Isnin, 6 Jun 2016

OSAKA JEPUN - PART III - SHINSABASHI & DOTONBORI CRUISE

Selepas   makan  di restoran   Hikaya  yang menyaji makanan laut,  kami diberikan masa untuk   membeli  belah   di  Shinsaibashi,  yang  merupakan   lorong   pejalan  kaki   yang panjang,  yang   dikiri   kanannya  terdapat  kedai-kedai  berjenama,  butik  dan  restoran, terutama   makanan    popular   Osaka   iaitu   Takoyaki,  okonomiyaki,  ramen,  mi  udon, soba,sushi dan lain-lain.


Simpati tapi kelakar bila melihat seorang pelancong melompat-lompat sambil ditertawakan oleh kawan-kawannya  bila tokayaki (bebola berinti sotong) yang dimakannya ketika  panas umpama larva  gunung berapi yang meletus di dalam mulut,  aduh.. berhati-hatilah.  
Banyak  barang-barang yang  menarik di sini, maklumlah tempat   tumpuan pelancong sesuailah dengan harganya yang agak mahal, kami cuma window shopping dan hanya membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan.

kami  juga dibawa untuk menaiki Dotonbori Cruise menyusuri sungai sambil menikmati pemandangan restoran dan kedai yang memasang iklan-iklan raksasa seperti iklan ikan buntal raksasa, sotong raksasa, glico man dan lain-lain di hadapan premis untuk menarik perhatian pelancong. 
Seronok juga menaiki cruise ini kerana pemandu pelancongnya yang berpakaian renjer pandai menarik perhatian dan diakhir pelayaran, kami semua diajak menyanyi, bertepuk tangan, menjadikan suasana menjadi meriah dan gembira, diakhiri dengan mengucapkan ucapan sayonara dan terima kasih dalam bahasa negara masing-masing. 
Tempat paling popular untuk bergambar ialah di Jambatan dotonbori, berlatar belakangkan iklan glico man, rasanya tidak lengkap ke Osaka jika tidak bergambar kenangan di sini. Menurut Kaori, jika melancong dipertengahan oktober, sesuai dengan gelaran osaka (dapur besar jepun), disepanjang sungai akan diapungkan replika piring-piring raksasa berisikan sushi  untuk tarikan pelancong.
Malam   itu   kami  kembali   semula,  semata-mata   ingin   menikmati  suasana   malam  di sini.  Limpahan   lampu-lampu  neon  berbagai  warna  dari  iklan-iklan  raksasa  dan begitu ramainya    pelancong   menjadikan   suasana  malam  di sini  lebih meriah.   Kami  singgah 
di sebuah  kedai  makan milik orang  Pakistan di sini, menu seperti nasi beriani, capati, dan roti, walaupun   agak  mahal, tetapi  hidangannya  agak  besar, dan  sedap,  memang  puas hatilah makan di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan