Isnin, 6 Jun 2016

KYOTO PART 1 - FUSHIMI INARI (TORI GATES)




Kyoto adalah bandar bersejarah, kebudayaan, kesenian dan pernah menjadi ibukota jepun sebelum Tokyo.  Banyak kuil, shrine dan bangunan lama yang merupakan tinggalan sejarah dan diiktiraf oleh UNESCO

sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan perkampungan yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional berlandskapkan tanaman bonsai dihalaman,  berlatar belakangkan gunung ganang, sungai berbatuan besar mengalir jernih yang dikiri kanan tebingnya dipenuhi pohon sakura yang membentuk kanopi berwarna putih/pink dan pokok mustard liar menguning menghiasi  tebing jalan. Persekitarannya  tenang ditambah pula dengan cuaca yang nyaman.

Destinasi   pertama di kyoto ialah Fushimi Inari yang terletak di kaki gunung Inari,  terkenal dengan   tiang/tori    berwarna   oren   yang  di susun   rapat-rapat   sehingga   membentuk terowong/ gerbang.    Setiap tiang itu adalah hasil derma dari syarikat/orang perseorangan tanda  kesyukuran, semakin  besar tori itu  semakin  besar dermanya dan nama penderma akan diabadikan ditiang/torii tersebut.  
 
Mengabadikan keunikan dan  keindahannya, salah satu adegan dimana pelakon   utama   wanita (masa remaja) berlari membawa  hati yang  lara dalam  filem  Memoirs of a Geisha telah dilakonkan di sini. 
Tempat bersuci bagi masyarakat Jepun
Tempat gantung nasib - mengikut kepercayaan Jepun, semua nasib buruk perlu di gantung di sini, dengan harapan, biar angin membawa nasib malang itu bersamanya.
Gadis Jelita berpakaian kimono berjalan menuju ke Fushimi Inari, 
Stesyen keretapi terhampir
Kedai cenderahati di sepanjang jalan menuju ke Fushimi Inari

Gerai-gerai menjual makanan

Berbagai cenderahati di jual di sini dan harganya lebih murah






Tiada ulasan:

Catat Ulasan