Terpegun kami melihat landskap senibina Umeda Sky Building yang berketinggian 173 meter ini, dengan dua towernya yang dihubungkan oleh jambatan yang bersilang.
Lif berdinding kaca pula akan membawa kita naik sehingga ke tingkat 37, melihat pemandangan melalui lif kaca yang bergerak pantas, agak gayat, kemudian kami di bawa menaiki tangga bergerak (escalator) yang sangat cantik dan menarik.
Di tingkat ke 39 terdapat restoran, kedai
cenderahati dan bangku untuk bersantai sambil menikmati keindahan pemandangan
seluruh osaka. Pasangan kekasih yang
ingin mengabadikan cinta mereka boleh membeli kunci cinta di tingkat bawah dan
menguncinya di sini.
Angin agak kencang semasa kami sampai di Floating garden di tingkat 40... Hujan renyai-renyai tidak kami endahkan, sementara penggunaan payung pula tidak dibenarkan semasa berada di atas Floating Garden kerana bimbang payung diterbangkan angin dan menyebabkan pelancong terjatuh. kami mula menggigil kesejukan, tapi pemandangannya wow, teruja kami, kerana boleh melihat secara terus tanpa halangan, seluruh osaka sambil memotret kenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan