Khamis, 2 Jun 2016

SOLO



27 Mac 2010 – Jogjakarta - Solo

Kesilapan melihat kalender sebelum menempah tiket k/terbang telah membawa kami kesatu perjalanan yang panjang,  asalnya hanya mahu ke Solo dan Jogjakarta saja -  tapi itulah, kadang2 disebalik kesilapan itu ada rahmatnya.   Sampai di lapangan terbang Antarabangsa Adisucipto Yogyakarta  jam  9.00 pagi.  Tour Guide (Pak Miko) dah menunggu, kami terus dibawa melawat2 di sekitar bandar Jogjakarta seterusnya shopping di Bringharjo (Pasar Batik)  .  Selesai makan tengahari  dan solat, kami dibawa ke kedai barangan perak buatan tangan yg penghasilannya memerlukan kesabaran dan ketelitian, hasil seninya sangat halus, dari perhiasan rumah hinggalah keperhiasan diri ada disini. 

            Dalam perjalanan ke Solo,  kami berhenti di Candi Prambanan, sekadar singgah sebentar, menghayati pemandangan sambil mendengar penerangan dari Pak Miko, sampai di Solo kami dibawa kepasar klewar, memang murah, blouse berbagai jenis cuma RM8.00 – RM9.00,  kain batik/cotton sekilo RM8.00, tapi kami tak lama di sini kerana keadaan gerainya sempit, berkuap, panas  dan  x selesa, seterusnya kami di bawa kepasar Triwindu  flea banyak barangan  antik disini -  juga terdapat juga di jual burung2  dan anak2 ayam pelbagai warna,   Seterusnya kami di bawa pula ke Batik Semar,  banyak kedai 2 batik di sini,  batiknya halus dan wangi,  belilah sehelai dua kain batik dan key chain batik, … gelihati bila kak Midah menawar harga key chain batik yang dibuat dari lebihan kain batik … inikan sisa kain,  kalau di Malaysia, sisa itu dibuang saja,  bagilah murah….  Terpinga2 sales girl tu …pecah perut kami melihat aksinya menawar- akhirnya dapat jugalah 12 biji Rp10,000 = (RM3.60/-) kami pun tumpang sekaki membeli.

            Jam 7 malam kami dibawa makan malam di restoran Restoren Sederhana Nasi Padang, cantik dekorasinya,  selesai makan malam kami di bawa ke Hotel Riyadi Solo.  Selang dua buah hotel, kami terlihat ada kedai kain ela,  alamak … lepas mandi dan solat, bolehlah serbu, rupa2nya keinginan x dapat mengatasi kepenatan,  panggilan katil melebihi segala2 …. Akhirnya kami tertidur.
28/3/2010 -  Solo – Bromo
Jam 7.00 pagi, kami turun bersarapan – oklah,  banyak juga pilihan.  Sementara menunggu kawan2 lain yg turun dari airport Solo, kami bersiar2 dipersekitaran hotel,  di tepi2 hotel banyak peniaga makanan  yang berniaga dengan kereta tolak,  Jam 9.00 pagi bas tiba – dan bermulalah perjalanan panjang kami …. Huh….  tiba2 Pak Miko menyanyikan lagu Bengawan Solo,  rupa2nya kami sedang melewati sungai tersebut, airnya keruh, mungkin di hulunya hujan – kelihatan beberapa orang kanak2 mandi manda tanpa menghiraukan arus air yang deras.   Kebosanan kami hilang bila sepanjang perjalanan tu kami disajikan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau dan wanita2 tua yang berpakaian kebaya berbatik sedang mengerjakan sawah.    Jam 12.00 tengahari kami berhenti untuk makan secara buffet –  menunya macam kat Malaysia – oklah,  selepas solat kami meneruskan perjalanan.  Selepas tidur /bangun beberapa kali,  Pak Miko memberitahu beberapa meter lagi kita akan sampai ke tempat banjir lumpur panas Sidoarjo yang menenggelamkan beberapa buah kampung. Kabarnya akibat kesilapan syarikat industri carigali minyak dan gas menyebabkan penyemburan lumpur panas tak berkesudahan mengakibatkan tekanan kepada penduduknya hingga menyebabkan ramai juga yang gila….. hebat sungguh dugaan untuk mereka.  Walaubagaimanapun kawasan itu telah ditambak dan jika mahu melihat dgn jelas perlu mendaki tambakan tanah (tangga tersedia),  kami cuma melihat dari atas bas, banyak rumah2 tinggal dan terlihat juga lumpur hitam yang berminyak dikawasan yang bertakung.
            Dalam perjalanan kami singgah ditanggulangin -  wah,  bila bab shopping,  tiba2 semua menjadi segar - rambang mata melihat beg tangan aspal (asli tapi palsu – gred A) berbagai jenama dan warna di situ, ….. pilih punya pilih akhirnya 3 beg tangan dan kasut sudah dibayar – x pelah murah je,  itu utk stok 3 tahun – hati memujuk …. He… he … betul ke.  Di dalam bas Pak Miko bertanya, esok berapa orang yang nak menunggang kuda,  satu soalan lucu ialah berapa beratkah yang boleh ditanggung oleh kuda itu?  Berderai ketawa kami – Pak Miko ketawa terbahak2, katanya sepanjang dia menjadi TA, inilah rombongan yang paling seronok dia bawa, penuh dgn kelucuan, gelak ketawa dan soalan yg tak dapat dijawabnya…. Memang diakui,  sesiapa yang dah masuk ahli dlm rombongan ini akan terasa nak melancong bersama lagi, sporting dan penuh gelak ketawa.   Jam 6.30 malam kami singgah makan disebuah restoran – masakan sunda. Jam 8.00 malam kami sampai di satu tempat perhentian bas dan kena menaiki van pula ketempat penginapan, sementara menunggu van, kami pun menyusuri gerai2 di situ, banyak jual jaket (RM21/-), glove dan muffler kait (ada tulisan bromo) hanya 10 ribu rupiah (rm3.60).  Tiba-tiba mata tertumpu pada jaket motosikal berwarna merah hitam, hati terus teringat kat Irfan (anak), sesuai sangatlah jaket itu untuk harijadinya yang ke18 tahun, sedang tawar menawar,  van pun tiba –  bergegas kami pergi – sempatlah jugalah sambar jaket tu.  Jam 9.30 malam kami tiba di Hotel Cemara Indah – angin dari gunung mendinginkan tubuh,… bbrrr bbrrr   sejuknya -  Pak Miko mengingatkan kami akan dikejutkan jam 3.30 pagi untuk melihat sunrise dan diberikan topi berkait bertulis Bromo seorang satu… cantik topi tu. 
29/3/2010  - Bromo/Malang/Batu/Jogjakarta

morning call at 3:30 am
.. eee… malasnya nak bangun, sejuk… selepas bersiap dengan memakai 3 lapis baju, berjeket dan memakai muffler,  kami menaiki jeep ke penanjakan,  sejuknya … berasap bila bercakap.  Sampai disana, kami dikerumuni peniaga yg menyewakan baju sejuk, glove dan muffler.   Untuk melihat sunrise, kami dibawa menaiki tangga yang landai & licin, mujurlah hujan turun renyai2,  sampai di atas sudah ramai orang berdiri ditepi pagar bersama kamera masing2 untuk merakamkan fenomena indah tersebut.  Bila matahari menghadirkan diri ..masyaAllah, cantik sesangat. Selepas puas bergambar, dalam perjalanan turun, kami sempat membeli jagung bakar &  menjenguk2 beberapa gerai disitu.  Beberapa remaja  menjual bunga liar yg sudah digubah, pokok bonsai yg hanya berharga RM8.00 - memang cantik,  terbayang wajah abah, kerana abah adalah peminat bonsai tapi sayang, bukan boleh bawa balik ke Malaysiapun, kat airport kena rampas. Kemudian  kami  menaiki jeep semula utk turun..ke Cemorolawang,  terperanjat kami  ..melihat jalannya berlubang2 & adakalanya utk mengelak lubang2 itu, jeep terpaksa melalui bahu jalan yang dibawahnya terdapat gaung, aduhai… seram betullah.  Sepanjang jalan tu, pemandangannya amat cantik, pokok2 pine, gunung ganang dan bunga2 liar.  Di satu perhentian, kami turun untuk mengambil gambar, dan tiba2 kami teringat perumpamaan melayu, macam pungguk rindukan bulan kerana dari atas kami melihat  gunung bromo umpama kek dan dikelilingi hamparan baldu, rasanya macam nak tinggal saja kat situ, indah, tenang dan damai.  tapi realitinya umpama pungguk yg tertipu melihat hampas kelapa dibumi yang disangkanya sangat cantik, begitu jugalah kami,  kerana  bila turun, hamparan yg disangka baldu itu, hanyalah rumput2 liar.  Sampai di Cemorolawang, kami kena menunggang kuda melewati lautan pasir dan Pura untuk sampai ke kaki gunung Bromo… oleh kerana inilah pertama kali kami menunggang, menjerit2 kami kerana merasa seperti nak jatuh, apatah lagi bila kuda mendaki bukit & menurut budak2 yg memimpin kuda tu, kuda  tahu perasaan kita, setelah bertenang dan menstabilkan diri timbul pula rasa seronok.  Sampai di kaki bromo, kami mendaki tangga curam 272 anak tangga..penat.. .sampai di atas kami dihadiahkan sebuah pemandangan kawah gunung berapi yang membuak2 asapnya...bau belerang meruap ke rongga hidung… x boleh berlama di sini.  Seterusnya kami menaiki jeep semula balik ke hotel.. sampai dihotel, kami terkejut, subhanallah… cantiknya pemandangan kat sini…. oleh kerana kami sampai waktu malam, x sedarpun rupa2nya pemandangan di sini yang berlatarbelakangkan gunung Bromo sangat indah.  Semasa breakfast..apalagi,  sekali lagi adegan pecah perut bermula,  sampai keluar airmata Pak Miko mendengar cerita kami,  Jam 10.00 pagi kami check-out.  Dalam perjalanan keluar, seperti mana dikawasan pergunungan yang subur tanahnya, bagaikan sebuah lukisan alam, terpapar indah, pepohon pines berbaris indah,  kobis, ros, kekwa dan berbagai2 jenis bunga dan sayuran ditanam disini bertingkat2 dilatari  gunung2 berapi. 
            Meneruskan perjalanan ke Malang, sebelum lawatan ke kebun epal dan limau, kami singgah di kedai menjual kerepek epal, jus epal (cuma 20 sen 1 cup kecil) dan berbagai jenis keropok,  memang murah,  kedai ni siap boleh pek cantik2 untuk di bawa pulang.   Di dlam bas Pak Miko memaklumkan kebun epal ditutup kerana Menteri Pertaniannya melawat ke sana,  aduh kecewanya…. berbulan2 kami plan utk melihat pokok epal.. tapi kita cuma merancang, Tuhan menentukan… akhirnya kusuarakan isi hati,  x dapat pergi ke kebun epal, dapat tengok sepokok epalpun jadilah….   Selepas makan tengahari yang sangat menyelerakan,  menunya ada ayam bakar, ala2 percik,  masak lemak cili padi tempe, daging dendeng  dll,  Di dalam bas Pak Miko memberikan khabar gembira kita akan melawat ladang epal yg  lain (setelah Pak Miko berusaha menalipon kesana kemari … memang bagus pak Miko ni),             , 
            Landskap setiap halaman rumah di sini adalah pohon epal – geramnya… di kiri kanan jalan terdapat gerai2 menjual epal.  Sampai je di ladang epal,  kami dibawa menaiki jeep,  kami disambut oleh penyelia ladang & diberikan sedikit penerangan beserta 1 cwn jus epal…. Wah apa lagi…. terubat keterujaan kami,  berbagai pos dan aksi model x professional digayakan, berdekah2 kami tertawa bila seorang kawan oleh kerana begitu teruja bergambar mencangkung….. kelakar betul… Kami dibenarkan memakan berapa banyak yang boleh..... x laratpun, sebiji bolehlah… epalnya rangup dan manis.  Kami dibenarkan membawa setangkai epal setiap seorang.   
            Dalam perjalanan pulang semula ke Jogjakarta, kami melawati malang dan batu,  kawasan ini adalah kawasan tanah tinggi dan dingin.  Dalam perjalanan kami terlihat sesuatu yang sangat merbahaya yg x mungkin akan kita lihat di Malaysia,  beberapa remaja berpakaian lusuh dan tidak berkasut melompat ke atas lori yang berhenti,  kabarnya mereka anak2 susah yang menumpang lori itu utk kesesuatu destinasi,  bas kami menuruti lori  tersebut, dan bila hampir sampai kedestinasi, mereka melompat turun dari lori yang masih bergerak perlahan …… menjerit kami melihat fenomena yang mengejutkan itu.   Budayanya yang penuh eksotik itulah sebenarnya yang menjadi tarikan kepada dunia luar. 
            Kami tiba di Yogjakarta jam 10.00 malam,  melewati jalan malioboro, panjang leher kami menjengah deretan kedai dan kakilima yang penuh dengan peniaga jalanan yang sedang mengemas untuk diambil alih tempat tu utk jual makanan… gerai makanan ini dipanggil Lesehan,  pelanggan makan duduk bersila di atas tikar je di bawah samar2 lampu jalan dan gasolin.  Kami check in di Hotel Malioboro jam 10.30 malam.   
Hari Keempat – 30 Mac 2010 – Jogjakarta
Selesai  bersarapan pagi, kami dibawa ke Kraton, kami disambut oleh `guide’ bernama Tini.   KRATON Yogyakarta dibangun tahun 1756 Masehi atau tahun Jawa 1682 oleh Pangeran Mangkubumi Sukowati yang kemudian bergelar Sri Sultan Hamengku Buwono.   Sebelum masuk, kami melalui pintu gerbang yang dikiri kanannya terdapat pengawal berpakaian jawa (batik wiron) yang duduk didalam kolong khas.   Masuk ke dalam kami diperlihatkan dengan kereta kuda khas untuk perkahwinan putra dan putri kraton.  Kami di bawa melihat taman tempat putra putri Hamengku Buwono bersiar dan bermain2.   Di dalam muzium pula terpapar sejarah dan gambar semua  Sri Sultan Hamengku Buwono I (GRM Sujono) memerintah tahun 1755-1792 hingga Sri Sultan Hamengku Buwono X (GRM Hardjuno Darpito) tahun 1989 - sekarang.  Kami juga dimaklumkan Sri Sultan Hamengku Buwono IX (GRM Dorojatun) memimpin tahun 1940-1988 (kedua terakhir) sangat pandai memasak, masih terdapat dapur minyak tanah, rempah ratus dan ajinomoto (style lama – dalam tin kecil).

              Seterusnya kami bertolak ke Candi Borobudur (salah satu dari tujuh keajaiban dunia) Candi Borobudur dibangun dengan menggunakan +/- 55.000 m3 batu. Tinggi bangunan ini sampai kepuncak adalah 42m, dengan lebar dasar 123 m. Tegak dan kokoh menjulang keangkasa dan merupakan bagian dari sejarah yang telah berumur 12 abad.  Terdapat dua kaunter tiket di sini, satu untuk lokal dan satu lagi untuk international yang menyediakan kaunter berhawa dingin, petugas berpakaian tradiosional, teh, kopi, air mineral sejuk, kemudahan internet dan tandas percuma.  Untuk sampai ke Candi Borubudur kami dibawa menaiki tram dan diberikan sebotol air mineral.  Turun dari tram sudah menanti jurugambar jalanan, mengiklankan khidmatnya, kami rimas dikerumuni, cuaca panas mulai membahang, matahari tegak di atas kepala.  Seorang demi seorang menyatakan ketidak sanggupan untuk mendaki tangga yang curam dan kecil malah lebih rela menunggu di bawah redupan pohon rendang yang menghiasi perkarangan Candi.   Akhirnya hanya aku, Noriah dan  Pak Miko yang memulakan pendakian dengan bahang panas hasil pantulan batu2 Candi. Semasa nak mendaki ni, takut juga, maklumlah nak daki kuil, kami niatkan dlm hati sambil beristighfar sepanjang pendakian.  Terdapat empat tangga pada candi borobudur ini,  permulaan pendakian kami memilih tangga utama menuju ke stopa utama, kemudian beralih ke belah kiri kerana begitu ramai pelancong menggunakan tangga utama.  Mengikut kepercayaan Hindu,  sesiapa yang memasukan tangan kedalam lubang2 stopa itu & dapat memegang patung Buddha di dalamnya,  bolehlah memohon hajat,  terkedu kami melihat beberapa orang wanita bertudung labuh memohon hajat disitu dan menurut Pak Miko mereka Islam  –  kami saling berpandangan, x terucap oleh kata2.   Sekejapan saja kami dah sampai kepuncak candi,  selepas melihat pemandangan dari pelbagai sisi dan berfoto mematri kenangan, kami menyertai semula kawan2 yang sedia menunggu di bawah,  Kami di bawa pula ke muzium,  tapi diluar muzium sudah menunggu peniaga jalanan, …  datin,  beli datin… tolong datin …. sepagian saya belum makan,  kami mengelengkan kepala & menolak dengan baik seperti yg dipesan oleh Pak Miko….. rasa belas menerpa kehati kami -  dgn mengendong anak kecil yang meleleh hinggusnya – panas yang membahang …. merentap jiwa kami… hampir2 kami terlupa pesanan Pak Miko,  mereka mengejar hingga ke pintu bas tanpa mengenal putus asa. 
            Kami di bawa ke Restoran  BS Resto, diperbuat dari kayu dan cantik dekorasinya, kami disambut mesra dan diberikan tuala sejuk,  hu… hu … bestnya,  kami tekap2 dimuka dan letakkan di leher …. nyamannya.  Kami di bawa ketingkat atas yang merupakan restoran terbuka, dikelilingi kolam dan pemandangan kampung – ramai pelancong asing makan di sini,  menunya nasi padang.  Selesai makan dan bersolat sekali lagi kami shopping di Beringharjo, baju2 batik dijual amat murah- sehelai kemeja lelaki/blouse wanita (batik) - cuma RM8.00 sehelai,  terkejut juga kami melihat harganya, halus dan berkualiti tapi melihat coraknya,  rasanya tak sesuai dengan citarasa orang Malaysia.    Kemudian kami di bawa pula ke Kedai Batik Mirota,  banyak kain batik, selipar, purse dari kain batik dan kulit lembu,  cenderahati murah2 di sini.  selesai shopping kami di bawa pula ke kedai menjual BAKPIA 75 (lebih kurang mcm tat),  bermacam jenis bakpia ada disini, berintikan kacang hijau, nenas, keju dll, kami diberikan bakpia yang baru masak, masih panas dan wangi.  Selesai membeli ole-ole, jam 6.30 petang kami dibawa ke restoran nasi padang untuk menjamu selera, setelah itu pulang semula kehotel – membersihkan diri dan solat, jam 8.30 mlm kami keluar ke jalan Malioboro untuk shopping -  kat sini banyak jual tshirt buatan Indonesia, walaupun murah dan ringan je tangan nak membeli, mujurlah cepat tersedar yg citarasa remaja Malaysia lebih kepada Korea/Jepun … cenderahati di gerai jalanan ini jauh lebih murah.  Kami singgah di sebuah butik muslimah, lama kami kat sini, mencuba berbagai blouse dan  kemudiannya menyusuri dari satu kedai kesatu kedai sehingga hampir tutup dan yg pastinya banyak juga yang diborong.  Dalam perjalanan pulang kehotel,  kami terlihat spa berhampiran hotel masih buka,  kak Noriah menyatakan hasratnya  nak urut kaki, setelah berbincang harga akhirnya dia mengambil keputusan untuk urut satu badan, sambil menunggu kami berbual2 dengan tauke spa,  agak mengejutkan bila dia mengatakan masa kecil dia Islam, boleh mengaji Qur’an, solat dan bertudung, tapi bila kahwin, dia mengikut ugama suaminya – demi sebuah kehidupan katanya, kami terkedu tanpa ulasan sambil berpandang-pandangan.  Sampai dihotel, kami sibuk mengemas dan berbual sehingga jam 2.00 pagi baru tertidur
Hari Kelima 31 Mac 2010 – Jogjakarta – KL  (9.00 – 12.30 tgh)
            Jam 5.00 pagi “morning call” mengejutkan kami,  selesai bersarapan jam 7.00 kami kami terus di bawa ke airport kerana penerbangan pulang jam 9.00 pagi.  Syukur Alhamdullillah, selamat sampai di KL jam 12.00 tengahari.  Kami pulang penuh dengan pengalaman dan memori indah  yang menambahkan lagi  warna dalam hidup kami.


Sedikit Maklumat :

HOTEL:

Solo

Hotel Riyadi (4*)
– selang sebuah ada kedai kain ela

Jogjakarta

Hotel Novotel (4*)
      Sebelah ada komplek Matahari

Malioboro Inn
-  Dekat tempat shopping di jalan Malioboro

Hotel Narita (1 star) -  Rp210,000

Hotel Mendut

Bromo

Hotel Cemara Indah

Hotel Bromo Permai



VISA:  Tidak perlu

SHOPPING

Solo

Pasar klewar – murah boleh beli kain (1 kilo Cuma RM8.00)

Batik Semar -  Batik halus

Jogjakarta

Pasar Beringharjo - (batik & handicrafts - tutup 5 ptg)
Pasar sore (depan pasar Beringharjo buka 7 mlm - 12 mlm)

Kedai Batik Mirota

Deretan kedai ala-uptown di jalan Malioboro - buka 6 ptg - 12 mlm

Kedai Bakpia Patho - kuih mcm tat berinti berbagai rasa

Kota Gede - Tempat jual barang-barang silver

MAKAN

Ayam Goreng Ny. Suharti kat Jln Adisucipto
ayam goreng seekor + gudeq +pecel +sup sayur asem dan air es pulkat.

Restoran  BS Resto

Lesehan - makan duduk bersila di atas tikar je di bawah samar2 lampu jalan dan gasolin.Restoran Seafood Numani

TEMPAT MENARIK

Kraton - pertunjukan wayang kulit / dance/gamelan

Candi Borobodur (Buddha)
Berhampiran ada Candi Mendut & Candi Pawan

Candi Prambanan (Hindu)

Pakualamana Palace

Taman Sari/Water Castle

Pasar Ngaseem
Jual Burung dan sangkar burung cantik2.

Sonobudoyo Museum
8 mlm - 10 mlm show wayang kulit

Vredenberg - Dutch Heritage Museum

Pantai Parangtritis - makan jagung bakar dan rojak

Kg Daerah Bantul - Kesan2 gempa

Tugu Monumen




HHHHH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan