Isnin, 6 Jun 2016

OSAKA PART V - MUSEUM OF HOUSING AND LIVING

                Seterusnya kami di bawa ke Museum of Housing and Living yang memaparkan perkampungan Zaman Edo, rumah bercirikan senibina jepun, berlantai tatami dan pintu gelongsor.  Disini jugak, setiap satu jam, akan ditayangkan dokumentari kitaran hidup di zaman Edo.  

Kita juga boleh menyewa kimono dengan harga 300 yen dan boleh bergambar  sakan seperti gaya orang jepun zaman dahulukala.  
Uniknya muzium ini bila cukup  masa akan bertukar-tukar suasana, dari siang,  ke malam hingga ke pagi dengan kokokan ayam, salakan anjing dan kucing bergaduh seolah-olah kita seperti benar-benar berada  di zaman itu.  


Menariknya mengenai  sejarah pemakaian kimono ini, kimono yang meriah dan berwarna warni untuk gadis sementara yang berwarna agak kelam pula untuk wanita berkahwin agar  kelihatan seperti seorang isteri yang baik  dan tidak menarik perhatian lelaki.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan