Seterusnya kami di bawa ke Kimono Forest yang terletak di stesyen Randen Arashiyama, stesyen ini diubahsuai oleh Yasumichi Nnoitra pada tahun 2013 dengan cara menampilkan deretan 600 batang tiang (silender), disusun umpama pohon-pohon di hutan yang dibaluti perca kimono dari tekstil yang dicelup dalam gaya Kyo-yuzen tradisional dalam usaha mengekalkan tradisi lama agar tidak hilang ditelan zaman. Kami kagum dengan penambahbaikan dan inovasi ini, kerana berjaya memberi nilai tambah dan mengubah stesyen yang langsung tiada daya penarik kepada suatu tempat yang mesti dikunjungi.
Di sini juga kita boleh menyewa kimono lengkap dengan stokin, terompah dan beg kain untuk bersiar-siar dan bergambar di sekitar Arashiyama. Kami menumpang solat di kawasan parking basikal sehingga menimbulkan rasa pelik pada Koari (pemandu pelancong). Menurutnya, ramai pelancong Malaysia yang telah di bawanya, tetapi ini pertama kali dia melihat orang Islam solat.
Stesyen ini berhampiran dengan Togetsu-Kyo Bridge disebelah kanan manakala Bamboo Forest pula di sebelah kiri dan jika meneruskan perjalanan menyusuri Bamboo Forest, lebih kurang 10 minit kita akan sampai ke ke stesyen sagano romantik train.
Kedai-kedai cenderahati
Terdapat juga kedai kopi dan bangku untuk bersantai di taman di kawasan Kimono Forests.
BAMBOO GROVES
Orang Jepun memang terkenal sebagai bangsa yang sangat menghargai alam semula jadi, tidak hairanlah bila pepohon buluh itu dipelihara dengan rapi dan ditanam berjajaran, sehingga kelihatan seperti sebuah kanopi yang memayungi kiri kanan denai
Gambar ini diambil dari googles, oleh jurufoto profesional memang sangat menarik dan mengujakan - tapi hakikat sebenarnya bila ambil gambar sendiri, saksikan, banyak bezanya.
Uniknya buluh di sini ianya tidak hidup serumpun tetapi tumbuh sebatang-sebatang (berjarak-jarak) menjadikan kawasan di bawahnya bersih dan lapang. Meneruskan perjalanan, kami sampai ke stesen sagano romantik train, tetapi hampa kerana tiket untuk hari itu telah habis ditempah 2 bulan lebih awal.
Rumah tradisional
Pelancong tempatan bangga memakai kimono
Tiada ulasan:
Catat Ulasan