Khamis, 2 Jun 2016

OSAKA JEPUN PART II - OSAKA CASTLE



Istana yang merupakan peninggalan budaya ini dibangunkan oleh Toyotomi Hideyoshi seorang samurai yang asalnya hanya anak penampal kasut miskin pada 1583. Lambang kemegahan Osaka ini, dilapisi 2 parit umpama sungai sebagai benteng dan dikukuhkan pula dgn batu-batuan besar dibahagian bawahnya.  
Berkeluasan 2k dan diserikan dengan 600 pohon sakura, kolam dan taman zen menambahkan lagi keindahan istana.  
Pesona bunga sakura yang sedang mekar menbuatkan kami benar-benar teruja, boleh dikatakan setiap pokok kami nak bergambar, melihat bunga sakura gugur ditiup angin, amat mengasyikkan.  
bukan hanya kami, pelancong tempatan juga turut serta menyebabkan taman itu agak sesak, di tambah pula Castle ini terletak di tengah bandar Osaka, menyebabkan ianya menjadi tumpuan untuk berhanami dan menenangkan fikiran    
\
Di persekitaran istana, terdapat bangunan-bangunan bersejarah, bersenibina tradisional dan gerai-gerai menjual tokayaki, aiskrim dan makanan tradisional jepun.   
Hujan  renyai-renyai  dari pagi, menjadikan  cuaca sejuk di musim  bunga bertambah sejuk,  Kaori sangat peka, dia membuat persediaan teliti dengan melihat ramalan cuaca serta membekalkan kami dengan payung yang telus pandang (payung ini direka telus pandang demi keselamatan pengguna supaya dapat memandang kehadapan tanpa mengalihkan payung – itulah jepun, sangat peka pada persekitaran)  








Tiada ulasan:

Catat Ulasan