Taman yang dibina pada tahun 1880 ini merupakan tapak
warisan Dunia Unesco. Di dalam taman ini
terdapat dua buah temple iaitu Todaiji Tempe dan kofukuji temple dan untuk memasukinya, dikenakan sedikit bayaran tetapi untuk bersiar-siar di taman dan berhanami di bawah pohon sakura diluar temple adalah percuma, Taman ini sangat unik
kerana terdapat banyak rusa-rusa jinak yang bebas berkeliaran di sini, di sepanjang jalan ke sini, banyak papan
tanda meminta kenderaan memandu perlahan dan berhati2 kerana terdapat juga
rusa-rusa yang menyeberang dan melepak
di atas jalanraya.
Rusa-rusa jinak yang bebas berkeliaran.
Tanduk rusa-rusa ini terpaksa dipotong demi keselamatan pelancong kerana mereka suka mengejar dan menyondol manja
untuk mendapatkan makanan dari pengunjung, kita boleh membeli biskut/snack khas
berharga 150 yen sebungkus, terjerit2 kami bila rusa-rusa ini mengerumuni kami dan berebut-rebut untuk makan.
Terjejas “kecantikan” rusa-rusa itu bila tanduknya dipotong.
Hilang kemegahan seekor rusa yang terletak pada tanduknya
yang bercabang-cabang
yang bercabang-cabang
Berhanami (berkelah) di bawah pohon sakura, adalah acara tradisi masyarakat
Jepun, membentangkan tikar cantik berwarna warni, membawa bento (bekal) dari
rumah, dan duduk bersantai bersama rakan/ keluarga memang saat yang sangat
mengembirakan. Kami teruja melihatnya
dan turut sama merasa pengalaman itu, tersenyum orang jepun tu bila melihat
gelagat kami membentang suratkhabar dari malaysia meletakan sandwic serunding
daging, keledek bakar dan buah berangan yang kami beli di gerai di sekitar Nara
Park,
Tiada sebarang tong sampah di sini, tong sampah besar hanya disediakan di
pintu masuk taman dan tahap disiplin mereka sangat tinggi dan mengagumkan kami,
bukan hanya sampah dikemas, dibawa
pulang atau dimasukkan ke dalam tong
sampah, tapi remah2 dan sisa sampah yg kecil juga dikutip hingga tempat itu
benar-benar bersih, barulah mereka beredar dari situ...... hu... tabiklah.
Taman ini sangat indah dan diselenggara dgn baik. Musim luruh dan musim bunga, adalah musim yang sangat ramai pelancong kerana keindahan alam semulajadinya yang tak terucap oleh kata-kata.
Dewan teater yang terdapat di dalam taman yang bertemakan taman Jepun
Anak rusa nani baru kembang ekor,
apa dosa kami lalu tidak tegor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan