkayak dan menaiki feri kecil
berbentuk naga menyusuri tasik ini.
Selepas makan tengahari kami di bawa ke masjid Nan Dau, dibina pada
pemerintahan Dinasti Ming sekitar 1368 hingga 1644, berusia lebih 700 tahun dan bersenibinakan
China Klasik. Di perkarangan masjid
terdapat satu tabung untuk para jemaah
bersedekah, kerana difahamkan semua masjid di China tidak dibiayai kerajaan
dan kena menjana kewangan sendiri.
Di
hadapan masjid terdapat taman ros yang sedang berkembang, pelbagai warna yang
benar-benar menarik perhatian kami untuk memotret kenangan sehingga mengundang
rasa lucu dan pelik kepada penduduk tempatan.
Seterusnya kami di bawa melawat ke
Beijing Olympic Park, di sinilah terletaknya mercu tanda Beijing iaitu Stadium Sarang Burung yang unik rekabentuknya
umpama sarang burung dan berkeluasan 258 ribu meter persegi. Bersebelahannya pula terdapat National
Aquatics Center atau dikenali sebagai Water Cube.
Selepas makan malam, kami pulang
kehotel, selepas solat sudah menunggu Aisyah iaitu peniaga di Silk Market yang
akan datang ke bilik kami untuk menjual alas meja, cadar, sarung tisu, t-shirt,
dll dengan harga yang berpatutan.
GREAT
WALL
Tembok Besar Cina ( Great
Wall) yang dibina kira-kira 2500 tahun dahulu dan panjangnya hampir 6000km, adalah salah
satu keajaiban di dunia.
Menurut Anuar, selain bertujuan mempertahankan Negara dari pencerobohan, tembok ini juga terkenal sebagai lambang percintaan, menurut lagenda Cina, semasa tembok ini dibina, seorang gadis jelita telah berkahwin dengan pemuda kampungnya, selepas berkahwin, pemuda itu ditangkap untuk dijadikan buruh membina tembok besar, tinggallah sejelita menunggu sekian lama, lama menunggu, sejelita keluar mencari dan secara kebetulan bertemu dengan raja, raja jatuh cinta, sejelita mengenakan syarat supaya raja menyelamatkan suaminya, barulah dia bersedia menjadi gundik raja. Raja memerintahkan supaya suaminya dicari.
Menurut Anuar, selain bertujuan mempertahankan Negara dari pencerobohan, tembok ini juga terkenal sebagai lambang percintaan, menurut lagenda Cina, semasa tembok ini dibina, seorang gadis jelita telah berkahwin dengan pemuda kampungnya, selepas berkahwin, pemuda itu ditangkap untuk dijadikan buruh membina tembok besar, tinggallah sejelita menunggu sekian lama, lama menunggu, sejelita keluar mencari dan secara kebetulan bertemu dengan raja, raja jatuh cinta, sejelita mengenakan syarat supaya raja menyelamatkan suaminya, barulah dia bersedia menjadi gundik raja. Raja memerintahkan supaya suaminya dicari.
Suatu hari raja membawa sejelita bersiar-siar dengan kapal untuk memberitahu suaminya tidak ditemui, mungkin sudah mati. Raja menuntut janjinya, mengiringi tangisan si jelita, selama tiga hari tiga malam hujan turun selebat-lebatnya dan petir sabung menyabung sehingga menyebabkan banjir, nekad mempertahankan cintanya, sejelita terjun kelaut dan tak sempat diselamatkan.
Sebagai simbolik kepada kesetiaan dalam percintaan, tidak hairanlah banyak kunci yang dimangga disitu dan anak kuncinya dibuang ke gaung. Kalau nak berpisah, sila cari anak kunci di gaung, kata-kata Anuar mengundang tawa kami.
”Anda bukan pahlawan jika
belum sampai di puncak Tembok Besar China”
begitulah kata2 Mao Tze Tong yang
ditulis di tugu batu yang telah menambahkan semangat penulis untuk mendaki
walau cuaca agak mendung. Tembok
yang purata tingginya kira-kira 8 meter dibina dengan batu granit, penulis
mendaki sehingga ke stesen kedua yang jarak antara satu stesen kira-kira 200
meter.
Pemandangan dari sini sangat
indah, berlatarbelakangkan gunung, tasik,
kehijauan landskap dan rumah2 tradisional adalah paduan alam yg sangat
mempersona dan mengasyikkan.
Dipertengahan pendakian ke stesen ke tiga, hujan renyai2 turun, takut kebasahan,
penulis memutuskan untuk turun, sementara dua rakan yg telah hampir ke stesen
ketiga meneruskannya sebelum beroleh sijil di stesen ke empat yg laluannya
lebih landai.
SHOPPING
Melancong
ke China, lazimnya setiap pelancong
wajib di bawa ke komplek-komplek Kerajaan seperti ke Chinese Traditional
Medical Centre, Silk Store, Pusat Jed, Kristal,
mutiara, koyok, Tea House dan
kilang pisau.
Di kesemua tempat ini
pelancong akan diberikan taklimat seterusnya diminta membeli barangan
mereka. Sungguh pandai mereka memujuk @
memaksa, sehingga ada dikalangan kami yang secara tidak sengaja menghabiskan
beribu ringgit untuk membeli ubatan dan perhiasan diri. Penulis bertuah mendapat sebentuk cincin
mutiara kerana berjaya meneka hampir tepat jumlah mutiara di dalam sebiji
tiram.
Kami juga di bawa melawat pusat jed dan juga pusat Kristal, bermacam-macam jenis,
berkilau-kilauan dan memikat hati. Di depan
pintu pusat jed terdapat bola jade merah yang menurut kepercayaan Cina, jika
disentuh dan berniat boleh memberi panjang umur, kekayaan dan perkahwinan, tapi
kalau ikut kepercayaan Anuar pula, lelaki yang menyentuhnya boleh kahwin 4,
sambil disambut deraian tawa para suami dan jelingan para isteri.
Perkara yang paling dinantikan ialah membeli belah, umpama terapi minda, hilang semua kepenatan bila dapat bershopping, kami di bawa ke Silk Market, Yashow Market, Sunny Market dan Tian Ya Hongqiao, shopping di sini, benar-benar mencabar kesabaran, kena pandai tawar menawar sehingga 3/4 harga kalau peniaga tak mahu kita cari pulak kedai lain, kalau dipanggil semula, kita kena bertegas, jangan pelik bila tarik menarik tangan dan bertegang leher semasa membeli belah adalah fenomena biasa di sini.
Percutian selama 6 hari 5 malam ini sangat berbaloi kerana pakejnya murah dan keunikan Beijing yang mempamerkan kelainan budaya dan pengalaman inilah yang sangat berharga untuk dikenang.
Percutian selama 6 hari 5 malam ini sangat berbaloi kerana pakejnya murah dan keunikan Beijing yang mempamerkan kelainan budaya dan pengalaman inilah yang sangat berharga untuk dikenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan